Mama happy sayang dengan perkembangan sayang. Anak mama now dah masuk 2 years old. Makin hari makin sihat. Makin hari makin pandai. Terus lah belajar apa saja ilmu yang ada ye sayang. Asal kan segalanya di jalan yang benar.
Setakat hari ini apa ye yang sayang dah pandai. Lama dah rasa nya mama tak list kan satu persatu. Hari ni mama nak try ingat balik supaya benda ni satu hari nanti akan jadi kenang-kenangan buat kita berdua.
- Berat mulut. Masih belum pandai menyebut perkataan yang dia tak familiar. Setakat hari ini dia hanya boleh menyebut ma (mama), ayah, nek (nenek). So daya untuk dia bercakap masih di tahap yang tidak memberansangkan. Pendek kata Rayyan Adam belum pandai cakap. Lambat. Tapi!!!! Kami semua tidak kisah asalkan ada perkembangan lain yang dia boleh buat. Betul tak puan-puan. Masih ada lagi benda lain yang dia ok. So no problem with this.
- Faham memberi dan menerima arahan. Seee?? Walaupun tak pandai cakap, tapi dia faham segala apa yang kita maksud kan. Dan kita juga faham apa yang dia minta. So, tak de masalah kan. Okey nak tahu contoh? Kata lah dia nak makan, dia tarik tangan kita ajak pergi dapur. Then dia akan tunjuk pinggan atau pun peti ais. Dia tahu dalam peti ais ada makanan. Lepas tu kata la dia nak mandi, dia tarik tangan kita ajak pergi toilet. Then dia akan try buka baju dia pada hal tak pandai pun bukak sendiri. Tak susah kan dengan bahasa isyarat ni? So simple with this boy
- Tidur tutup muka dengan Eli. Ok now kalau dia nak tidur dengan nyenyak, nak tak nak terpaksa relakan dia menutup muka dia dengan Eli. Tak lama lepas dia nyenyak, kita angkat la alihkan Eli tersebut. Perangai ni memang sebijik ikut perangai saya. Suami pun naik pelik orang tidur tutup muka dengan bantal.
- Rayyan Adam lambat tidur malam. Palin awal beliau akan tidur pada pukul 12 tengah malam. Alahai anak mama. Nak main je keje nya. Dah gelap pun still nak tendang ball. Baring pun baring la, janji dapat tendang ball tu.
- Rayyan Adam takut dengan mama. Mama garang ke? Hmm terpulang la yek orang nak kata apa. Ada jugak orang cakap dah la jumpa anak sekali sekala, mama nya pulak garang. I don't care about that. Selagi kami suami isteri dan mak saya jugak masih boleh terus kan hidup macam ni its ok for me. Selalu je suami call pukul 1 pagi suruh saya tidur kan Rayyan Adam. Ye lah, ayah suruh tidur dia tak nak tidur. Nenek suruh apatah lagi. So, bila dengar suara mama nya tidur terus. Takut la katakan. Ha tak ke untung tu namanya.
- Manja dengan mama. La tadi kata garang. Ha itu ler. Orang ingat aku ni garang je manjang. Pada hal budak tu memang manja dengan kita. Kalau hari Isnin or Selasa, mak saya mesti cakap Adam cari mama dalam bilik. Dia round bilik sambil panggil ma...ma... ma... Serius sedih kalau dengar dia cari saya.
- Tiap-tiap petang wajib round naik motor dengan ayah. Ayah tak sempat nak bukak kasut lagi, dia dah siap-siap amik kasut dia ajak ayah naik motor.
- Pandai pau ayah dengan mama. Tak kira siapa yang bawa dia pergi kedai, conform ada je habuan yang dia mintak kat kita. Kaki buli eh budak ni. Huhuhuhu.
- Dan masih lagi tidak mesra alam. Rayyan Adam sukar untuk didekati. Geram tau mama perangai anak mama yang satu ni. Bila nak berubah sayang. Pls la. Orang nak kawan dengan sayang. Janngan sombong-sombong ok. Awak tu dah besar tau.
Ok, dah kot. Nanti-nanti mama ingat lagi, mama tulis lagi apa yang sayang dah pandai buat. Ni mama dah tak ingat. Memori low
No comments:
Post a Comment