LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 19, 2012

Pesta Gendang

Hari Isnin hari tu Melaka cuti umum sebab sambut Melaka Bandaraya Bersejarah. Sedap lah 2 beranak ni coti. Mak nya jugak kena kerja sebab Selangor bekerja seperti biasa.


So, memandangkan nak jugak layan si kecik tu tengok bunga api, malam minggu tu bersesak la ke MBMB. Tapi sebelum keluar rumah, dah siap-siap masak and makan dulu kasik kenyang perut dulu.


Best tau tengok Pesta Gendang ni. Pengacara Nabil Raja Lawak, Shiera dan Zakiah Anas. Nabil asyik la nak buat lawak nya. Dah la kebanyakan tetamu orang VIP.


Yang paling saya suka masa ni persembahan dari Korea Selatan, Acheh and Singapore.


Korea Selatan macam kagum sebab banyak buat akrobatik. Satu orang dukung sampai 2 orang tinggi-tinggi. Takut jatuh je. Tapi sangat la hebat.


Acheh pulak persembahan nya ala-ala dikir barat. Tapi laju gila. Kalah orang Kelantan berdikir tau. Lepas tu persembahannya macam ada satu tenaga seolah-olah sedang berjuang. Ye la... Acheh kan pernah dilanda Thunami. Mestilah diorg rasa dengan membuat persembahan macam ni, diorg dapat satu tenaga untuk menghilangkan rasa sedih negara mereka dilanda bencana.


Singapore pun best. Mula-mula macam pelik tau. Ala Singapore ni mana ada keseniannya yang tersendiri. No no no. Salah hokey!!! Diorang main kompang. Tapi sudah dikotemporarikan. Best gila alunan kompang disekalikan dengan gitar. Dengan gendang nya. Siap dilambung-lambung gendang besar tu. fun sangat. Bagus la kan orang Melayu Singapore masih menjaga nilai kesenian budaya Melayu. 


Lain-lain kebanyakkannya macam biasa je. Bali biasa lah. penarinya seksi. Mata pulak kena garang. Mesir, muziknya macam ala-ala nak umumkan waktu imsak masa bulan puasa. Huhuhu.... Walaupun penari lelaki berjubah, tapi penari perempuan mak aiiii. Gelek pinggul tau.



Bukti. Sayangnya tak de kamera mahal. Kalau tak memang dah pergi depan pentas, amik gambar satu-satu persembahan. Laki bini kagum dengan diri sendiri sebab berdiri hampir 2 jam.


Budak ni pau ayah dia lampu angry bird. 4 hengget!!!



Menyambut Melaka Bandaraya Bersejarah tidak memerlukan menunggu detik 12 malam. Maka nya percikan bunga api hanya dimainkan setelah semua persembahan selesai. So, bunga api hanya bertempiaran di dada langit pada pukul 1 pagi. 


Dan kagum sekali lagi sebab sangat cantik bunag api nya. Corak nya lain dari yang biasa. Tak tahu lah kalau orang lain dah biasa tengok. Saya adalah jakun. 


Rayyan Adam agak takut sebab kali ni macam terlalu dekat kot. Bunyi kuat. Berdesing telinga. 


Sebenarnya saya suka dengan benda yang berkait dengan seni dan sejarah Melayu ni. Bila tengok persembahan yang macam ni rasa macam nak kaji je balik sejarah tarian atau gendang yang berkait dengan Melayu. Benda macam ni memang kena dengan jiwa saya hokey!!! 


Saya suka baca buku sejarah. Sekian....

Apr 18, 2012

Melaka Wonderland

Hari minggu lepas suami belanja mandi manda kat Melaka Wonderland. Katanya hadiah harijadi saya tahun ni. Tak kisah la bang oiii. Hadiah ke, tak hadiah ke. Janji kita bahagia kan.


Sepatutnya pergi masa minggu besday saya tu. Tapi bendera jepun berkibar adalah malas nak pergi. Geli!!! Huhuhu


Gambar bukti kena ada hokeyyyy!!! Bukan main terik lagi nak tengok kamera. Melayan si kecik buat peace



Kain baju bekalan



Saya adalah jahat sebab menyeludup makanan. Hahahaha. Syyyhhh. Diam-diam tau. Masa kat depan, yang jaga tu siap cek beg. Cuak hokey!!! Nasib baik dia tak cek betul-betul. Huhuhu!!!



Senyummm....



Games kat sini semuanya kena main 2 orang. Kesian kat we all sebab tak boleh nak main sangat sebab tak de orang nak jaga si kecik tu. Last-last, suami terserempak dengan kawan kerja dia bawak awek. Apa lagi. Minta tolong la kawan dia jaga kan Rayyan Adam



123 Senyummmm!!!




Senyummm lagi....

Apr 17, 2012

Batteleship


Jumaat lepas mencuba nasib mentry masuk panggung wayang bersama anak kecik. Filem pilihan pertama ialah The Wrath Of Titans. Memandangkan waktu tayangan filem tersebut adalah sudah dihadkan. Maka pilihan seterusnya ialah Battleship.


Serius best woooo cite ni. Rasa macam nak tengok lagi. Mana tak best nya. Main perang-perang dengan alien. Hish, kalau ada 3D lagi real seyyyy!!! Suka sangat dengan Rihana. 


Lepas tu masa tengok cerita ni rasa, bestnya kalau kawen dengan navy. Hahahha. Waklu!!! Jangan tak tahu, masa saya dah tunang, ada navy nak masuk line tau. Hahahhaha. Perasan...


Percubaan pertama kami adalah berjaya. Rayyan Adam adalah sangat berkelakuan baik di dalam panggung wayang. So, siapa kata ada anak kecik tak boleh tengok wayang. Lalalalala!!!!!! Salah ye puan-puan sekalian alam....


Oh ye lepas ni dah senang la kerja mama and ayah Rayyan Adam nak dating masuk dalam panggung wayang. Anak kami begitu memahami jiwa mak bapak nya. 


Dulu-dulu nenek ada nak tolong jaga. Sekarang, beliau juga telah menjoin kami. Seawal usia 2 tahun 7 bulan dah masuk wayang. So, anak anda bagaimana pula?


Apr 16, 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Kat Melaka sudah buka Kedai Rakyat 1 Malaysia. So menyinggah la kita. Mana yang boleh beli kita beli. Mana yang tak sesuai kita kasik skip. Ikut la atas keperluan masing-masing









So kalau siapa nak pergi tempat nya kat area Kota Fesyen or uptown Mydin Mall

Apr 13, 2012

MaMa 28

Alkisah menyambut besday mama yang dah tua bangka ini. Huhuhu.


Ater anak pun baru sorang. Maka menyambut hanyalah bertiga sekadar suka-suka jek. Happy sangat-sangat sebab saya mahukan kebahagian sahaja sebagai hadiah setiap tahun.


Dan memotong kek la kita gamaknya dengan anak kecik. Bukan main tak menyabo lagi si kecik tu nak terjah krim kek. Adeh!!!


Dah tu seronok bukan main dapat pakai topeng the mask of zorro. Mama nya bukan tak nak pakai. Tapi kepala mama ni besar, makanya talinya asik la terputus. Sakan la dua beranak anak dengan bapak.


Red velvet. Sangat sedap sampai termimpi-mimpi. Order dengan Rini opismate. Siapa mahu order sila roger.



Sekarang si kecik ni sedang belajar buat peace. Tapi tak lepas-lepas. Tetap keluar 5 jari



Konfius. Nak buat peace ke. Nak senyum ke. Nak tiup benda alah tu



Dia bergaya dulu hokeyyyy!!!



Happy family. Hope kekal bahagia hingga hujung nyawa kami. Amin..



Potong kek kena la si dia yang potong. Kang sentap!!





I love u abang and bucuk mama



Budak ni kalau nak cium mesti nak ciomolot. Kadang-kadang orang luar yang naik malu tengok we allss ciomolot tau. Hehehhe



Ha yang ni pun mak bapaknya terpaksa la buat dia jadik penghadang dari ciomolot. Huhuhu. We alllss laki bini tak payah la nak tunjuk kat sini kan...




