LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 18, 2011

Nak Tukar Susu

Pung pang sana sini saya baca orang kata susu Anmum ni hyperaktif. Ok lah. Malas nak percaya. Still bagi Rayyan Adam Anmum Step 1,2 and now 3.



Tapi sejak masuk step 3 makin menjadi-jadi lah. Bukan jadi hyperaktif tau puan-puan. Dia jadi susah tidur. Susah gila. Tak kira siang, tak kira malam. Adeh. Tak larat mak bapaknya. Termasuk neneknya.



Ini memang masalah utama kami sekarang. Rayyan Adam susah tidur. So, saya pun tertanya-tanya. Adakah ini petanda bayi hyperaktif? Inikah akibat daripada susu Anmum tersebut.



Makanya sekarang, sibuklah mensurvey susu formula mana yang best yang kami mampu milik. Terus terang kata, saya ni jenis terpengaruh dengan iklan sikit. Huhuhu. Susu Anmum dulu pun sebab terpengaruh dengan Wardina. Hahaha. Nak-nak dia jadi sponser Tom-Tom Bak.



So, now ni tengah berkira-kira nak tukar kan susu Rayyan Adam. Setakat ni yang menjadi pilihan Friso Gold Step 3. Dah pergi survey harga semua. Ok lah. Mampu kot nak spend RM200++ sebulan untuk susu anak. 



Tengok jugak Mamil Gold Step 3. Terus terang je la. Tak mampu kot. Kesian kat suami sebab dia yang membeli kan. Tak nak lah semua tala kat dia. Tapi ni tengok lah dulu. Sebab saya baru je amik sampel Friso Gold Step 3 tu. Nak tengok Rayyan Adam nak tak minum. Nak tengok dia muntah ke tak. Setakat ni Rayyan Adam boleh dikira sejak lahir berapa kali je dia muntah. Lepas tu nak tengok berak dia ok ke tak.



Kalau tak ok, nak try Enfgrow pulak. Dan kalau tak ok jugak try lah Mamil Gold kot. Tapi ni memang ke arah Friso Gold je la kot. Lagi pun dia kan brand Dutch Lady. Sedap kot. Hahaha. Mandai je kan. Ala satu lagi, kan kat Nuffnag pun orang banyak cakap pasal Friso Gold ni. Ha kan dah kata. Pengaruh iklan.

8 comments:

mazni namaku said...

as..tukar enfagrow
kalau skrg adam dah umur setahun kan..pakai enfakids :)

~aSFaLiZa~ said...

laila : enfakid bukan untuk 3 tahun ke atas ke?

nurul baharuddin said...

guna gain EYe Q from Abott sedap..negh2..sbb adam dulu isomil sbb dia alergy then bila dah oke dia minum plak jenis ni...n oke..berak pun oke..harga mampu milik heheheh

Jemari Seni said...

Apa2 susu pon yg penting anak sesuai.
Kalau mlm susah tido tu siang dia puas tido ker? Kalu siang dia tido lama kena la kurangkan tgk camne keadaan dia.

~aSFaLiZa~ said...

nurul : tak pernah dgr. huhuhu. pengaruh iklan. nampak tak jakun


js : kak, anak saya ni siang nya pun susah tido. sambung malam pun susah tido. tu yg mak bapaknya susah hati

nurul baharuddin said...

ishh tak kan tak penah dengar :)) try la bli tin kecik then tengok...rasa dia sedap mcm vanila shake...dh try minum heheheh

~aSFaLiZa~ said...

nurul : wah ni mak dia ke anak dia yg minum ni. nurul, kita tak minum la susu tepung. hahahha. tak pernah rasa pun. bapak dia je yg rasa. geli lah. hahah boleh gitu

Unknown said...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