LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 16, 2010

Selamat Pengantin Baru Zairul Dan Zaini

First of all nak ucap tahniah lah buat anak sedara suami yang baru je jadi pengantin baru. Yang jadi pengantin ni kiranya merangkap sepupu Rayyan Adam. OMG!!! Tengah berfikir nanti anak dia ni nak panggil saya apa. Nenek? Neny? Grandma? Hahahhaha... Gelak ramai-ramai. Lepas tu Rayyan Adam nak panggil apa? Pak Long??? Apa kelas... Hmmm ingat nak suruh panggil Long Adam. Hahahaha. Untuk saya pulak nantilah fikir yang canggih-canggih sikit. Panggil nenek hanya untuk cucu sendiri je kot. Demand ok.



Kenduri belah Melaka berjalan lancar dan maha hebat la nampaknya. Meriah. Anak sulung lah katakan. Then last week kitorg hantar pengantin ke Pahang pulak. So far semuanya pun ok. Tapi ada 1 je yang menjadi kepelikan semua orang. Pelik dengan adat Pahang yang memang kitorg tak pernah tengok kat mana-mana lah. Dalam tv pun tak pernah. Kira kena buat dokumentari ke apa ke kat Majalah 3 ke kan. Sebab memang pelik. Cuba tengok gambar bawah ni. 



Nampak tak ada cincin gantung-gantung kat dahi dua-dua pengantin. Masa ni belah pengantin lelaki la tau. Benda alah ni dok gantung-gantung masa malam berinai. Dan dan bila dia pakai benda alah ni semua family dari Melaka gelak sakan. Pengantin pun dah naik juling tengok benda bergantungan kat mata. Adeh!!! Pedih perut masa ni tahan gelak. Yang tetamu memang orang pahang pulak dok tengok-tengok kita buat rumah tu macam fun fair. Hahaha!!! Orang Pahang kalau ada baca entry ni sila jawab apa kah maksud tersirat di sebalik simbolik acara ni. Kot-kot lah ada yang tahu. Saya tak sempat lagi nak interview pengantin mahu pun mak pengantin.

3 comments:

mzhany said...

pelik jugak weihhh...tapi tak baik r main gelak2 weh, adat dorg kan, sikit2 tu memang ok kot...

terus xcun pengantin pompuan sebab ada gantung2...;)

mzhany said...
This comment has been removed by the author.
~aSFaLiZa~ said...

hany : pelik kan