LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 20, 2009

Rindu Bertandang

Saat ini saya amat merindui suami saya. Apa yang perlu saya lakukan. Saya terlalu merindui dirinya. Adakah dia juga merindui saya. Maaf jika entry ini terlalu emosional. Tapi ini kenyataan yang saya perlu nyatakan di sini. Ketika ini sayang bersendirian dengan baby merindui abang. Walau pun tak sampai sehari kita tak berhubung, tapi sayang begitu terasa terlalu lama masa ini berjalan. Berjalan tanpa ada rasa simpati terhadap perasaan rindu sayang terhadap abang. Tolonglah dunia, saya terlalu rindu saat ini. Dan maaf juga jika entry ini terlalu banyak perkataan rindu. Ini adalah kerana saya memang terlalu rindu. Rindu kepada suami saya. Anda semua tidak perlu baca lagi kerana mungkin akan ada ayat yang sama yang akan berulang lagi selepas ini. Sesungguhnya saya terlalu merinduinya saat ini.

Mengapa dunia sangat kejam terhadap kita. Terutama talian Maxis. Saya tidak bersalah. Mengapa perlu menguji kami dengan memisahkan talian telefon kami. Bukan saya tidak mahu bayar. Tapi saya ada alasan saya yang tersendiri. Dalam masa 2 minggu kebelakangan dan 2 minggu ke hadapan saya memerlukan simpanan yang mana ianya tidak boleh diganggu gugat. Adakah anda mahu mengetahuinya. Baiklah saya akan memberi sedikit klu iaitu pada hujung bulan in saya perlu menyediakan road tax dan insurans untuk kereta saya. Ok stop! Saya takkan menceritakan masalah kereta di sini. Masalah sebenar entry ini ialah kerinduan yang amat sangat terhadap suami. Anda ada jalan penyelesaian ke dengan permasalahan saya.

Abang, apa yang abang buat saat ini. Kasihan kat abang terpaksa mencari public phone untuk menghubungi sayang. Hmm mungkin aktiviti ini boleh mengembalikan kenangan-kenangan kita waktu kita belum berduit memiliki hand phone. Hello… Kenangan itu 9 tahun yang lepas ok. Sayang tak dapat nak menjalankan tugas sebagai isteri seperti biasa membangunkan abang dari tidur untuk pergi ke tempat kerja. Sayang tidak dapat tahu apa menu yang abang makan. Abang juga tidak dapat tahu apa perkembangan baby dari saat ke saat. Apa yang baby lakukan di dalam perut sayang ni. Untuk pengetahuan abang baby agak meragam hari ni. Sentiasa bergerak. Mungkin juga memberontak sama dengan Maxis yang memisahkan kita untuk sementara waktu. Jadi di sini, Maxis adalah pesalah utama dalam masalah keluarga kita. Bukan sahaja kerinduan isteri terhadap suami dan juga kerinduan suami terhadap isteri, malahan kerinduan seorang anak terhadap ayahnya. Sanggup Maxis tidak bertimbang rasa meletakkan keluarga saya dalam keadaan kerinduan yang membelenggu.

Semoga dengan kerinduan yang hadir ini dapat mengajar serta menambahkan lagi kasih sayang antara kita sekeluarga bersama. Sesungguhnya sayang amat merindui, menyintai, mendambakan, memerlukan, memikirkan, mendahagakan, menggeledak, mengharapkan kahadiran abang di sisi sayang bersama baby kita.

No comments: