Buat suamiku tersayang,
Tahukah kamu yang isteri kamu kecik hati bila kamu keluar makan-makan dengan kawan-kawan kerja kamu sempena dapat bonus, isteri kamu bersendirian di sini.
Suamiku,
Tahukah kamu, tahun 2010 ni langsung isterimu tak pernah ikut kamu ke mana-mana bermakan-makan dengan kawan-kawan kamu sempena apa-apa keraian pun. Pendek kata isterimu ni cemburu melihat kawan-kawan kamu yang membawa anak bini dan mentag gambar kamu yang berseorangan di fb. Oh saya cemburu ok.
Abang,
Sekali lagi sayang sangat kecik hati. Bestnya korang keluar celebrate apa-apa hanya pada hari bekerja. Tidakkah kawan-kawan kamu faham isterimu hanya ada pada Sabtu dan Ahad. Atleast, buat lah Jumaat malam Sabtu.
Sekali lagi sayang,
Bestnya tengok gambar abang makan-makan kat hotel, makan-makan kat ikan bakar. Hmmm.. Abang memang cakap, nanti abang bawa lah sayang pulak makan kat situ. Sayang tak nak bang. Sayang nak ikut abang dengan kawan-kawan abang. Bukan nak sangat makan pun. Tapi pointnya kat sini nak ikut. Tahu nak ikut?
Abang,
Masa bulan puasa hari tu pun tak dapat ikut jugak. Takkan untuk akhir tahun ni pun sayang tak de peluang nak ikut jugak. Bawak anak kita. Jeles lah bang.
Sayangku,
Tahun 2010 dah sampai masanya. Rasa nya memang tak de harapan pun sayang dengan Rayyan Adam nak ikut. Walaupun sayang tahu banyak je lagi acara abang dengan kawan-kawan abang. Adakah mungkin tahun 2011 sayang kena menetapkan syarat abang tidak perlu ikut acara-acara tersebut memandangkan isteri kamu berjauhan. Dan mungkin kita berdua tidak perlu ke mana-mana untuk tidak mengecikkan hati mana-mana pihak.
Dan yang terakhir sekali,
Saya sangat jeles dengan suami yang dapat banyak kali bonus. Raya dapat, akhir tahun dapat. Bila dapat duit, diorg buat makan-makan kat tempat grand-grand. Bila dah buat makan-makan, saya tak dapat ikut sebab saya duduk jauh. Saya tak dapat ikut lagi bila diorg buat antara Isnin hingga Khamis. Betapa jeles nya saya di sini ok.
Sekian sahaja untuk kali ini
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas
Salam sayang dari isteri mu yang duduk di perantauan