LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 23, 2012

Mama Nak Mee


Tu diaaaa.... Si kecik dah pandai order-order makan. Seleranya sangat lah baik. Kalau suap memang habis. 


Ni kes tengah malam dalam pukul 10 kot. Dia minta mee. Saya cakap mee tak de. Kita makan nasi eh.


Ngamuk wei. Kat dapur tu cuma ada mee hoon je. Ayam habis. Ikan bilis habis. Nak tak nak masuk jugak la dapur. Tumis bawang besar and bawang putih. Celur mee. Letak kan telur buat rencah.


Habis uols. Dah kata dia nak makan mee, nak mee la.


Dia pandai order 3 benda je.

1) Nasi
2) Mee
3) Kek


Part minta kek ni memang tak leh nak layan sangat. Kalau dia minta time tak de kek, huh tak de la maknya ni terlebih rajin nak menggodak kek. Pandai-pandai la mak bapanya pujuk supaya dia lupakan permintaan nya pasal kek.


Alhamdulilah bab lauk pauk memang tak cerewet. Dia tak suka makan lauk. Hahahaha!!! Janji ada kicap. Kalau kita suap kan ayam marah wei. Kalau nk tipu jugak lauk ayam tu saya kena lenyek-lenyekkan baru dia tak tahu. Sayur pun macam tu jugak.


Ok la... Janji dia kenyang and nak makan

2 comments:

JaSSNaNi said...

alhamdullillah.. kalau anak2 mintak makan tu... dah seronok hati kita kan... kadang2 tu main sampai tak ingat nak makan.. mmg susah hati di buatnya.. :)

Sherwieyna Muzzawer said...

Suka sangat tengok kalau anak suka makan..kalau tak suka makan memang susah hati kan..