LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 21, 2012

Dah Setel - Hantu- After 3 Years Ago

Dah setel kes tak boleh nak upload gambar kat blog ni. Saya tahu ramai yang bijak pandai hal IT boleh tolong saya. Nama nya fenulis adalah femalas nak google masalah tersebut. Terus up masalah. Then setel sebab ada kawan-kawan blogger yang sangat baik. 


So tq so much buat Sharifah Nadzarah sebab sudi share jalan penyelesaian tanpa menggugat kan gambar-gambar lama saya dalam blog ni. Beliau sangat baik hati and semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat pada semua. Of coz la sayang nak delete gambar lama. Atau paling tidak buat blog baru


Huh!!! Tidak la koser nak up blog baru. Tapi kalau dah terpaksa buat jugak la kot.


Siapa yang ada masalah tak boleh upload gambar lagi sebab dah lebih quota 1GB boleh la jengah SINI dan SANA. Pendek kata quota gambar kat blog dah penuh la. Sangat membantu sebab tutoriol nya senang bangat.


Oh ye. Kalau sign in email baru ni memang kat dashboard tak de senarai blog yang kita dah pernah follow tu eh. Kalau tak de, kena la follow balik eh? Jenuh la gini sebab banyak gak blog yang saya suka baca. 


Waduh waduh!!!!   




*
*
*
*
*
*
*





 
So ini lah gambar yang saya gagal upload untuk email lama saya. Anggap je ni model pembukaan untuk email baru.


Nak dijadikan cerita abang kecik ni suka takut-takut kan kita dengan buat memek muka macam ni. Konon-konon dia hantu. Konon-konon la kita takut bila dia buat muka cenggitu.


Bila dia buat macam ni, dia akan cakap, hantu... hantu.... Kalau ada mama kat situ, dia akan cakap hantu... tangkap mama.


And kita ni pun melayan, buat-buat la takut and sorok muka kat mana-mana. Takut la sangat tengok muka hantu ni 




Ironi nya saya mula menulis blog ni bila saya dapat tahu saya mengandung kan Rayyan Adam. Masa saya tahu saya mengandung Januari 2009. Mula create this blog Mac 2009.


Now after 3 years, adakah permulaan untuk saya create new baby pulak untuk adik Abang Long.  Adakah petanda quota dah penuh juga petanda untuk cerita ceriti baby baru?


Apa pun doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Moga dimurahkan rezeki untuk pertambahan ahli baru. Semoga segalanya selamat dan tunggu je la kalau ada khabar gembira dalam menambah umat Muhammad di muka bumi Allah ni.


Sesungguhnya setiap rezeki tu pinjaman dari Allah yang diamanahkan untuk kita pelihara menuju ke jalan Ilahi. Semoga saya tidak lalai menjaga amanah Allah ini. Amin  

4 comments:

Sharifah Nadzarah said...

alhamdulillah..akhirnya settle..takdelah mcm sy..dah buat blog lain baru dpt caranya...
selamat berblog....

Sherwieyna Muzzawer said...

Alhamdulillah akhirnya settle juga masalah blog awak tu.

comel je adik ni buat muka tau..

♥nrina♥ said...

Salam ziarah..

Dia mmg nak adik dah tu hehe..

LYAfrina said...

alhamdulillah.. ekceli last year lya pnh wak tutorial ni... n baru2 ni buat lagi u versi dashboard baru