LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label DRAMA. Show all posts
Showing posts with label DRAMA. Show all posts

Mar 12, 2013

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi & Khabi Kushi Khabie Gham


Siapa perasan cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi adalah sebijik sebotol dengan cerita Khabi Kushi Khabie Gham????


Setelah ditelek belek memang jalan cerita 99% sama. Adalah sikit-sikit yang tak sama. Contohnya dalam cerita tu dia 2 beradik je. Cerita ni 3 beradik.



Pelakon
  • Shah Rukh Khan = Fahrin Ahmad
  • Kajol = Tasha Shiela 
  • Rani Mukharjee = Fauziah Goas
  • Amitabh Bachan = Dato' Rahim Razali
  • Bini Amitabh Bachan (tk tahu nama) = Lidyawati
  • Ritik Roshan = Aiman mentor
  • Kareena Kapoor = Adik Tasha Shila tu (pun tak tahu nama)
  • Nenek Shah Rukh Khan = Nenek Fahrin
  • DLL




Jalan cerita pulak 
  

  • Shah Rukh Khan & Fahrin dua-dua sama-sama anak angkat

  • Kahwin dengan bukan pilihan ayahnya

  • Shah Rukh Khan lari pergi London
  • Fahrin lari pergi Abu Dhabi 


  • Pilihan ayah Shah Rukh Khan = Rani Mukharjee
  • Pilihan ayah Fahrin = Faiziah Gaos


  • Kajol bawak jugak adik dia ke London = Kareena Kapor
  • Tasha Shiela pun bawak adik perempuan dia yang masih belajar


  • Adik Shah Rukh Khan si Ritik Roshan tu pergi London carik abang dia yang dah berjaya pun kat sana
  • Sama la jugak adik Fahrin si Aiman mentor ni carik abang dia yang dah berjaya kat Abu Dhabi
 
 


Ha tengok sama takkkkk????


Yang tak sama nya cuma dalam Khabi Kushi Khabie Gham tak de si jahat Faez tu lakonan Shah Jazel.


Hmm... ni baru sikit episod, pakar drama macam saya dah tahu dah apa akan terjadi seterusnya. 


Begitulah flash back saya 
 
 

Jun 23, 2012

Dejavu Di Kinabalu





Eh sula la cerita ni. Suka sangat........ 


Saya balik kerja pukul 7. So kalau dah pukul 7 memang berkejar-kejaran la atas jalan raya nak tengok Aqashah and Tiz.  Patut nya orang kejar kan nak sembahyang maghrib!!!!


Tak pernah miss tau. Cuma miss beberapa minit je la. Hmmm kalau tengok cerita ni kan teringat la zaman-zaman kita bercinta dulu. Tersengeh-sengeh sorang-sorang.


Cerita ni suami saya dah boleh tahu dah macam mana jalan cerita nya. We all kan pengarah terbaik cerita Melayu. Ala... conform la si Tiz tu pakai jantung Inara. Konon la lepas pemindahan jantung, kelakuan terus berubah. Konon ikut perangai pemilik asal jantung tu. Huh!!!!


Saya paling suka part jantung Tiz berdebar-debar. 


Eceh eceh. Dulu kita kan, kalau time berdating, beberapa hari sebelum dating dah berdebar-debar tau. Alahai.... Tak keruan tau hati ni. Bila ingat nak jumpa je, memang tak menentu degupan jantung.


Lepas tu kan ada ayat Aqashah yang dia cakap, kalau kita cinta kat seseorang, kita takkan berani nak tatap mata nya. Yeza... Of cos u allll. Dulu time jumpa, seluruh jantung ni gugur. Mata tak berani nak tatap matanya. Cewah!!!! Masa tu suami suka cabar saya tatap mata nya. Hahahahhahaha!!!! I gigil u nak tatap mata u lama-lama. Takut terkena panahan asmara!!!


Ni baru berapa episod aku dah tak keruan ingat saat-saat bercinta. Huhuhu. Dah la sekarang ni baru nak merasa duduk bersama sebagai suami isteri. Macam pengantin baru u allsss. Best nya hari-harii dapat peluk.


Ok lari topik. Eh tapi cerita ni memang best tau. Nak-nak pengarah nya Erma Fatimah. Dan penerbitnya kakak ipar Siti Nurhaliza. Pelakon pulak semua mantap-mantap. Cuma saya tak suka pelakon yang jadi tunang Tiz tu. Dia tak best la. Dia macam ala-ala bapok. Tak sesuai kot nak jadi pengarah urusan yang berjaya macam dalam cerita tu.


Lagu nya pun sedappppppppppppp sangattttt!!!


Masa taip entry ni tengah dengar lagu tu tauuuuu. Amik mood orang kata. Lepas ni nak sambung tengok ulang tayang cerita nya kat tonton. Daaaaa!!!

Sep 27, 2011

Muka Perogol


Aku kalau jumpa dia kat mana-mana sure punya aku takut. Serius takut. Geli pun ada jugak. Yek yek yek. Dah la rogol anak sendiri. Lepas tu anak kau dah mengandung, kau nak korek-korek pulak yek dia punya ^&(*$#$ kau nak kasik gugur anak haram tu. Haramjadah betul la cerita ni.



