LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 16, 2011

Tertekan Kat Puncak Alam Ni

Now saya ada kat UiTM Puncak Alam. Saya tertekan berada di sini. Bukan kerana kerja. Bukan kerana staf kat sini. Semua tu bukan. Saya tak kisah pun pasal kerja sebab dah nama nya kerja.




Saya tertekan dengan network kat sini. Semuanya menyakitkan hati. Satu apa pun saya tak boleh berhubung dengan orang luar termasuk suami dengan anak saya. Line Maxis kat sini macam haram jadah. Serius nak maki hamun je. Rasa nak baling hp ni pun ada.




1st saya nak sms suami nak bercinta pun tak boleh. Then, nak call Rayyan Adam nak dengar suara dia bangun tidur pun tak dapat. Part ni sedih wooo. Geram sangat-sangat. Hati dah tak keruan dah nak buat kerja. Macam kalau boleh kerja ni lantak kau lah. Tapi mana boleh kan.




Yang ni satu hal lagi. YM ke. Skype ke. Langsung tak boleh. Eh boleh meroyan aku gamaknya ni. Ye saya faham. Maybe pihak universiti ni tak bagi student dia berchatting waktu belajar. Tapi kan saya ni bekerja di ofis. Masalah saya, saya nak berhubung dengan kawan-kawan saya kat HQ nak berhubung hal-hal kerja kalau ada apa-apa masalah kat sini. Kan simple benda tu. Takat kat pejabat tak payah la nak blok bagai. Tertekan tahu tak. Aku bukannya nak berchatting bergosip pun.




Bila dah line telefon memang dah haram jadah. Apatah lagi berukband. Ye tak. Aku bukak berukband ni bukan nak berfacebook pun. Aku nak on kan skype aku je wei. Ok lah. Nak positif ni. Maybe line internet tak ok sebab thunami kat Jepun tu kan. Kabel bawah tanah terganggu. So Asfaliza sila positif.




Dah lah!!! Malas nak buat kerja!!!

No comments: