LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label TOYS. Show all posts
Showing posts with label TOYS. Show all posts

Sep 21, 2011

Pomen Walker Pulak




Ok sayang. Mama and ayah tahu, anak mama ni sikit hari lagi nak masuk 2 tahun kan. Mama and ayah tahu sangat-sangat apa yang anak mama ni minat. Tak sah kalau benda yang beroda menjadi hobi. Bukan ke dah ada superbike, kuda. Pastu walker ni anak mama nak pomen jugak. Dah tu kalau jumpa beg troli yang mama lupa simpan pun anak mama cari tayar dia nak pomen jugak kan. Ok la. Mama faham. Anak mama ni boy. Mana main pondok-pondok ke, kawen-kawen ke. Apa barang??? Ye tak. Bagus.... Jangan dah besar jadi mat rempit tau. Ayah pulak doa, dah besar Rayyan Adam beli 2 superbike. 1 untuk Rayyan Adam, 1 untuk ayah. Boleh ride sama-sama. Pandai eh. Nak pakat 2 orang. Habis mama macam mana? Tinggal? Tak aci tau!!!



May 26, 2011

Setia Bersama Eli


Walau apa pun yang terjadi, Eli mesti sentiasa berada di sisi. Sahabat baik si hensem ni. Jangan lah ada orang rampas Eli ni. Boleh jadi gaduh....

May 25, 2011

Playpen With Ball

Benda alah ni dah lama dah beli. Tapi baru sekarang berkesempatan nak snap and tayang kat sini. Masa tu saya kat UTM JB. Then ada MyDear warehouse sale kat Puchong. Apa lagi, kirim la opismate beli. Harga serius tak ingat. Dah hilang ingatan. Tapi memang murah.




Budak kecik ni jenis ikut suka dia nak main apa hari tu. Kalau dia rasa nak main ball ni, dia main lah. Kalau tak seharian jugak lah ball ni manganggur tunggu tuannya menjengah.





Disebabkan ball ni kan semua banyak color. So, saya akan ajar lah ball tu mengikut color. Blue, green, red dan bila tiba yellow, mesti si kecik ni letak kat telinga. Mula-mula pelik apasal dia letak kat telinga. Rupanya dia ingat hello. Mesti dia confius dengan 2 words ni. Tapi bagus lah. Sekurang-kurangnya dia boleh berfikir tapi masih belum tahu membezakan beberapa perkara.





Satu hal lagi, dalam buku dia pun ada gambar ball for B la kan. Then everything bentuk yang berbentuk bulat yang ditemui dalam mana-mana pic, dia akan sebut ball. Tak kira lah benda tu ialah bulan atau apa-apa sahaja yang bulat walaupun bukan gambar ball.




Bila tang nenek yang mengajar, tentulah sebut color tu dalam BM kan. Saya sekarang pesan kat mak suruh sebut BI. Bukan apa, takut dia confius lagi je. Kang mama kata red, nenek kata merah. Macam mengenal haiwan pun sama. Nenek ajar ngiauuuuuwww. Kita pulak ajar cat. Huhuhu!!! Mana satu dia nak ikut kang.




Tapi mana-mana pun ok. Janji perkembangan Rayyan Adam menunjukkan umur dia. Alhamdulilah. Setakat ni Rayyan Adam budak yang bijak. Mak bapak mana tak bangga anak makin hari makin bijak. Dari selemah-lemah bayi, semakin lama, semakin cerdik pandai. Perkembangan otak pun seimbang. Dan mana yang kurang pada dia, dia tetap ada lebihnya dengan budak baya-baya dia. Tak semua perkembangan bayi adalah sama kan.




Yang lambatnya, si keciknya ni masih belum pandai sangat menyebut. Maknanya belum pandai cakap lah. Benda basic pandailah, macam ayah, mama, nek. Itu pun kalau kita yang ransang dia. Kalau atas usaha dia, dia memang tak akan menyebut perkataan-perkataan tu. Apa pun, Rayyan Adam sudah mula berbicara dalam bahasa Jerman ortodoks. Huhuhu. So hanya dia dan dunia dia sahaja yang tahu apakah butir bicara yang dibicarakan....

May 20, 2011

Datuk Lee Chong Wei

Mama baru belikan Rayyan Adam reket ni. So comel ini reket tau. Harga 10 hengget kat JJ. Besar nanti nak jadi macam Datuk Lee Chong Wei tak?




Tapi.... Hehehhe. Mama dengan nenek buat sauk cari barang yang tersorok bawah sofa. 




Senyummmmm... Sekarang dah pandai senyum kalau orang nak tangkap gambar dia

May 4, 2011

Tikam

Ini bapak budak kalau jumpa kotak main tikam memang dia ajar anak dia. Kecik-kecik dah diajar main tikam. Dulu dia macam ni lah gamaknya. Kalau anak ikut, memang sah sebab bapak dia.


Mula-mula cari syiling 50 sen. 2 keping dah singgit



Aim dulu nak yang mana



Last-last tak dapat. Rugi singgit. Anaknya melopong jek tak reti apa. Nasib tak mengamuk nak jugak benda tu

Apr 13, 2011

New Superbike


Si kecik ni kononlah ayahnya naikkan basikal kat Tesco nun. Tuptup tak mo turun. Ngamuk!!! Aisey malu dah mak bapak ni. Pujuk. Nanti ayah beli ye sayang. Ngamuk jugak. Pada hal bukan paham lagi apa kita cakap. 




Tiba-tiba mak hulur 50 hengget. Nyah beli kan je cucu mak basikal ni. Segan wei. Malu la lagi sekali laki bini ni. Tak pe mak. Nanti pun memang nak beli kan dia. Tunggu masuk rumah baru. Kat rumah tu dah banyak dah. Tak muat.




Mak pun kata, beli je!!!



Dek kerana mengamuk tak nak turun dari basikal ni terpaksa lah hangkut dengan tuan-tuannya sekali masuk troli




Nampak tak muka berlagak budak kecik ni. Baru dapat terus nak buat aksi stunt. Seram tau layan anak jantan ni




Next time mama dengan ayah dah tobat tak nak lalu depan benda alah yang spesis ni. Nasib nenek ada tau. Kalau nenek tak de, berguling la kamu depan orang ramai. Siapa nak layan.

Dec 28, 2010

Lion-New Friend

Now anak bujang ni saya bagi kawan baru. Lion. Baru beli kat Giant last week. Eli dia time ni tengah mandi. So, nak tak nak masa nak tidur kan si bujang kena lah pujuk dengan Lion. Eli nya dah hapak sangat. Nak pengsan mama bau.



Rayyan Adam tak nak tidur dengan Lion masa ni. Puas pujuk. Susah dia nak tidur. Mata dah ngantuk. Last-last saya peluk then ribakan dia. Baru nak tidur bila mama peluk. Mak kata, mak nak ajar dia kawan dengan kawan baru ni. Biar dia lupa kejap dengan Eli

Nov 12, 2010

Nov 1, 2010

White Horse

1 Melaka ayah Rayyan Adam cari kuda ni. Kedai baby, kedai basikal, shopping complex, banyak semuanya tak memenuhi citarasa. Ada yang rendah. Ada yang tinggi. Ada yang tempang tipu



Ni hadiah Rayyan Adam yang ke satu tahun dari ayah. Sebabnya Rayyan Adam sangat suka main enjut-enjut. Contohnya kalau kita baring, dia akan naik atas perut, lepas tu enjut-enjut macam naik kuda. Ayah boleh la layan. Mama jangan kau harap nak duduk atas perut ni eh. Boleh kuar sume isi perut kat mana-mana lubang yang ada.




Kuda ni best sebeb siap boleh buat bunyi kuda yang sebenar sambil bunyi menunggang kuda. Tak tahu macam mana nak describe bunyi kuda. Cuba korang bayang kan. 



Mama akan cakap mahal binatang ni sebab harga nya RM100 ok. Rayyan Adam dah dapat kuda. Gelang mama bila ayah nak beli ni

Jul 27, 2010

Hadiah Dari Kak Long Zairol


Rayyan Adam dapat motor ni dari Kak Long Zairol aka sepupu Rayyan Adam sejak dari dalam hari lagi. Now baru lah beliau betul-betul pandai menggunakannya. Tapi secara menolak ke tepi. Hahahaha. Lawak tau kalau tengok dia main benda alah ni.

Jul 16, 2010

Sepetang Bersama Cik Ely



Ya itu dia. Tersadai apabila bersama Cik Ely kita. Now, mak yang lebih-lebih panggil binatang ni Ely. Kahkahkahkahkah



Jul 7, 2010

Baru Boleh Main

Rayyan Adam dapat hadiah ni masa dalam hari lagi. Anak buah suami yang bagi, Zairul. Now, bila badan dah tegap. Duduk dah teguh. Dah pandai panjat-panjat baru boleh main benda ni. Tu pun masih dalam kawalan





Jun 30, 2010

Untuk Anak Bujang Mama



Mak saya sebagai mak nenek bukan main sibuk lagi suruh saya cari anak patung untuk cucu kesayangannya tu. Atas alasan kan bagus kalau anak kau tu ada benda nak peluk. Hmmm macam tahu-tahu je saya kalau tidur kadang-kadang terlupa nak peluk cucu dia. Maklum lah tidur tengah-tengah. Kiri kanan nak peluk. Kena lahh gilir-gilir ye tak.



So, cari punya cari punya cari. Susah nya nak cari yang sesuai. Harap maklum ye. Anak saya ni anak bujang. Bear yang kebanyakan jual kat kedai semuanya beRiben bagai. Saya memang lah cerewet. Tak nak lah nampak sangat kewanitaan saya ni.



Bila dah jumpa. Makkk aiiii!!! Harga mak datukkkk. Mahal. Memang mahal ye puan-puan kalau setakat anak patung rege nya 50 hengget. So, saya riject. Hish mahal la. Kecik je pun. Tapi tu lah. Nenek nya pulak yang dok kalut sibuk sangat nak kan anak patung tu.




So, malam ni tadi keluar pergi JJ teman kan Fatiha nak betul kan jam. Tak plan pun nak cari anak patung ni. Cuma rasanya kalau ada yang berkenan dengan harga ingat nak beli la. Last-last Cik Fatiha kita yang baik hati ni bermurah hati nak hadiah kan Rayyan Adam. Errrkkk mula-mula segan wei. Mahal. Gila apa. Tak nak tak nak sambil geleng kepala. Tak nak jugak. Pergi cari yang murah je. Lantas Fatiha pun kata tak nak beli yang murah. Hahahaha...



Dengan ini saya sebagai mama kepada Rayyan Adam juga mewakili nenek Rayyan Adam yang lorat nak kan anak patung tu, berterima kasih ye kepada Cik Fatiha. Very expensive okey. Kalau aku beli baju aku rege 10 hengget boleh dapat 8 pasang tau Fatiha. Ni yang aku jeles ni. Lepas ni beli kan aku baju pulak eh. Ni kes jeles dengan anak sendiri.




Oh ye. Buat Rayyan Adam anak mama sayang. Lepas ni dah tak de alasan eh mama tak peluk sayang lagi. Mama nak peluk ayah pulak banyak-banyak.