LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 18, 2011

Khurafat - Shamsul Memang Hensem




Siapa dah tengok cerita Khurafat? Angkat tangan!!!



Khurafat best sebab Shamsul hensem. Boleh gitu? Eh tapi memang best lah. Tak sia-sia ajaran bapak dia. Memang menjadi lah kali ni. Cumanya ni baru filem kedua dia yang saya tengok. Yang 1st dulu KL Drift kot. Best gak. Sebab excident dia real. Tak macam Impak Maksima. Kartun je lebih.



So, nak cakap pasal Khurafat ni kan. Siapa yang penakut tu tak payah la pergi tengok. Buat gugur jantung je. Memang la ada takut yang terkejut-terkejut. Tapi tak banyak sangat. Dia memang takut lah.



Sekurang-kurangnya kan, cerita ni mengingatkan saya tentang mati tau. Tak caya, pergilah tengok. Eh ni kalau berani je tau boleh tengok. Kalau tak berani tak payah lah. Kan dah kata tadi. Takut.



Then kan, sebab apa saya kata Shamsul hensem. Sebab nya part yang dia menangis meratap jenazah dia yang dah mati tu kan. Oh berjaya meruntun jiwa saya yang cengeng ni. Kan dah kata saya ni ratu air mata. Memang saya menangis lah masa part yang tu. Entah-entah saya sorang je kot yang nangis masa part tu. Masa tu betul-betul lah menghayati rupa paras Shamsul yang hensem tu. Maknanya kan dia berjaya kan dalam lakonan tersebut.



Oh satu lagi nak bagi tahu. Meh la sokong cerita Melayu. Ye tahu cerita luar pun best jugak. Saya pun layan jugak. Cuma tak payah lah terlalu taksub sangat sampai kata filem Melayu ni entah apa-apa. Tu je la kot pesanan penaja.


2 comments:

LiAnA said...

citer melayu yg akak nk tunggu nur kasih the movie .. citer hantu tak kira melayu ke omputih ke thai ker.. sori tak masuk list.. sbb takut muahaahaha..

~aSFaLiZa~ said...

liana : haah tu pun saya tgu gak nur kasih. masa drama dulu tak pernah mis 1 episod pun. nak2 tgh mengandung masa tu. dah org igt bagi nama anak adam sbb cite tu