LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 2, 2010

Takziah : Din Beramboi





Pagi-pagi lagi saya dah dapat mesej dari suami kata yang Din Beramboi dah meninggal. Terus segar bijik mata dengar berita ni bangun tidur tadi. Mesej ni malam tadi punya. Tak sedar apa sebab dah tidur awal.




Kami suami isteri memang amatlah minat pada Din Beramboi. Saya sekarang kalau nak dengar radio ERA pun sebab nak dengar drama sebabak bersama Din. Now, tak tahu lah nak dengar lagi ke tak radio tu. lagi satu kalau cerita kat ASTRO yang berkait dengan beliau. Dekat WARNA rancangan Afdlin selalu je jemput Din Beramboi. Tak kisah pun ceritanya ulang-ulang. 




Pernah satu ketika saya terasa ingin menulis tentang beliau. Kerana saya memang minat Din Beramboi sejak dia jadi DJ dekat radio THR. Masa tu dia jadi shasha. Masa tu saya kecik lagi dan seingat saya dia tak lah segelemer sekarang. Cuma saya kata, hmmm nanti lah nak tulis. So now saya tulis tentang cerita sedihnya. 




Saya rasa dalam banyak-banyak rancangan hiburan dekat tv or radio, rancangan yang ada Din Beramboi lah yang boleh saya syer dengan suami. Lain-lain rancangan kami tak serasi. Kami berbeza minat. Bila ada Din baru lah kami boleh tengok sama-sama dengan tenang dan serasi




Kami sangat suka ketawa dengan lawak-lawaknya. Kadang-kadang tu lawak Din Beramboi akan kami bawa sampai ke bilik tidur. Bila ketawa akan hilang sekejap stress. 




Tapi dah ajal kan. Yang hidup tetap akan mati tak kira siapa pun di muka bumi ini. Takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

2 comments:

Mrs. Amie said...

Al-Fatihah.. tuelah..dah takde sape nak menceriakan pagi I lagi.. lagi sawanlah kalau dtg opis nie..but Allah lebih sayangkan dia kan.. and yg bestnya baru tahu dia duduk 1 taman peremahan dgn i.. nnt bolehlah ziarah kubur dia..

~aSFaLiZa~ said...

amie : oh ye ke dia setempat dgn u. lepas ni mmg dah tak best dah tak de pelawak spontan mcm dia