LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 22, 2012

Kandungan Gula Dalam Badan Mak Kurang



Kandungan gula dalam darah  mak sekarang ni kurang sangat-sangat. Mak memang letih je sejak dua menjak ni. Saya memang paksa mak makan. Mak makan sebab dia pun tak nak badan dia sakit and susah kan siapa-siapa.


Tapi what to do. Gula dalam badan mak tetap kurang.





Ini gambar semalam. 


Bacaan pertama selepas sarapan pagi ialah 2.9
Bacaan kedua selepas minum milo di klinik 2.8
Bacaan ketiga selepas masuk 1 dos ubat ialah 2.7
Bacaan keempat selepas masuk 5 dos ubat semakin menurun iaitu 1.9
 

Masa bacaan gula mak semakin menurun, nurse macam pelik dan mula riuh rendah. Tapi saya dengan hemah nya menegur supaya tidak bercakap tentang masalah ni depan mak saya. Saya takut mak saya panik. Bila mak panik, takut benda lain pulak yang jadi dalam badan dia. Mujur nurse semua mengerti.


Alhamdulilah nurse di Klinik Kesihatan Kemendor semuanya baik. Semua nya bagi layanan yang baik buat mak saya dan diri saya sendiri. Malah ada yang menawarkan untuk saya rehat dalam bilik lain sebab Rayyan Adam dah mula mengantuk dan meragam. Terima kasih semua atas layanan anda. Termasuk juga doktor yang minta maaf pada saya sebab untuk urus kan mak mengambil masa hampir sehari. Dan doktor minta maaf sebab buat anak saya sampai letih. Semoga Tuhan dapat membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan dengan tugas murni anda semua.


Doktor decide nak masuk air. Sementara masuk air tu saya bagi roti and air soya sebab mak dah mula lapar.


Selepas tu bacaan gula mak mula naik iaitu 6


Now kena cek setiap hari pulak untuk pantau gula mak. 


Pagi tadi dah cek, tetap sama. Hanya 3 sahaja. Hmmmm saya cuba bertenang. Petang ni akan cek sekali lagi. Dan kalau keadaannya sama, maybe saya akan hantar mak ke hospital untuk pantauan yang lebih setiap masa.



Ya Allah Ya Tuhan, hanya pada Mu aku memohon. Semoga urusan aku untuk memberikan yang terbaik buat ibu ku dipermudahkan. Jangan lah Engkau menurun kan setiap semangat aku yang ada. 


Dan semoga orang-orang di sekeliling ku memahami situasi yang sedang berlaku. Semoga mereka semua bertimbang rasa atas setiap perkara. 


Jangan lah Engkau mematahkan semangat ku hanya kerana aku kecewa dengan diri sendiri. Jadikan lah aku anak yang terbaik sementara peluang dan ruang yang telah Engkau ciptakan untuk aku.....


Dan dalam masa yang sama, Engkau jadi kan lah aku isteri, mama dan pekerja yang baik untuk mereka... Sesungguhnya aku lemah tanpa kekuatan dari Mu Ya Allah....


3 comments:

~najwa~ said...

asfa,
standby gula-gula bersama mak. bila dia terasa simptom hipoglisemia tu, terus makan gula-gula. kadang-kadang kita dalam kereta ke, dalam perjalanan ke, tak boleh nak bancuh air kan...

Asfaliza Mohd Yatim said...

najwa : tq doktor najwa...

now doc yg rawat tgh stop kan ubat kencing manis mak saya sbb maybe ubat tu terlampau control gula dlm bdn nya. bacaan hari pertama selepas stop ubat kencing manis ialah 5. esok nk tgk lagi macam mana result

Anonymous said...

mama saya pon ada masalah sama. makan, minum yang manis2 sejam lepas tu lembik balik. mood tak tentu mula2 saya rasa ni simptom menopause tapi hari 2 pergi klinik doktor kata just kurang gula then kena makan selalu tak kan nak makan sepanjang masa an. so tak tau nk buat macam mana dah ni.