LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 11, 2011

080808 - 111111

080808 untill now 111111...


Hari ni entah ye nak berduka lara sikit. Sebenarnya dari semalam lagi. Mengenangkan nasib diri...


Dah 3 tahun pun kawen. Tuhan masih belum nak bagi saya sekeluarga duduk bersama. Rahsia Tuhan. Siapa lah kita untuk mengetahui apa yang memang sudah tersurat dan tertulis untuk kita semua.


Tuhan kata Qunfayaqun. Kalau jadi, maka jadi lah.


Dan saya, masih lagi berharap, berdoa, memohon untuk berada di samping suami dan anak. Jangan ditanya adakah saya tidak mencuba. Kerana saya akan hanya mendiamkan diri untuk soalan itu.


Adakah saya bodoh untuk tidak mencuba bersama dengan keluarga saya. Dan saya anggap soalan itu yang bodoh. Hanya teman-teman yang terdekat tahu akan hati ini.


Kebanyakan hari saya selama 3 tahun ini semenjak kebelakangan ini semakin positif akan ketentuan yang telah ditetapkan untuk kami sekeluarga.


Ye la. Apa lagi yang saya nak. Bukan saya tak bahagia walaupun duduk jauh dengan suami dan anak. Bahagia sangat-sangat sampai ada jugak kawan yang terharu tengok kebahagiaan kami.


Selalu jugak saya mengingatkan diri sendiri, bukan saya seorang menerima nasib seperti ini. Ramai!!!!


Kalau dibilang dengan jari, lebih dari 10 kawan yang saya pernah kenal mengalami nasib yang sama seperti saya. So apa lagi yang kau nak kenangkan nasib kau wahai Asfaliza.


Malah mereka lagi sukar hidup nya berbanding saya.


A. Isteri di Sabah. Suami di Perak. Anak di Johor. Lebih sedih bila jumpa anak, anak tak nak dengan mak ayah.


B. Isteri di Terengganu. Suami di Pahang. Anak di Perak


C. Suami di Johor. Isteri dan anak di Selangor


D. Isteri di Sarawak. Suami di Pahang


Kesemua di atas adala saya kenal sangat-sangat


Dan ada ramai lagi yang saya kenal pasangan yang duduk berjauhan. Jadi apa lagi yang saya mahu kan?


Of coz la saya mahukan sentiasa berada di sisi keluarga sendiri. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari segala perasaan merintih.


Pls. Jangan la ada yang nak kondem rintihan saya ni. Sebelum ni ada je yang dok menyalahkan saya yang tak reti nak usaha or pendek kata berhenti je kerja jaga anak.


Habis kawan-kawan yang senasib dengan saya, apa cerita pulak. Kenapa kamu-kamu yang ingat saya tak sayang anak tak menyalahkan mereka juga sebab mereka juga meninggalkan anak dengan nenek mereka. 


Setiap orang ada alasan masing-masing. Percaya la. Setiap orang ada kekangannya. Dan mereka yang senasib dengan saya berkemungkinan besar ialah kekangan dari segi ekonomi.


Jujurnya, saya bukan orang kaya untuk duduk goyang kaki di rumah tanpa membuat apa-apa membantu suami mencari rezeki.


Jujurnya juga saya tidak berkahwin dengan lelaki kaya  yang bila-bila masa boleh berhenti kerja duduk rumah dan hanya petik jari sahaja nak apa dan suami akan memenuhi kemahuan saya.


Tidak!!! Saya perlu bekerja untuk memenuhi keperluan bukannya kehendak semata-mata. KEPERLUAN bukan KEHENDAK.


Saya sedar saya tidak boleh kesal akan keadaan sekarang ni.


Tapi saya hanya manusia biasa yang tetap mempunyai perasaan. Apa pun hanya diri ini sahaja yang dapat membantu untuk sentiasa tabah mengharungi perjalanan hidup ini.


Walau apa pun ya Tuhan ku, aku tetap bersyukur atas nikmat bahagia yang Engkau kurniakan untuk kami sekeluarga ketika ini. Dan moga ianya tetap berkekalan hingga akhir hayat kami. Amin


Love u abang dan anak mama Rayyan Adam

6 comments:

Kella said...

kita yang laluinya dan rasainya.. orang lain cuma melihat dan menilai dari luaran sahaja.. tapi yang tanggung kita sendiri juga..
makanya, asalkan apa yang kita buat ini berbaloi dan betul niatnya.. insyaAllah Allah akanbantu...
tawakkal sahaja.. kerana dia lebih tahu yang terbaik..

munna said...

kak munna tak pernah lagi duduk berjauhan dgn anak dan suami.... harapnya asfaliza tabah ye...

SiTi said...

insyallah hari tu akan ada jugak nnti...cuma masa nya belum sampai...

Unknown said...

kella : betul. hanya dia yang lebih mengetahui

munna : tq kak.

siti : amin

sekamar rindu said...

salam...

gambar kenangan di zaman kanak-kanak cukup indah untuk dikenang..melihat gambar terukir memori indah bersama rakan/keluarga..

itulah perjalanan masa..

Unknown said...

SR : tu la. mmg byk kenangan