Rasa nya sedikit nak beremosi hari ni. Entah la. Segalanya bercampur baur. Bertindan-tindan. Walhal segalanya nampak tenang.
Nak diluah pun tak tahu bagaimana cara nya. Nak melontar segalanya kalau boleh. Tapi di sini bukan tempat nya. Segala macam orang ada kat sini. Segala macam orang yang akan membaca.
Jadi segala taipan harus la ditapis walaupun hati meronta-ronta untuk merempan di sini.
Apa lah salah apa lah dosa jika yang dituntut itu hak kita. Hak kita yang dipinjam. Bagaikan meminta sedekah gamaknya. Untuk menghalalkan hati belum terlalu kuat. Malah sentiasa seperti menambah dosa merungut-rungut di dalam hati. Terkadang ada juga menyumpah seranah (hanya dalam hati).
Saya bukan siapa-siapa untuk sentiasa berbuat baik. Tapi saya cuba dan cuba. Cuba untuk menjadi baik. Tapi tu lah. Syaitan berada di mana-mana membisikkan kata-kata berapi kepada anak cucu Adam.
Masih cuba lagi menjadi penyabar terbaik untuk diri sendiri. Hanya diri ini sahaja la yang mampu menjadi penyokong kuat. Nampak gaya penyokong yang sedia ada selama ni pun sudah beralih arah.
Jadi segalanya adalah kosong.......
1 comment:
Bukan senang mahu memujuk hati utk selalu bersabar kalau tidak tinggi muhasabah diri. Kita manusia biasa ada ketika rasa marh, geram dsb memang ada....
Post a Comment