LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 20, 2010

Saya Pernah Dirisik

Wahhhh tajuk tak boleh blah. So, suamiku sila senyum je yek untuk teruskan bacaan. Hahahaha. Ya. Saya pernah dirisik. Masa zaman anak dara sunti. Cis masa tu baru 19 tahun. Tak sangka lak ada je yang mengintai kita. Apa yang saya nak cerita, masa tu saya baru je habis STPM. Satu malam, mak dan abah duduk depan tv. Lepas tu diorg senyum-senyum tengok saya. Dalam hati kenapa pulak ni.

Mak punya ayat lebih kurang macam ni lah,

"Ada orang tanya anak kita tadi"

Abah kata,

"Siapa?"

Mak jawab,

"**** (nama samaran). Kalau kita setuju, dia nak hantar wakil hantar cincin"

Kahkahkah!!!! Masa tu saya berdekah-dekah dalam hati. Cover beb. Takkan nak terbahak-bahak depan orang tua. Hish! Apa punya kelakar lah aku yang macam ni ada orang ajak kahwin. Nasib baik lah mak dan abah berfikiran waras waktu tu. Diorg tolak cara baik. Dengan alasan, anak saya nak belajar lagi. Padahal diorg tahu masa tu saya dah ada boyfriend. Siapa lagi boyfriend ku. Ayah Rayyan Adam lah.

Orang tu bukan orang jauh pun. Kawan sekelas kakak ana merangkap kawan abang-abang saya. Maka, memang lah dia selalu datang rumah. Mak abah pun dah kenal rapat. Saya pun cuma layan-layan biasa je. Macam saya layan abang-abang saya. Dan yang paling best umur dia 10 tahun lebih tua. Hmmm...Ok gak kan kahwin dengan orang tua ni. Hahahaha

Selepas sesi penolakan, dia ada jugak lah masage-masage konon nak try lagi. Tapi apakan daya, hati ni memang tak boleh blah sebab memang tak de hati. Sejak dari kejadian tu, abang dan kakak saya asyik nak dok mengejek saya. Ejek lah. Ada aku kisah.

Lama-lama kan, walaupun saya dah ada anak, dia masih lagi tak kahwin . Adik saya kata dia dah macam tak betul je sekarang ni. Entah lah. Saya pun dah lama tak jumpa. Kasihan pun ada. Kalau lah saya kahwin dengan dia, mesti dia tak jadi macam ni. (Walaumacam mana pun memang tak nak kahwin dengan dia. Nak kahwin dengan abang gak)

Pendek kata, saya ni laku jugaklah sampai pernah buat orang frust. Hahahaha.


No comments: