LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 6, 2013

Takdir Perpisahan

Mendapat perkhabaran kenalan suami telah menemui ajal dalam usia begitu muda akibat kemalangan.


Walaupun mereka suami isteri kawan suami saya. Tapi saya ada jugak beberapa kali bertemu mereka. 


Baru sahaja mendirikan rumah tangga tahun lepas. Isteri sedang sarat mengandung anak sulung 6 bulan.


Sungguh saya turut tumpang kesedihan yang ditanggung oleh isteri tercinta. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu si isteri yang memikul.


Bertahun-tahun mereka bercinta. Kali pertama saya bertemu mereka berdua 7 tahun yang lepas. Baru tahun lepas mendirikan rumah tangga. Sekelip mata sahaja Tuhan kejutkan dengan takdir yang begini.


Perit. Pedih dengan tulisan takdir Tuhan. Apakan daya, kita semua hanya manusia biasa yang tak mampu menahan apa jua janji Tuhan.


Semoga anak yang dikandung sihat hendaknya. Bertabah la sayang walaupun telah ditakdirkan kamu menjadi yatim sebelum sempat merasa sentuhan kasih seorang bapa.


Lepas dapat tahu berita tu, malam tu terus peluk cium suami tercinta. Takut sangat kehilangan suami di saat anak masih dalam kandungan, di saat anak-anak masih kecil, di saat anak masih perlukan belaian seorang ayah....


Sayang sayang abang sangat-sangat. Janji jangan tinggal kan sayang dan anak-anak.....