LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 19, 2009

Maxis Oh Maxis

Hari ini, 19 Mei 2009 saya sebagai pengguna Maxis yang tegar mengisytiharkan bahawa saya sangat sakit hati tiba-tiba line saya telah dibar berikutan dengan kesalahan yang bukan berpunca daripada diri saya mahu pun suami saya. Pada bil April 2009, saya mengesan bil saya meningkat naik kepada RM200. Huh! Mungkin anda terkejut mengapakah penggunaan talian telefon saya begitu tinggi. atau mungkin ada juga pengguna yang tidak terkejut dengan angka tersebut. Pada masa itu saya masih bersabar dan masih membayar seperti biasasemasa masuknya gaji.

Bulan seterusnya pula iaitu Mei 2009 tahap kesabaran saya terhadap bil telefon Maxis saya tiada hadnya lagi. Saya didatangkan dengan cas yang saya rasa melampaui batas iaitu berharga RM250 yang saya perlu bayar. Oh apakah dugaan Mu ini Ya Tuhan? Untuk pengetahuan semua kami masing-masing sebagai suami isteri mengesyaki sesama sendiri penggunaan bil siapa yang paling tinggi hingga wujudnya harga yang seperti ini. Oh sedikit pertelingkahan kecil terjadi antara kami.


Dengan kekuatan yang ada saya pun menelefon Hotline Maxis di talian 123 di mana talian tersebut adalah percuma. Saya bertanyakan mengapakah kejadian seperti ini berlaku. Setelah disemak dan disiasat, talian yang menggunakan nombor saya menunjukkan penggunaan saya adalah yang paling tinggi berbanding suami. Jadi sang suami ada point nak kenakan sang isteri untuk waktu-waktu serang hendap. Huh! Tapi mengapa? Apa salah dan dosa saya? Oh rupanya dalam keadaan yang tidak disedari talian saya telah mensubscribe satu tawaran daripada Maxis iaitu penggunaan MMS, Internet, GPRS unlimited yang mana saya perlu membayarnya dengan harga RM99 setiap bulan bermula dari 27 Mac 2009. Dengan nada yang serius saya memberitahu operator yang bertugas tersebut bahawasanya saya tidak pernah tahu akan kewujudan kejadian mensubscribe tersebut. Operator pun menyiasat lagi dan menyatakan bahawa kejadian itu adalah kesilapan daripada mereka sendiri. So dengan janji yang ditabur, pihak mereka akan menghentikan perkhidmatan tersebut dengan serta merta di samping saya akan mendapat ganti rugi untuk 2 bulan pembayaran yang saya telah buat untuk perkara RM99 di atas iaitu bersamaan RM198. Begitulah sedikit lebih kurang.


Saya ok dengan jawapan yang mereka berikan. Tapi hanya untuk sementara. Pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 16 Mei 2009 pihak Maxis telah menghantar mesej berbunyi sedikit lebih kurang begini, Maxis akan menghentikan talian telefon saya jika saya tidak membuat pembayaran yang dikenakan sebelum ini iaitu sebanyak RM250 dicampur dengan RM50=penggunaan semasa saya yang mana ianya telah melebihi had sebanyak RM300. Anda faham dengan pengiraan tersebut. Dengan kelebihan yang ada dalam hal-hal pertikaman lidah, saya memberanikan diri lagi menghubungi Hotline Maxis bertanya mengapa wujudnya mesej tersebut. Seteleh disiasat, mereka menyatakan bil untuk bulan Mei masih ada lagi tawaran yang saya anggap sampah yang mana saya kena bayar RM99. Hello saya bukan pengguna Blackberry pun! Waktu ini tahap kesabaran saya sudah mencecah lahar gunung berapi dan untuk pengetahuan umum, operator yang menyambut panggilan saya hampir menangis dengan ketajaman lidah saya menyatakan kemarahan saya. Sorry yek. Customer always right! Janji ditabur lagi di mana mereka akn cuba menyelesaikan kes ini dengan kadar yang segera.


Dan hari ini mungkin tahap kesabaran saya yang mana saya sendiri tidak tahu dah sampai mana, saya tidak boleh langsung menggunakan telefon saya untuk menghubungi siapa-siapa. Anda bayangkan waktu ini saya hendak membuat laporan harian kepada suami tetapi ada yang menyekatnya. Dugaan apakah ini? Apa yang saya perlu buat? Saya tak bersalah. Tapi kenapa menjadi mangsa keadaan. Pihak Maxis tolong jangan kejam sangat terutama kepada pengguna tegar seperti saya. Tolong jangan paksa saya menukar talian kepada syarikat lain. Saya amat setia kepada anda sejak dari hari pertama saya memakai telefon. Tolong sedar yang wujud pengguna setia seperti saya dan suami. Dalam hal ini kami tidak bersalah langsung. Dan tolong faham untuk menjelaskan bil tersebut adalah mustahil di kala bulan berada di pertengannya. Di mana mahu saya mencari penjelasan tersebut sedangkan semalam saya baru berurusan dengan scope kereta saya. Huh!


Untuk seketika saya sudah tidak boleh marah lagi dan atas sebab itu saya menulis dengan penuh hemah untuk entry kali ini. Saya sedih sebenarnya kerana setakat saya menulis saat ini, saya masih belum boleh mendengar suara suami tercinta. Sangat sedih kerana tidak dapat mengejut suami dari tidur untuk pergi bertugas. Sangat sedih kerana tidak dapat membuat laporan harian kepada suami. Sangat sedih kerana tidak tahu apa yang suami makan, suami pakai. Dan yang lebih menyedihkan lagi, baby sangat sedih kerana tidak dapat mendengar suara ayahnya untuk beberapa ketika sehingga kes ini diselesaikan. Abang, kami merindui abang sangat-sangat....

3 comments:

Anonymous said...

Boikot Maxis ... menci x suka arghhh aku plak geram mcm tututttttttttttttt pun ader geram gilos

Unknown said...

tak terasa nak boikot lagi sbb aku seorang yang setia.hahahhaha

Mohd Farhan said...

sy and family dah pakai maxis lama dah..xde la pulak masalah cam ni..rate maxis ni murah..skrg sy ambik family plan, rate 10 sen and 12 sen aje (ikut principal line rate).

btw, dah solve ke issue tu ngan Maxis?

http://mohdfarhan.blogspot.com