LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 6, 2012

Tawa Dalam Tangisan



Mood untuk berblog sudah ke laut hilang entah ke mana. Tapi dalam hati tetap mahu bercerita itu dan ini. Cuma kekangan mood itu sendiri yang tiada.


Dalam keadaan sekarang, satu mood pun memang tiada. Tak tahu apakah badan ini perlukan. Memerlukan sedikit masa lagi untuk pulihkan keadaan.


Lumrah dunia. Dalam pada kita menyambut satu berita gembira, ianya secara tidak sengaja mengundang air mata orang lain. Bukan kerana tidak gembira. Tapi itulah fitrah manusia.


Seperti saya. Juga tidak lekang bertanya diri sendiri. Menyoal, kenapa aku tak boleh dapat apa yang dia dapat. Sedangkan aku dah berusaha perkara yang sama. Malah usaha aku lebih dari dia. Tapi kenapa tetap dia juga yang dapat dahulu.


Tidakkah perkara ini lebih berunsurkan cemburu. Cemburu akan apa yang dia perolehi. Sedangkan aku? Masih menunggu rezeki Tuhan sambil terus menerus berdoa.


Secara tidak sengaja juga ianya mengundang air mata saya. Adakah saya cemburu. Pastinya saya cemburu akan kegembiraan dia. Begitu juga sebaliknya. Jika saya mendapat satu berita gembira, dia juga akan menangis kerana dia belum lagi perolehi apa yang saya perolehi setakat ini.


Apa pun saya tetap terus redha dengan kurniaan yang Tuhan berikan. Masih berdoa dengan cita-cita yang masih belum tergapai. Entah kan dapat, entah kan tidak. Lambat atau cepat itu semua kerja Tuhan.


Redha itu pengubat segala air mata. Sabar lah wahai insan dengan apa yang telah dimiliki atau pun belum.


Alangkah baiknya jika saya hanya cemburu tentang iman dan redha kepada Allah swt yang lebih dimiliki orang lain. Semoga kita semua dijauhi dengan hasutan syaitan yang tahu berbisik supaya cemburu, dengki khianat dengan kelebihan dunia yang dimiliki orang lain.


In Shaa Allah....  


2 comments:

gee ryder said...

Jangan sedih2 as...berdoa dan beserah padaNya :-)

Sherwieyna Muzzawer said...

salam

Janganlah sedih2 mcm ni. banyak bersabar ye, insyaAllah semuanya akan ok..;)