Baru 3 episod, cerita Soffiya ni dah penuh dramatik. Waaa sedap la kau yek lanyak Tiz. Wakakakkaka!!!



Ok ok ok saya emo dengan dia ni. Eh tapi ok lah. Lakonan dia menjadi. Mantap. Saiko. Tatottt!!!


Aug 11, 2010

Drama Lagenda Budak Setan

Drama Lagenda Budak Setan dah keluar dah semalam episod pertama. Nama pun peminta Lagenda Budak Setan. Tak kira lah benda tu drama ke, filem ke, novel ke. Memang kalau ada yang berkaitan dengannya saya suka.



Malam tadi ngantuk-ngantuk pun sanggup tunggu sampai pukul 10.30 sebab cerita tu start lambat. Sanggup wei walaupun sangap.



Biar lah orang nak kata saya ni kampung. Tengok nya cerita Melayu. Tak update langsung. Lantak. Dah aku ni Melayu. Hitam pulak tu. Muka pun jawa. Tak salah tengok cerita Melayu pun. Pendek kata kebanyakan pelakon Melayu semua saya kenal lah.




Tak pe lah kalau ada oramg tak nak sokong cerita Melayu yang kononnya cerita orang putih lagi best. Saya ada. So, penggiat-penggiat cerita Melayu jangan buat cerita sampah sebab takut orang Melayu sendiri kutuk.

Apr 11, 2010

Tiupan Sangkakala






Yang boleh dikatakan ialah sangat terkesan, sangat berkesan dan sangat mengesan. Menjadi lah dua-dua otai ni. Syabas. Rita Rudaini, Eman Manan, Ahmad Tarmimi, Dian P.Ramlee dan yang jadi orang gaji maaf tak tahu nama. Semuanya sangat best. Harap-harap cerita ni boleh menang besar kalau ada apa-apa pertandingan. Huhuhu... Kredit jugak pada penulis skrip Rashid Sibir dan pengarah Heykal Hanifah.


Takutlah tengok cerita ni. Sebagai isteri jaga maruah suami. Terkadang ada jugak lah saya makan dulu dan suami makan kemudian. Tapi dengan niat syer. Bukan maksud saya nak dia dengar cakap saya. Kan bang kan? 


Tak nak lah tengking-tengking suami. Abang, kalau abang rasa sayang tengking, tu bukan tengking terjerit terlolong tau. Tu namanya picing lari. Sebab tu volume terkuat. 


Tak nak lah dapat balasan macam Rita kat dalam cerita tu. Dosa besar


Bila kita berkahwin tidak perlu pakai bomoh, pawang, dukun, nasi kangkang untuk menangi suami. Apa yang penting perasaan sebenarnya terhadap kita sebagai isteri. Cintanya, kasih sayangnya, belaiannya, keikhlasannya mudah-mudahan milik kita. 


Tidak akan bahagia insan bernama isteri jika tidak menjaga maruah suami. 


p/s : abang, bahagiakan sayang yek...

Jan 19, 2010

Cinta Balqis




Semalam episode akhir drama Cinta Balqis. So, saya nak gak la update sikit pasal cerita ni. Well, saya ni antara peminat drama melayu yang berantai seperti ni. Cumanya, Cinta Balqis ni kurang sikitlah nak menarik perhatian saya. Komen saya, sebabnya ialah pelakonnya. Jalan cerita dah cantik dah. Tak macam saya layan Nur Kasih sampai saya sanggup menyuruh suami jangan ganggu saya sepanjang tontonan dan dalam waktu itu suami akan melayan karenah Rayyan Adam tanpa bantuan saya.


Walau macam mana pun, episod akhir semalam berjaya meruntun hati saya. Meleleh jugaklah air mata ni. Tapi sikit je. Tak banyak macam selalu. Tu pun masa Irfan sebab saya tak boleh tengok budak-budak nangis. Kenapa saya kata cerita ni kurang menyengat ialah kerana, kalau lah heroen tu Rita Rudaini ke, Lisdawati ke, Rozita Che Wan ke, huh!!! Conform saya tak OT. On time balik keje sebab nak hadap benda ni. Eira Syazira tu bukan tak best dan bukan saya tak suka dengan dia. Cuma dia belum tahap mantap nak bawa watak air mata. Cewah cewah cewah. Yang pelakon lelaki lak dah ok sangat-sangat. Best la diorg bawa watak air mata. Terbalik lak. Patutnya tengok pelakon perempuan yang buat kita menangis. Ni tengok lelaki pulak hati saya jadi mendayu-dayu. Hahahahaha.


Jalan cerita best. Geram pun ada. Ye lah. Kesian tau tengok Balqis hidup-hidup kena tipu ingat lakinya dah mati. Besarkan anak sorg-sorg. Hassan lak bukan main setia menunggu cinta Balqis. Si Emran hilang ingatan. Marisa lagi lah, tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Nak tak nak kena terima yang suami sendiri tak cintakan dia. Geram tau!!! Eeeeeeee. Pendek kata, penulis skrip ni pandailah berimiginasi mereka cerita.