LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 15, 2010

Dah 2 Tahun Rupenye

Semalam 14 Januari genaplah usia 2 tahun saya berkhidmat di MICROCORP TECHNOLOGY SDN. BHD. Diam tak diam gak lah saya mencari rezeki di sini. Di sini jugalah rezeki saya ada untuk beli kereta. Dengan duit gaji di sini jugalah saya ada pakai untuk majlis kahwin. Di sini juga lah saya dapat bonus pertama pada hari kelahiran Rayyan Adam. Semuanya adalah rezeki yang Tuhan masih lagi kurniakan untuk saya serta keluarga. Terima kasih.

Dan tidak lupa, esok 16 Januari, selepas 2 hari saya mendapat berita gembira, saya juga dikhabarkan dengan berita sedih di mana abang kesayangan saya meninggal dunia. Mujur juga sejurus saya dapat kerja saya terus call arwah  di hospital untuk mengkhabarkan berita saya dapat kerja. At least arwah tahu saya dah dapat kerja lepas habis belajar beberapa bulan. Dan hanya dia tahu gaji saya berapa waktu itu. Serius. Adik beradik saya tak tahu berapa gaji saya  kecuali Kak Ana. Al-Fatiha buat arwah abang ngah

No comments: