Dek akak bias dek. Akak memang suka cerita ni dek. Mestilah akak kata sedap. Tapi 1 jek akak tak puas hati dengan Khabir Bathia. Ni memang tak puas hati tahap cipan. Kenapa Adam masa tua sangat lah tak hensem. Tak sesuai langsung ok!!!! Serius tak kena orang tua tu dengan Adam yang macho tu. Ni yang akak nak marah ni!!!
Ok, we all laki bini tengok cerita ni hari Sabtu sebab hari Jumaat malam ada hal. Kawan baik suami menikah. So, delay keesokan harinya. Plan nak tengok pukul 8.45 malam. Tapi dah ada notis kat situ Nur Kasih The Movie delay 1 jam. Terus amik tiket pukul 7 malam dan start mestilah pukul 8 malam kan.
Kitorg tengok kat Melaka Mall. Tup-tup anak Kak Ana mesej cakap pelakon-pelakon Nur Kasih ada kat Dataran Pahlawan. Siot betul tak tengok kat MP masa tu. Well, kitorg tak suka tengok kat sana sebab kena bayar parking. Kalau kat Melaka Mall free je parking. Dan-dan anak Kak Ana kata Tiz cantik lah. Remmy macho lah. Fiz hensem lah. Eeeeee... geram tau!!!
Berbalik kisah tiket pukul 8 tadi kan. Kata je delay 1 jam. Tapi sampai sejam setengah. Manusia jangan cakap lah. BUkan main ramai lagi gamaknya. Suami siap cakap, dah macam nak tengok cerita Tamil. Ni kalau delay sampai 2 jam, kat India dah kena bakar panggung dah ni. Eh tapi memang nak bakar pun panggung tu. Bukan main lambat lagi. Orang dah bersesak dah ni.
Satu lagi hal. Ni boleh lah dikategorikan filem keluarga. Mana tak nya. Atuk, nenek, cucu, jiran tetangga semuanya ada dalam panggung tu. Masa ni saya dah tak sedap hati dah. Jangan ada budak nangis sebelah aku melalak buat spoile mood aku dah la. Alhamdulilah. Mana-mana budak yang nangis or yang tak reti duduk diam berjaya saya tepis. Saya berjaya menjalankan misi menonton secara menangis guling-guling.
Komen pasal cerita ni, start dari awal cerita memang air mata ni murah sangat lah mengalir. Sedih sangat. Saya pun tak sedar air mata keluar dengan sendiri. Kenapa? Kenapa? Why? Why? Ha macam tu lah tahap sedihnya. Akak kan ratu air mata dek.
Pengaruh orang sebelah yang dok gelak-gelak tengok aku nangis, sikit pun aku tak heran. Siapa lagi? Laki aku la tu. Pandai cakap ni cerita bohong lah. CErita tipu lah. Lepas tu cakap dah tua Nur jadi gila lah. Eeeee geram tau tengok dengan orang tak tahu nilai cinta agung macam ni.
Keluar panggung, pelik kenapa ramai orang tengok saya. Saya tanya kat suami, kenapa? Dia jawab, dah mata merah macam tu siapa yang tak tengok. Entah apa-apa tengok cerita bohong nangis sampai macam ni sekali.
Buat anda-anda yang berniat mahu menonton filem ini, sila bawa tisu banyak-banyak. Saya dah get ready dengan towel kecik Rayyan Adam yang memang sedia ada dalam hand beg. Tu je lah pesanan penaja saya. Sekian untuk kali ini.
8 comments:
oh iya... memang orang kata citer ni sedih! huhuu.. nak tengok jugak la.. tapi entah bila.. nak kena check jadual minggu depan,... tq..
kella : g la wekdays. huhuhu. tiket pun murah. rugi tak tgk
waah..mmg leh nangis sampai gtu sekali ker??heheh...
azila : haah. kena bawa tisu gitu
ala akak tak tgk lagi...
akak rasa husband akak mcm husband as gak suka perli2, ejek2 orang ;p
gee : hahha!!! kena tahan je kak org jantan mcm tu. jgn pedulik. hahahhahaha
salam,
Ai pun tengok kt MBO Melaka Mall Sabtu lepas.
kami bli tiket 3.30 petang tapi delay sejam setengah. pukul 5ptg baru dapat masuk.
masa kami menunggu tu, mmg dah oenuh n ramai org. masa tu mmg rasa nk refund je tiket tu
AiTotYati : rasanya msti kita selisih kot masa tu sbb as beli tiket dlm area ptg mcm tu la. masa tu mmg ramai gak org tgh menunggu turn
Post a Comment