LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 23, 2011

Takziah

Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, dan kepada-Nya juga lah kita kembali. Dalam apa jua keadaan sekali pun, kita tetap akan menuju bertemu dengan-Nya.
 



Hari minggu yang memilukan buat semua masyarakat dengan berita anak-anak yatim yang terkorban tanpa rela. Dalam pukul 4 petang Sabtu saya terdengar berita menyedihkan ni di TV1. Dan dari saat itu, saya terus mengikuti perkembangan berita tersebut hingga lah ke hari ini.




Bohong saya katakan jika saya tidak menangis. Terkilan kerana korban yang tidak terduga ini, terdiri daripada mereka yang tidak berayah, mereka yang tidak beribu, malah mungkin ada di kalangan mereka yatim piatu.




Tuhan lebih menyayangi kamu. Sedang kamu mahu mengenali dunia, Tuhan ambil nyawa kamu dengan cara begini. Pasti ketentuan Tuhan ini ada yang tertulis hikmah di sebaliknya.




Mana mungkin hati saya tidak terusik bila saya sendiri teringatkan anak-anak arwah Abang Ngah. Anak abang saya yang masih kecil lagi juga anak yatim. Ya Allah, berkatilah hidup mereka. Jadi, bila mengenangkan apa yang terjadi atas anak-anak yatim tersebut, membuatkan hati saya berfikir seketika.





Di situlah tempat mereka mencurahkan kasih bersama mereka yang sudi. Di situlah tempat mereka mencari ilmu. Di situlah tempat mereka berkongsi suka duka tentang erti kehilangan. Kini, kegembiraan mereka yang baru berputik direntap kembali dengan tragedi seperti ini. Tragedi yang pastinya kekal dalam ingatan mereka hingga ke akhirnya.




Tulisan saya bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak. Cuma, pada pendapat saya, apakah tanggungjawab pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas anda melihat keadaan rumah kebajikan seperti ini dibiarkan gah berdiri di lereng bukit. Di mana tugas hakiki anda? Di mana mereka yang pakar dalam mengesahkan rumah ini boleh diduduki atau tidak. Tahukan anda, ini adalah rumah kebajikan, lebih-lebih lagi, rumah ini adalah untuk kanak-kanak yang tidak beribu bapa. Rumah ini bukan lah rumah untuk penagih dadah, bukan untuk sampah masyarakat. 




Jadi, ingatlah bahawa tugas hakiki kamu adalah untuk memastikan keadaan rumah yang selamat untuk tujuan kebajikan walaupun ia adalah harta persendirian. Saya bukanlah orang yang mahir dalam menyenaraikan siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang tak. Tapi umum pasti mengetahui, ini adalah tugas siapa. Walau tiada CF sekali pun, pasti ada pihak yang tahu bagaimana rumah seperti itu untuk disahkan sijil layak diduduki.




Mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat kesemua mangsa yang terkorban. Semoga syurga tempat mereka. Dan bagi mereka yang berkemampuan mungkin boleh beri sedikit sumbangan yang pastinya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga masih ada sinar bahagia buat semua anak-anak yatim yang lain.

6 comments:

MrsYats said...

al-fatihah buat semua yg terkorban..T.T

Unknown said...

hot mama : al fatihah

Unknown said...

nangis jugak dpt tahu pasal diorng . kesian . al fatihah

Unknown said...

.izzatul.hazwani. : sama2 kita sedekahkan al fatihah buat mereka

munna said...

AL-FATIHAH BUAT SEMUA MANGSA TERKORBAN..ALLAH LEBIH MENYAYANGI MEREKA...

Nazz@Purple said...

tragedi yg menyayat hati..apepun pasti ada hikmahnya..