Benda alah ni dah lama dah beli. Tapi baru sekarang berkesempatan nak snap and tayang kat sini. Masa tu saya kat UTM JB. Then ada MyDear warehouse sale kat Puchong. Apa lagi, kirim la opismate beli. Harga serius tak ingat. Dah hilang ingatan. Tapi memang murah.
Budak kecik ni jenis ikut suka dia nak main apa hari tu. Kalau dia rasa nak main ball ni, dia main lah. Kalau tak seharian jugak lah ball ni manganggur tunggu tuannya menjengah.
Disebabkan ball ni kan semua banyak color. So, saya akan ajar lah ball tu mengikut color. Blue, green, red dan bila tiba yellow, mesti si kecik ni letak kat telinga. Mula-mula pelik apasal dia letak kat telinga. Rupanya dia ingat hello. Mesti dia confius dengan 2 words ni. Tapi bagus lah. Sekurang-kurangnya dia boleh berfikir tapi masih belum tahu membezakan beberapa perkara.
Satu hal lagi, dalam buku dia pun ada gambar ball for B la kan. Then everything bentuk yang berbentuk bulat yang ditemui dalam mana-mana pic, dia akan sebut ball. Tak kira lah benda tu ialah bulan atau apa-apa sahaja yang bulat walaupun bukan gambar ball.
Bila tang nenek yang mengajar, tentulah sebut color tu dalam BM kan. Saya sekarang pesan kat mak suruh sebut BI. Bukan apa, takut dia confius lagi je. Kang mama kata red, nenek kata merah. Macam mengenal haiwan pun sama. Nenek ajar ngiauuuuuwww. Kita pulak ajar cat. Huhuhu!!! Mana satu dia nak ikut kang.
Tapi mana-mana pun ok. Janji perkembangan Rayyan Adam menunjukkan umur dia. Alhamdulilah. Setakat ni Rayyan Adam budak yang bijak. Mak bapak mana tak bangga anak makin hari makin bijak. Dari selemah-lemah bayi, semakin lama, semakin cerdik pandai. Perkembangan otak pun seimbang. Dan mana yang kurang pada dia, dia tetap ada lebihnya dengan budak baya-baya dia. Tak semua perkembangan bayi adalah sama kan.
Yang lambatnya, si keciknya ni masih belum pandai sangat menyebut. Maknanya belum pandai cakap lah. Benda basic pandailah, macam ayah, mama, nek. Itu pun kalau kita yang ransang dia. Kalau atas usaha dia, dia memang tak akan menyebut perkataan-perkataan tu. Apa pun, Rayyan Adam sudah mula berbicara dalam bahasa Jerman ortodoks. Huhuhu. So hanya dia dan dunia dia sahaja yang tahu apakah butir bicara yang dibicarakan....
No comments:
Post a Comment