LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 13, 2012

Majlis Pot Luck

Sempena cuti umum 11 April hari tu, taman tempat saya duduk tu ada buat Majlis Pot Luck untuk penduduk merapatkan silaturahim.

 
Memandangkan kami suami isteri ni adalah antara penduduk yang baru pindah, so macam ala-ala malu kucing la gamaknya dua-dua. Nasib baik jiran sebelah rumah ada datang jugak. Maka nya adalah la jugak kawan nak borak.


First orang lelaki dah pergi awal sebab diorg berjemaah mahgrib dulu kat surau sementara. Then ada bacaan yasin seterusnya sembahyang isyak. Beserta sekali dengan solat hajat.


Dalam pukul 9 malam saya gedek-gedek dengan Rayyan Adam ke tempat kejadian. Kebanyakan orang perempuan jalan kaki malam tu. Saya idok le kan. Berkereta la kita.


Sebenar nya nak bertegur sapa adalah masih malu lagi. Serius malu. Macam.... Alahai. Dulu-dulu kecik-kecik kita ikut mak kita. Ni kita yang dah jadi mak nak bercampur dengan orang ni. Huhuhu. Malu aiiiii!!!


Tapi nak tak nak kena jugak campur dengan masyarakat. Tak nak jadi macam katak bawah tempurung la kan. Dan bila ada majlis macam ni, sekurang-kurang nya kita dapat merapatkan apa yang sepatut nya. Nak duduk kat sini bukan sehari dua. Entah-entah ni la rumah kita sampai mati. Takut esok mati pun jiran tetangga tak tahu.



Of coz la saya buat benda alah ni kan untuk jamuan tersebut. Huhuhu.



Dan ini adalah acara perkenalan yang saya kata kan tadi. Cis sang suami sikit pun tidak memperkenal kan siapa isteri beliau. Huhuhu. Gugup la tu

3 comments:

Unknown said...

hehe..janji perkenalkan diri je tu..
mesti gugup..ckp depan org2 ramai..hehe

Unknown said...

Nerves bagi ucapan depan orang ramai tu... hhehehe Seronak bermajlis mcm ni sambil2 tu dapat kenal jiran tetangga.

Akak Kembang said...

Awak samalah ngan akak...pemalu..heheheh