Semalam tak tahu kenapa nafsu untuk makan ikan masak singgang Kelantan style sangat la membuak-buak. Sebanar nya tak tahu pun beza Kelantan or Terengganu stlye. Pada hal dulu masa duduk Terengganu tak de pulak nak makan sangat lauk ni. Rasa-rasa nya memang tak makan kot.
Nak kata mengandung, tak mengandung. Tapi nak makan sangat. Maybe faktor lapar la kot.
Maka nya bermesej-mesej la dengan kengkawan yang berasal dari Kelantan bertanyakan resepi. Nasib baik jugak saya tanya. Kalau saya tak tanya, saya nak hentam je letak halia, serai and air asam jawa. Rupa-rupanya secret resepinya ialah lengkuas and asam keping.
Kata Dayah, kalau kau letak air asam jawa nanti keruh la kuah nya. Ye tak ye jugak ek. Bukan ke kuah singgang tu putih je. Lepas tu Nor pulak kata, jangan letak serai. Nanti rasa dia tak sedap. Ye kan je la..... Suzie punya resepi pulak ada letak budu bagai. Idok la saya ini memakan budu. Huhuhuu!!!!
Ni of coz la hidangan untuk si bujang. Sementara ayah nya kat surau lagi, mama memang kasik dia makan dulu siap-siap. Ayah balik baru la we all makan bersama |
OK!!! Ni makan dia. Suami saya orang Melaka. Bukan orang pantai timur. Dia tak boleh belah lauk ni. Dia nak jugak makan dengan kicap. Dia kata, ni makan ikan dengan air ke apa ni. Huhuhuuhu!!!!!! |
Honestly, hanya saya seorang sahaja yang menikmati lauk ni. Mak pun buat muka pelik makan lauk ni. Tapi dia nak jaga hati saya, dia kata tekak dia yang tak sedap. Rayyan Adam pun minta kicap. Aku sorang je yang betul-betul makan. Cis!!!
2 comments:
fav dni.. cicah budu.. slalu guna ikan tongkol. hehe
dni : huhuu... ikan tongkol pun sedap kan...
Post a Comment