Alhamdulilah. Tq abang. Tq Rayyan Adam. Mama sayang kat kamu berdua sampai mati

Majlis Pot Luck

Sempena cuti umum 11 April hari tu, taman tempat saya duduk tu ada buat Majlis Pot Luck untuk penduduk merapatkan silaturahim.

 
Memandangkan kami suami isteri ni adalah antara penduduk yang baru pindah, so macam ala-ala malu kucing la gamaknya dua-dua. Nasib baik jiran sebelah rumah ada datang jugak. Maka nya adalah la jugak kawan nak borak.


First orang lelaki dah pergi awal sebab diorg berjemaah mahgrib dulu kat surau sementara. Then ada bacaan yasin seterusnya sembahyang isyak. Beserta sekali dengan solat hajat.


Dalam pukul 9 malam saya gedek-gedek dengan Rayyan Adam ke tempat kejadian. Kebanyakan orang perempuan jalan kaki malam tu. Saya idok le kan. Berkereta la kita.


Sebenar nya nak bertegur sapa adalah masih malu lagi. Serius malu. Macam.... Alahai. Dulu-dulu kecik-kecik kita ikut mak kita. Ni kita yang dah jadi mak nak bercampur dengan orang ni. Huhuhu. Malu aiiiii!!!


Tapi nak tak nak kena jugak campur dengan masyarakat. Tak nak jadi macam katak bawah tempurung la kan. Dan bila ada majlis macam ni, sekurang-kurang nya kita dapat merapatkan apa yang sepatut nya. Nak duduk kat sini bukan sehari dua. Entah-entah ni la rumah kita sampai mati. Takut esok mati pun jiran tetangga tak tahu.



Of coz la saya buat benda alah ni kan untuk jamuan tersebut. Huhuhu.



Dan ini adalah acara perkenalan yang saya kata kan tadi. Cis sang suami sikit pun tidak memperkenal kan siapa isteri beliau. Huhuhu. Gugup la tu

Apr 9, 2012

ABPBH 2011

ABPBH semalam sengat best. Menonton bersama suami dan anak. Last-last mereka berdua jalan dahulu melayar bahtera di atas tilam empuk masing-masing. Cis!!!



Ok la saja nak story mory mana yang best mana yang tak best


Yang Best

  • AA menang ABPBH adalah saya sokong 100%. Sebab nya saya adalah kureng dengan Sam. Mati la aku kalau peminat Sam baca. AA naik mendadak pun sebab cerita Nora Elena, lepas tu sambung pulak filem Ombak Rindu. Semua pun kaut penonton paling banyak. Yang vote pun mestilah peminat perempuan yang verangan nak dapat bf macam AA kan.  

  • Of cos la pengacara. Semua pun sporting and profesional. Tak mo la kan pengacara sentap-sentap, perli-perli kang saman menyaman pulak macam tut kan.
 
  • Then bila Didi Aliays memang, saya terus teringat Azwan Ali. Sentap tak ek. Hahahha. Ye la kan diorg ada krisis. Kalau dah baik tu bagus la kan.
 
  • Zizan menang satu. Johan pun  memang satu. Ok la fair la untuk Jozan kan.
 
  • Tang Fiz Fairuz menang, nampak kan keikhlasan dia yang dia tak harapkan apa-apa populariti kan. Cukup la orang tahu bakat dia. Siap dia kata, dia tak de fan club pun untuk raih undi.
 
  • Masa Fasha Sanda pulak, siap dia kata....Cinta hati saya. Auuuwww!!! Jejai la tu. Saja tau nak kasik Nora Danish sentap sikit. Eh tapi saya minat dua-dua. Tak kisah pun sape dapat Jejai tu. Wakakakka!!!

  • Ha ni paling best!!! Saya suka masa Mas Idayu panggil-panggil jantan nak gelek dangdut. Serius best. Ala-ala gatal tau. Tak puas Mas Idayu nyanyi satu je lagu.


Yang Tak Best pulak

  • Opening pengacara adalah slow bilamana diorg kecek Kelate. Tak kelakar sangat kot. Sebab nya diorg orang luar yang berupaya nak kecek Kelate. Zizan je jadi lawak nya masa kecek Kelate.
 
