LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 12, 2012

Majlis Perasmian

Bila kita menginginkan sesuatu, maka rajin-rajin lah kita berbisik di telinga sang pencinta. 


Contohnya apabila saya menginginkan sebuah oven bercirikan tak kisah la janji oven, maka start daripada hari keinginan itu saya telah mengucapkan kata-kata pujangga ke telinga suami. Ibarat berzikir lagaknya.


Begini ye puan-puan
  • Abang...sayang nak oven
  • Abang...abang kan suka makan kek. Kalau ada oven kan senang. Sayang boleh buat kek sendiri
  • Abang...raya ni tak best la beli kuih raya beli jek. Abang kan suka makan sarang semut. Tak raya pun sayang boleh buat. Makan hari-hari
  • Abang...nak makan ayam bakar la. Tapi tak ada oven. Kena goreng jek
  • Dan sebagainya ye puan-puan

Maka ayat-ayat tersebut dok berulang ulang ulang ulang di cuping telinganya. Kahkahkah!!!!


Sehingga!!!!!! Poket dia penuh. Jangan tunggu lama. Terus sahaja membawa tuan punya duit ke kedai toke cina. Yeba yeba!!!!




Kan dah kata. Saya ni jenis menepati janji. Anak sulung dari oven ni kenalah sedapkan tekak suami. Suami saya memang hantu sarang semut. Alhamdulilah. Dapat jugak meneydiakan juadah kegemaran suami




Pesanan khidmat masyarakat : Perkara di atas tidak boleh diamalkan selalu ye. Boleh mendatangkan mudarat kepada kedua-dua belah pihak. Apa pun ikut lah kemampuan masing-masing. Yang baik dijadikan teladan. Yang jahat dijadikan sempadan. Pis yo!!!

3 comments:

Unknown said...

haha..gud tips! boleh try ni..;)

SiTi said...

wah....wah...lpas ni boleh wat jual biskut raya plakk

Ms. Kudut said...

so tertunai sudah satu target utk tahun ni yer.. hihihihi