LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 12, 2012

Derma Darah

Sejak saya sekolah saya pernah bercita-cita mahu mendermah darah. Saya selalu berfikir, aku bukan dari kalangan orang kaya yang mampu untuk dermakan harta. Tak salah rasa nya aku derma sebahagian daripada apa yang tubuh aku ada untuk mereka yang memerlukan. Ianya juga harta yang Tuhan kurnia kan untuk tubuh ini.


Tapi semua tu hanya fikiran minda sahaja tanpa ada tindakan. Ye. Masa itu, saya tak tahu macam mana saya mahu dermakan darah. 


Sehingga saya melangkah ke alam universiti. Sudah tentu banyak program kesihatan dianjurkan oleh universiti untuk sesi kesihatan. Saat ini saya tidak mampu lagi untuk melepaskan peluang yang ada.


Di KUSTEM saya berjaya mendermakan darah jika ada mereka daripada Hospital Terengganu membuat program sebegini. Alhamdulilah. Tercapai juga maksud impian saya di sekolah tadi.


Tapi.... sehinggga hari ini. Saya hanya pernah 4 atau 5 kali sahaja menderma darah. Sedih bukan. Saya pun tak tahu apa punca saya tidak bergerak aktif untuk mencari mana-mana program derma darah yang lain. Mungkin saya sudah lupa apa matlamat saya yang mula-mula tadi.



Darah saya ialah jenis A. Sesuai la dengan nama saya yang bermula dengan huruf A. Begitu juga dengan suami saya. Nama nya bermula dengan huruf B. Darah nya juga kebetulan ialah jenis B. Sangat ironi bukan. 


Oh pernah suatu ketika, di saat arwah Abang Ngah sakit tenat di Hospital Batu Pahat, emak pernah berkata yang mana kalau boleh doktor mahu ahli keluarga yang menderma darah pada tubuh arwah. Tapi apa kan daya waktu itu saya berada di KL. 


Memang saya mahu derma sangat-sangat. Namun takdir Tuhan. Arwah tidak sempat merasa aliran darah dari tubuh adiknya sendiri




Semoga di lain waktu, saya masih berkesempatan untuk menderma darah tidak kira pada sesiapa pun asal kan ia nya berbalik kepada niat asal saya. 


Oh untuk menjadi seorang pengikrar (derma organ) saya masih belum mampu lagi melawan minda. Dan setakat ini, hanya ini sahaja yang mampu untuk saya lakukan bukan tujuan untuk menunujuk-nunjuk. Niat saya ikhlas pada yang memerlukan. 

3 comments:

Kella said...

lama dah tak derma darah... buku ntah kemana dah..huhu

Unknown said...

rs nye sekali je drma drh psl nak dpt goodie bag wakakaka.. masa tu keje compny oil & gas.. tp goodie dia besh laaa kan ..

Mummy Sher said...

Adoi kita takutlah nak derma darah. tak tau kenapa..sampai hari ini tak pernah lagi derma.insyaALLAH satu hari nanti mungkin..;D