  • Oh Anuar Zain berduet dengan Dayang adalah hancus dan budus. Tak best la.
 
  • Eh Tasha Shila menang, saya macam tak puas hati la pulak. Patut nya Neelofa. Cis sekali lagi.
 
 
 
Tu je la nak story mory. Kalau nak cerita details adalah panjang. Bukan ada orang nak baca pun. Huhuu.

Apr 6, 2012

Musibah

Duhai sahabatku sekelian yg dikasihi selalu.

Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidakmahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA..Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah.Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah,itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. Sebaliknya jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah,itu petanda hati kita jauh daripada Allah.Oleh itu sahabatku sekelian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita semua bertaubat dan kembali kepada Allah.




Lama kelamaan saya mula belajar untuk tidak mengeluh atas ketentuan Tuhan meletakkan takdir saya hidup berjauhan dengan suami dan anak untuk ketika ini.


Cuba belajar untuk tidak mengeluh. Cuma saya hanyalah manusia biasa yang mudah kalah dengan perasaan rindu.


Percaya lah. Apa yang kita dapat. Apa yang kita tidak perolehi. Tuhan telah susun dengan cantiknya untuk hidup kita. Saya memegang setiap janji Tuhan bahawa setiap apa yang telah ditakdirkan, ada hikmah di sebaliknya.

Apr 5, 2012

~Giveaway 28~

Ok la adik-adik sekalian alam. Sempena besday hakak hujung bulan ni, hakak bermurah hati nak buat satu GA. Ingat ye besday saya jatuh pada 29 MAC. So kalau ada yang bermurah hati nak kasik hadiah apa salah nya.

Ye ye saya tahu tahun ni dah 28.... Dah tua dah...

Dan semestinya adalah syarat kan...

Syarat-syarat nya...

  • Kena buat ENTRY pasal GA ni
  • Letak link entry tersebut di ruangan komen hanya pada entry ini sahaja. Komen kat entry lain tidak diterima.
  • Nak follow boleh. Tak nak follow pun boleh. Kalau follow senang la nak tengok update kan.
  • Hadiah ada 1 jek.
  • Pemenang berdasarkan cabutan bertuah
  • GA berlangsung selama 2 minggu. Jadi akan berakhir pada 5 April 2012
  • Senarai peserta akan dipublish selepas tarikh 5 April 2012

 Dan ini hadiah nya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Mandi Dalam Sinki


Si baby tua bangka yang sibuk nak mandi kat dalam sinki. Budak ni memang susah sangat nak mandi. Kena pujuk betul-betul baru dia nak mandi. Biasa dengan ayah dia suka. Pasal dengan ayah boleh main air sampai jari kecut.


Tapi kalau dengan mama, bukan main keras lagi dia tak nak mandi. Nak tak nak, mama kena pujuk macam-macam cara. Contoh nya macam ni la ha. Mandi dalam sinki. Sampai kan berak pun nak cebok dalam ni.


Alahai... Anak anak...

Apr 3, 2012

Apam Lady Bird


My new product. Apam lady bird. Baru testing-testing. Nanti dah banyak kali buat and dah jadi baru la berani nak jual. Ni kita jaja dulu dalam blog

Apr 2, 2012

Tolong Call Saya

Urgent nak bagi tahu kat sorang customer untuk order apam polka dot 200 pcs tema biru coklat and filling blueberry and coklat cip 8 April 2012 kat Taman Merdeka. Kalau u baca entry ni boleh tak sms or call no ni 012-7331499 untuk conformation alamat. 


Sorry saya tak rekod kat mana-mana u punya no telifon coz hp hilang and your record semua hilang.


Tapi saya ingat u punya order.


Sorry banyak-banyak sebab hp hilang. Dan juga sorry sebab tak record awak punya order kat kertas. Dan saya tak ingat nama siapa kah gerangannya. Sorry banyak-banyak.


Kalau ada siapa-siapa yang tahu macam mana kita nak trace mesej lama dari sim kad lama yang hilang tu ek. Saya pakai Celcom. Kot ada yang tahu senang dah cerita nya.


Serius takut kalau dia tak baca entry ni. Mengagau pulak nak tunggu dia call.