LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 19, 2010

Cinta Balqis




Semalam episode akhir drama Cinta Balqis. So, saya nak gak la update sikit pasal cerita ni. Well, saya ni antara peminat drama melayu yang berantai seperti ni. Cumanya, Cinta Balqis ni kurang sikitlah nak menarik perhatian saya. Komen saya, sebabnya ialah pelakonnya. Jalan cerita dah cantik dah. Tak macam saya layan Nur Kasih sampai saya sanggup menyuruh suami jangan ganggu saya sepanjang tontonan dan dalam waktu itu suami akan melayan karenah Rayyan Adam tanpa bantuan saya.


Walau macam mana pun, episod akhir semalam berjaya meruntun hati saya. Meleleh jugaklah air mata ni. Tapi sikit je. Tak banyak macam selalu. Tu pun masa Irfan sebab saya tak boleh tengok budak-budak nangis. Kenapa saya kata cerita ni kurang menyengat ialah kerana, kalau lah heroen tu Rita Rudaini ke, Lisdawati ke, Rozita Che Wan ke, huh!!! Conform saya tak OT. On time balik keje sebab nak hadap benda ni. Eira Syazira tu bukan tak best dan bukan saya tak suka dengan dia. Cuma dia belum tahap mantap nak bawa watak air mata. Cewah cewah cewah. Yang pelakon lelaki lak dah ok sangat-sangat. Best la diorg bawa watak air mata. Terbalik lak. Patutnya tengok pelakon perempuan yang buat kita menangis. Ni tengok lelaki pulak hati saya jadi mendayu-dayu. Hahahahaha.


Jalan cerita best. Geram pun ada. Ye lah. Kesian tau tengok Balqis hidup-hidup kena tipu ingat lakinya dah mati. Besarkan anak sorg-sorg. Hassan lak bukan main setia menunggu cinta Balqis. Si Emran hilang ingatan. Marisa lagi lah, tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Nak tak nak kena terima yang suami sendiri tak cintakan dia. Geram tau!!! Eeeeeeee. Pendek kata, penulis skrip ni pandailah berimiginasi mereka cerita.


No comments: