Sepupu saya baru je pindah Melaka. Nama dia Kak Besar. Exited ok bila dengar ada sedara mara duduk Melaka. Bila tahu je alamat ruma dia terus saya ajak mak dengan Kak Ana pergi rumah dia. Ye lah. Kami ni orang merantau. Kena lah pandai hidup cari sedara. Merantau lah sangat ye. Dah nama kawen dengan orang Melaka. Kena lah ikut suami masing-masing.
Actly, saya memang tahu dia ada sorang anak yang tidak boleh mendengar. Sebenarnya saya tak sampai hati nak cakap pekak. Nama anak dia tak ingat lah. Tapi ada Din belakangnya. Masa kami sampai tu, dia beriya-iya suruh mak dia bagi tahu kitorg yang dia tak boleh dengar apa yang kitorg cakap. Dia tak nak orang ingat dia saja buat tak tahu bila kita cakap dengan dia.
Din ni dah darjah 4. So umur macam ni dah besar. Dah mula berfikir. Dah mula bergaul dengan orang. Saya fikir mungkin cikgu dia dah ajar macam mana nak berkenalan dengan orang baru. Maknanya kena bagi tahu siap-siap kat orang yang dia tak boleh mendengar supaya orang tak salah sangka.
Apa yang saya nak sampai kan ialah betapa saya kagum dengan sepupu saya ni. Kenapa saya kagum? Huhuhu. Ye saya kagum sebab dia sanggup belajar bahasa isyarat di sekolah anak nya pada hujung minggu. Now, memang dia dah pandai bahasa isyarat walaupun ada jugak beberapa pergerakan yang dia masih tak faham lagi. Kak Besar mula belajar bahasa isyarat sejak anak dia ni mula bersekolah.
Sangat gigih. Dia buat semua ni demi anak istimewa ini. Saya hormat akan pengorbanan yang seperti ini. Kata Kak Besar, kalau akak tak belajar semua ni, siapa nak ajar dia kat rumah. Nanti kalau buat homework, dia tak tahu macam mana akak nak terangkan kat dia mengikut bahasa dia.
Din sekolah seperti pelajar lain. Subjek kat sekolah semuanya sama. Dia hanya tidak boleh mendengar. Jadi cara penyampaian haruslah betul supaya dia faham. Kak Besar kata anak dia ada jugak merengek minta belikan basikal. Tapi Kak Besar tak nak beli sebab anak dia tak boleh dengar. Kalau dia main kat taman rumah tu ada kereta ke motor ke hon, mana dia dengar. Nak tak nak belikan kasut roda je sebab tak nak dia rasa down.
Din memang aktif. Kak Besar kata kalau dia boleh bercakap, mesti dia peramah. Memang peramah. Dia nak bercakap dengan kita. Saya pun ada jugak belajar sikit-sikit bahasa isyarat masa tu. Saya cuba berinteraksi dengan dia tanpa saya anggap dia adalah istimewa. Saya cuba berkeadaan biasa. Saya takut dia terasa. Tapi entahlah. Saya memang tak tahu bagaimana cara yang sebenar. Sama ada dengan cara biasa atau dengan cara dia. Maaf kalau saya salah.
Saya tahu dan saya sedar bukan Kak Besar je yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak istimewa ini. Malah ramai lagi di luar sana yang lebih lagi dari apa yang saya nampak ni. Saya memang hormat ibu bapa yang seperti ini. Saya sanjung tinggi pengorbanan mereka.
Dan pesanan penaja saya, bagi mereka yang telah atau ada niat membuang bayi sesuka hati atau membenci anak sendiri, ingat lah, anak ini anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Jaga lah mereka seperti menatang minyak yang penuh walau anak itu dalam keadaan apa sekalipun. Ketahui lah, apabila anda menyayangi anak sendiri, itu lah nikmat sebenar anda ketika dilantik menjadi seorang ibu dan bapa.
4 comments:
mmg hanya ibu yg sabar dan tabah je boleh mengharungi dan membesar anak2 istimewa ini... MIL kak munna pun ada anak istimewa syndrom down tapi tak pernah lihat dia jemu melayan anaknya...
munna : org2 yg mcm ni yg kita repect kan
great mummy...
qiera : yezaaaa
Post a Comment