LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 19, 2011

Sebuah Perjuangan Ibu Ketika Melahirkan Benih Cinta

Terpanggil untuk menulis tentang sebuah pengorbanan ibu ketika melahirkan zuriat permata hati sebuah cinta. Semalam mendengar perkhabaran seorang teman tentang kehilangan isteri ketika melahirkan zuriat sulung mereka. Sangat terkejut. Air mata tiba-tiba mengalir. Hati saya sangat sensitif tentang banyak perkara. Lagi-lagi yang melibatkan perjuangan seorang ibu untuk kehidupan anaknya.




Kehadiran permata sulung pasti dinantikan semua pasangan. Saat ini pasti kita terasa kehidupan kita akan bertambah bahagia. Saat mendengar tangisan si kecil. Hanya para ibu yang pernah melaluinya sahaja yang tahu betapa nikmat ini adalah nikmat yang tak terhingga.




Sebelum ni saya hanya mendengar cerita-cerita di tv sahaja tentang ibu yang tewas ketika melahirkan. Namun, inilah kehidupan. Tak sangka ianya terjadi di kalangan orang terdekat kita. 



Bila mengenangkan baby yang tidak berpeluang menatap wajah ibunya. Tidak berpeluang merasa tiap titisan susu ibunya. Makin sayu hati saya. Sayu sesayunya. Bagaimana ayahnya akan teruskan hidup menjadi ayah dan sekali gus menjadi ibu kepada baby tu.




Betapa kita pasti berjuang apa saja demi memberi sebuah kehidupan baru. Meletakkan kehidupan bayi kita di tempat yang teratas. Bertarung demi sebuah nyawa. Nyawa yang tercipata dari sebuah percintaan. Penyatuan dua jiwa.



Saat ini, ketika ini saya juga masih terasa akan kesakitan bersalin. Tentang perjuangan melahirkan. Tentang menyelamatkan benih cinta saya. Dan kesannya masih terasa lagi hingga kini.




Sesungguhnya syurga la tempat mu wahai teman yang pernah ku kenal walau sedetik. Kau antara insan terpilih. Syahid pasti untukmu. Itu janji Tuhan pada mu. Tenang lah kau di sana. Semoga suami mu tabah menghadapi kehilanganmu. Semoga dia juga tabah dan kuat memperjuangkan nasib anakmu.



p/s : Mama rindu anak mama Rayyan Adam. Mama sayang anak mama dunia akhirat. :(((

10 comments:

Unknown said...

Takziah wat keluarga..
Harap anak itu dpt membesar dgn sempurna walaupun tanpa ibu..sayu ati nih baca citer nih..
Besarnyer pengorbanan seorang ibu.

Unknown said...

eT : sbb tu la syurga terletak di bawah telapak kaki ibu

munna said...

Al-Fatihah buat arwah.. dan salam takziah buat ahli keluarga... sesungguhnya syurga buat arwah...

azie said...

takziah utk keluarga arwah..sedih + sayu bila mengenangkan bb tu lahir tanpa ibu disisi (teringat anak2 akk) moga anak itu membesar dgn sempurna

ibudhira said...

sedihkan...dgr ko cite pun air mata aku nk mengalir dh..semoga mereka tabah menghadapi nya..

Unknown said...

kak munna : betul tu kak. syurga pasti menanti dia

kak azie : mmg kita yg dh jadi ibu automatik terus igt anak

rini : aku nmpk mata ko merah gak masa aku tunjuk fb dia.


ya allah sedihnya berita ni. tabah la wahai hati

syafiqa said...

betul kak.seksa kan nek melahirkan.
walaupun tak rasa.tp hr2 tgk.
hmm..takziah buat keluarga tersebut.
al fatihah

Unknown said...

syafiqa : tu la nama nya pengorbanan seorang ibu yg tak ternilai

Ztee_Azwanis said...

btul lah as, jrg kite dgr ibu yg meninggal waktu bersalin (wpun sbnrnya ada), biasa tgk dlm drama jer kan..? tk pun, baby yg mninggal akibat lemas or any reasons lagi....


mati syahid ibu tu.. alfatihah utk arwah...

Unknown said...

mama likha : yes dia insan terpilih untuk syahid. rezeki dia