LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 19, 2009

Scope

Scope??? Apa kejadah nya benda tu nak kena ada kat kereta aku? Nak scope apa plak? Huh! Tapi tu la kenyataannya. Lepas hujung minggu biasanya pagi Isnin memang malas nak pergi kerja sebab tak puas rasanya bersama husband. Tapi nak buat macam mana dah kerana tugas dan kerana ini jalan yang aku pilih. So, terus kan lah jugak perjalanan aku pagi Isnin ke tempat kerja macam biasa. Jalan punya jalan punya jalan, tiba-tiba macam ada benda terbang melanggar kereta aku. Tetiba aku tefikir sejenak. Cewah! Apa yang aku langgar. Nak kata aku langgar barang, barang apa yang aku langgar tengah-tengah highway ni. Mana ada benda yang aku langgar. Aku masih berfikir. Hmmm burung kot. Tapi… kalau burung, benda yang aku langgar tu keras. Takkan bunyi perlanggaran kereta aku dengan burung boleh menjadi macam bunyi benda keras. Mustahil gak. Dalam keadaan yang masih boleh berfikir lagi aku pun menjenguk ke hadapan sedikit mana tahu ada apa-apa kesan yang boleh mebuat aku mencari jawapan apakah bunyi perlanggaran tersebut.

Sah! Binatang scope itu yang terbang. Binatang scope yang telah bermaustautin kat bonet depan kereta aku. Aku melihat bonet depan kereta aku sudah berlubang. Berlubang tanpa scope. Oh apakah itu scope? Ntah. Aku pun sendiri tiada jawapan. Untuk apa aku amik tahu, sedangkan semasa proses pembelajaran mengambil lesen dahulu tiada subjek yang bernama scope. Apa yang harus aku buat dengan bonet yang telah cacat ini? Mujur aku berada di kawasan yang dekat-dekat dengan tanah tumpah nya darah ku iaitu di Air Hitam. Terlebih dahulu aku mengadu domba dahulu kepada suami mengatakan bonet ku telah cacat akibat daripada halaju angin yang aku tak tahu sangat berapa kiraannya. Suami pun mencadangkan agar aku menghubungi rakan yang berkerjaya sebagai mekanik di Air Hitam. Mujur aku ada kawan yang berjenis ini. Dan mujur juga dia telah mendapatkan scope gantian yang walaupun rupanya tidak lah sehebat scope asal, tapi janji scope yang baru ini berjaya menutup lubang di bonet keretaku. Dengan ini disahkan juga aku mengambil EL pada hari Isnin tersebut. Apa korang ingat senang nak cari scope yang telah aku katakan sebelum ini tiada subjek scope semasa pelajaran mengambil lesen dahulu.

Dan dalam keadaan yang terdesak, keadaan pertengahan bulan yang mana semua orang tahu bukan masanya sekarang ini duit gaji yang beriban masuk, terpaksalah aku mengeluarkan sedikit simpanan aku untuk masa-masa yang terdesak (Errr ni pun terdesak gak apa). Yang mana dalam masa yang sama aku tidak tahu berapakah harga sebenar binatang itu. So, terima kasih kepada Ifdzal kerana telah berjaya mendapatkan scope tersebut dengan harga RM110 yang mana harga asalnya ialah RM135. Dan terima kasih juga kepadanya kerana tidak mengecas upah pasang or upah mencari or upah berpeluh or duit kopi or dll. Ni lah namanya harga kawan-kawan. Untuk megetahui lebih lanjut bagaimanakah rupa scope itu mari kita sama-sama saksikannya. Oh ye ralatnya ialah scope yang asal iaitu sebelum terbang tidak dapat dirakamkan kerana apa kejadahnya aku nak amik gambar binatang itu untuk menjadi koleksi aku! Ni kira nasib baik terjadinya kejadian seperti ini. Kira untung kau la scope aku nak perkenalkan kau kat semua orang.








Ni keadaan di mana bonet keretaku sudah berlubang.





Setelah ditutup lubang tersebut beginilah rupa parasnya.






Amacam? Cantik tak rupa baru kereta aku?



No comments: