Saya dah selamat pindah rumah. Sangat seronok hidup bekeluarga sendiri yang dibina. Hari sabtu basuh rumah. Ahad pindah. So, malam tadi saya sekeluarga telah tidur di rumah tersebut. Maka dengan rasminya saya telah berpindah dari Jasin ke Taman Merdeka, Batu Berendam.
Letih jangan cerita la. Mana nak kemas, mana dengan baby lagi. Nak tak nak kami suami isteri terpaksa tukar-tukar menjaga Rayyan Adam. Mula-mula pagi-pagi kami dah keluar pergi Kampung Jawa cari apa yang patut dulu macam perkakas nak basuh rumah, tikar getah dan tilam. Huh!!! Mujur juga family suami ringan tulang menghulurkan bantuan semasa proses pemindahan. Jadi kurang lah sikit kerja kami. Terima kasih adik dan Kak Teh. Kak Ana pun tolong gak masa beli-beli barang. Ya lah, saya dan suami manalah pandai nak main tawar-tawar harga ni. Lain kali kami balas la pulak ye kalau ada rezeki.

Sebenarnya saya nak letak gambar rumah kami. Tapi saya ni cuma rajin ambik gambar Rayyan Adam je. Nanti lah senang-senang saya upload gambar rumah kami yang dah siap kemas dan cantik-cantik. Sekarang masih seperti kapal karam lagi.
No comments:
Post a Comment