Suri rumah mana yang tak layan Masterchef Malaysia Musim Kedua?
Tak suri rumah pun layan jugak kan.
Emosi la tengok. Paling tak menahan kalau tengok masakan yang diorg masak tu meronta-ronta nak makan yang tu jugak. Kejam kan program ni. Saja buat orang kecur air liur. Nyampah.
Kebanyakan saya akan tengok siaran ulangan kerana pada waktu malam tv hak milik mutlak si kecik. Kadang-kadang je dapat tenteram kan beliau.
Kalau kebetulan tengok dengan suami terpaksa tahan telinga dengar dia pot pat pot pet.
"Kalau nak nangis time ada yang terkeluar baik bagi semua menang. Orang tersingkir pun nak nangis"
Banyak lagi la dialog dia yang sakit jiwa kalau dengo.
Sebelum ni ramai je peserta yang tak suka dengan Che Lah. Saya suka je. Bias sebab dia dari Johor kot. Eh tapi dia ok la. Memang patut pun kalau dia gaduh dengan Joharis tu. Joharis tu je over sangat. Drama lebih. Nasib baik dah keluar. Huh!!!
Lepas tu suami saya kata patutnya Dean tu yang terkeluar. Mulut tak boleh belah. Hahahaha.
Entah saya ok je dengan Dean tu. Suka dengar kalau dia komen pasal peserta lain. Lezer yang amat. Tapi dia berterus terang. Azni pun saya suka jugak. Ah Hong. Izyan. Pendek kata sekarang ni peserta yang tinggal banyak yang saya suka. Hmmm yang mama tu pun over. Tak nak la kalau dia yang menang. Lain-lain ok je.
Suami saya komplen, nak saya serve makanan sama cantik macam Mastechef
Nah amik. Roti Pratha frozen je. Diccicah dengan Beef Keema Masala dari MyChef.
Lepas tu terkial-kial tanya... Ni nak makan nya macam mana ni.
Hish makan je la kot. Huhuhu. Baru dapat plating food macam ni dah tergugat iman takut nak makan. Ni belum test makan kat hotel 10 bintang lagi ni.
Semalam tak tahu kenapa nafsu untuk makan ikan masak singgang Kelantan style sangat la membuak-buak. Sebanar nya tak tahu pun beza Kelantan or Terengganu stlye. Pada hal dulu masa duduk Terengganu tak de pulak nak makan sangat lauk ni. Rasa-rasa nya memang tak makan kot.
Nak kata mengandung, tak mengandung. Tapi nak makan sangat. Maybe faktor lapar la kot.
Maka nya bermesej-mesej la dengan kengkawan yang berasal dari Kelantan bertanyakan resepi. Nasib baik jugak saya tanya. Kalau saya tak tanya, saya nak hentam je letak halia, serai and air asam jawa. Rupa-rupanya secret resepinya ialah lengkuas and asam keping.
Kata Dayah, kalau kau letak air asam jawa nanti keruh la kuah nya. Ye tak ye jugak ek. Bukan ke kuah singgang tu putih je. Lepas tu Nor pulak kata, jangan letak serai. Nanti rasa dia tak sedap. Ye kan je la..... Suzie punya resepi pulak ada letak budu bagai. Idok la saya ini memakan budu. Huhuhuu!!!!
Ok dah siap. Rasa macam ajaib sebab kejap sangat tau masak lauk ni. Maybe sebab tak de aktiviti mengisar bawang and lada bagai kot. Tu yang saya rasa ringkas nya.... Ikan pun memang dah siap siang semua. Ikan tu suami saya yang siang tau. Best kan dapat suami yang ringan tulang nya.
Ni of coz la hidangan untuk si bujang. Sementara ayah nya kat surau lagi, mama memang kasik dia makan dulu siap-siap. Ayah balik baru la we all makan bersama
OK!!! Ni makan dia. Suami saya orang Melaka. Bukan orang pantai timur. Dia tak boleh belah lauk ni. Dia nak jugak makan dengan kicap. Dia kata, ni makan ikan dengan air ke apa ni. Huhuhuuhu!!!!!!
Honestly, hanya saya seorang sahaja yang menikmati lauk ni. Mak pun buat muka pelik makan lauk ni. Tapi dia nak jaga hati saya, dia kata tekak dia yang tak sedap. Rayyan Adam pun minta kicap. Aku sorang je yang betul-betul makan. Cis!!!
Ni adalah bekalan pada pagi tadi, membawa ke tengah hari. Jimat tak. Sekadar magie goreng sahaja.
Sejak menjadi isteri dan mama yang bekerja lewat 2 minggu lepas, saya masih terkejar-kejar untuk memasak pada waktu malam. Tapi setakat hari ni masih belum miss memasak lagi walau pun hanya bertelur goreng.
Penat jangan cerita la. Eh ni bukan merungut tau. Ye la. Bayang kan, sejak 4 tahun kahwin baru ini saya merasa melayan family sambil bekerja.
Selama 4 tahun ni kan hidup kami berjauhan. Isteri kat sana, suami kat sini. Now, kami dah bersatu.... Happy sangat walaupun penat sedikit.
Mudah-mudahan saya mampu untuk menjadi yang terbaik buat keluarga saya
Sudah lama ada hati untuk membuat cupcake sambil mendeko dengan buttercream yang sedap. Akhirnya setelah menggoogle dan bertanya dengan Rini opismate yang teror membuat kek, terjadi la buttercream yang suami saya suka sangat-sangat.
Oh ye, suami saya penggemar kek yang berkrim-krim ni. Lagi-lagi bila buttercream. Sangat budak-budak bukan?
Dan saya mencuba la cupcake coklat cip.
So, sila la tengok sambil yummy yummmy!!!!
Hasil deko-deko yang sangat caca marba. Orang teror tengok deco ni, mesti kata, alahai... cenggini pun nak bangga ke. Hahahahaha!!!!
Last week kita berubah selera kejap ke arah kampungan gitu. Kebetulan Abang Didik datang dari Aitam bawak pisang muda. Apa lagi. Meng-grab la saya dalam 5 bijik cukup makan laki bini. Buat masak lemak. Ni memang feberet suami. Saya kureng. Tapi sebab dia suka kena lah gigih saya usaha nak jaga perut dia.
Orang kata kalau nak pikat hati suami kita kena jaga perut dia ye puan-puan. Ni la hasil usaha gigih ku memasak pisang muda masak lemak sbb ni feberet beliau. Wakakakaka!!! Nasib la bang oi sedap ke tak sedap. Janji bini abang ni masak ye dak.
So sejak kawen dah beberapa kali jugak la mencuba menu ni. Setakat ni suami tu madang kata sedap je. Tipu pun bukan kita tahu. Nak amik hati le tu. Takut ai majuk le tu. Huhuhu
Rasa semua dah ok. Cuma pisang ada sikit lagi keras but still lembut la. Dan kuah adalah terpekat. Next kita cuba lagi yek. Orang kata usaha tangga kejayaan
Yang ini saya punya. Suami tak makan sambal. Sedap!!!! (Matik la puji diri sendiri)
Yang ini adalah lauk tambahan. Sebab saya suka makan ayam. Ayam goreng kunyit pun tarak hal
Ok ni sekadar cuba-cuba yang unplanned pun. Hari tu my auntie datang tidur rumah sebab husband dia out station ke KL. Maka nya dia malas nak ikut ke KL, menyinggah la ke Melaka since akak dia pun ada duduk dengan saya kan.
Kalau dia datang, kalau tak ke kedai kain, mesti ke kedai bakery. Memang we all sefamily minat benda-benda cenggini.
So, hari tu seseja bawak dia ke kedai bakery. Dia pun cakap, kita cuba buat coklat nak.
Dan saya adalah malas masa tu. Tapi just angguk kan je la. Siap beli coklat and dia punya cetak.
Balik rumah, ingat dia yang nak buat coklat tu. Rupanya dia suruh saya yang buat.
Walawei.... Rumah aku ni dah la tak de boiler bagai. Nak boil pakai apa. Pakai je la apa yang ada. Kata pun unplanned. Layannn....
Tak jadi pun coklatnya....Tapi rasa ada tau.... Nyum nyum nyum
Suka hati aku la nak boil pakai apa. Huhuhuhu
Kata pun nak cuba. Coklat yang kitorg beli pun salah. Patutnya kena pakai coklat compound. Tapi kitorg beli coklat masakan. Yang murah pulak tu. Bukan main lama lagi nak tunggu dia cair. Last-last malas nak membazir gas, angkat je terus. Main tepek-tepek je coklat tu dalam cetak dia.
Ni la hasilnya. Tekstur dia adalah kasar sebab malas nak mengunggu lama coklat tu cair.
Tapi next time boleh cuba lagi. Kali ni kena betul-betul cari resepinya or tengok video kat you tube macam mana nak make coklat yang cantik.
Kami laki bini memang peminat daging kambing. Tapi tak pernah pun masak sendiri daging kambing ni. Biasanya makan kat kedai la sama ada makan beriani kambing atau order sup kambing.
Entah apa meroyan laki aku hari tu beli daging kambing. Katanya nak makan kari kambing. Sentap mak nakkkk... Mana pernah bininya ni masak lauk-lauk extrem cenggini. Adeh!!!
Lantas ada mentol berlegar-legar di kepala. Huhuhuhu.
Apa guna mak kita duduk sekali dengan kita ye tak. Saya pun request kat mak, minta tolong masakkan kari kambing untuk anak menantu nya ni.
Malas la nak cakap banyak!!! Mantopppp!!!! Sekali hadap je laki bini kasik licin. Dan emak, saya memang halang dia walau secuit pun. Huhuhuu... Kang jadik kes pulak mak kena darah tinggi.
PENGARAH Jualan Di Wannie Cake meletakkan kek lapis Sarawak yang tidak menggunakan Golden Churn dalam peti ais di kedainya di Satok, semalam.
Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru
KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.
Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.
Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.
Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.
“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.
“Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.
Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.
Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.
Persatuan akui ramai batal tempahan
KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.
Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.
“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.
Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.
Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.
“Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.
“Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu,” katanya.
Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung.
Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak.
Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.
“Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya,” katanya.
Ni cerita minggu lepas. Tapi tetap nak story mory lagi sebab geram. Sangat geram dengan diri sendiri bila saya baru je guna mentega ni masa 1st Ramadhan. Serius. Kenapa mentega ni boleh berleluasa jual sana sini. Please la pihak yang berkenaan. Setelah bertahun-tahun, ni ke natijah nya.
Dah la baru pertama kali nak cuba-cuba buat kek. Then ni pun pertama kali guna butter jenis ni. Biasa kalau mak akan guna butter cap bintang. Tapi ni sebab saya ikut resepi, dan mak pun tak pernah buat kek ni, kita ikut je la step.
Dan pertama kali juga dalam hidup saya praktikan benda yang selama ni saya hanya belajar kat sekolah je. Then dengar cerita-cerita orang je macam mana nak buat. Apa yang saya buat?
Of coz la samak semua pekakas yang saya dah guna untuk buat kek tu. Seriusly agak gelabah nak start. Eh bukan nak start. Tapi gelabah sebab tak pernah buat. Terus call suami cakap suruh cari tanah. Then, saya balik kitorg laki bini buat sama-sama.
Tugas suami kacau air tanah dulu. Kemudian, baru la saya yang cuci semua
Then ni la pekakas nya
Dan ini assistant yang penyibuk dalam setiap acara
Nak dijadikan cerita, mana lah ingat guna pinggan yang mana, sudu yang mana, mangkuk yang mana masa hidang kan kek tu. Takat loyang tu ingat lah. Hish!!! Nak tak nak samak je la semua pinggan mangkuk yang ada kat dapur tu. Nasib baik lah sikit je harta yang aku ada setakat ni kat dapur tu
Musim durian sudah tiba ye puan-puan. Walaupun demam, tapi badan saya tegar ye dengan penangan durian ni. Dari dulu sampai sekarang saya pelik orang demam sebab makan durian. Hahaha!!! Gelak jahat! Masa nak makan durain ni suami siap pesan jangan makan banyak-banyak sebab demam saya tak baik lagi. Ada aku kesah! Hahahaha!!! Gelak jahat lagi.
Berkenaan durian goreng ni, disebabkan saya berkahwin dengan peminat durian goreng, maka kita ni kan isteri mithali. Kena lah minat jugak. Bila dah minat kenalah buat hidangkan buat suami tercinta. Dan hasilnya seperti gambarajah di bawah ye.
Tapi pelik bin ajaib. Rayyan Adam ialah anak kepada peminat setia durian tegar. Mak bapak pantang jumpa durian. Tang dia tak minat pulak. Felik felik! Dia geli. Siap wek wek lagi. Ni anak sape ni. Terkenan Aina Soot kot.