LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Nov 9, 2012

Kenapa Anugerah Skrin 2012 Tak Best

Kenapa Anugerah Skrin 2012 Tak Best?????????


Sebab 2 orang je. Lain-lain semua best. 


Neolofa yang cover cun. Awal yang bajet bagus!!!


Huh!!!!!


Nasib baik ada Adi Putra dengan Rita Rudaini. So romantik. Sumpah saya berangan tengok dua orang ni. Kalau mengandung kenan muka dua orang ni bagus gak. Dua-dua lawa.... 

Apr 9, 2012

ABPBH 2011

ABPBH semalam sengat best. Menonton bersama suami dan anak. Last-last mereka berdua jalan dahulu melayar bahtera di atas tilam empuk masing-masing. Cis!!!



Ok la saja nak story mory mana yang best mana yang tak best


Yang Best

  • AA menang ABPBH adalah saya sokong 100%. Sebab nya saya adalah kureng dengan Sam. Mati la aku kalau peminat Sam baca. AA naik mendadak pun sebab cerita Nora Elena, lepas tu sambung pulak filem Ombak Rindu. Semua pun kaut penonton paling banyak. Yang vote pun mestilah peminat perempuan yang verangan nak dapat bf macam AA kan.  

  • Of cos la pengacara. Semua pun sporting and profesional. Tak mo la kan pengacara sentap-sentap, perli-perli kang saman menyaman pulak macam tut kan.
 
  • Then bila Didi Aliays memang, saya terus teringat Azwan Ali. Sentap tak ek. Hahahha. Ye la kan diorg ada krisis. Kalau dah baik tu bagus la kan.
 
  • Zizan menang satu. Johan pun  memang satu. Ok la fair la untuk Jozan kan.
 
  • Tang Fiz Fairuz menang, nampak kan keikhlasan dia yang dia tak harapkan apa-apa populariti kan. Cukup la orang tahu bakat dia. Siap dia kata, dia tak de fan club pun untuk raih undi.
 
  • Masa Fasha Sanda pulak, siap dia kata....Cinta hati saya. Auuuwww!!! Jejai la tu. Saja tau nak kasik Nora Danish sentap sikit. Eh tapi saya minat dua-dua. Tak kisah pun sape dapat Jejai tu. Wakakakka!!!

  • Ha ni paling best!!! Saya suka masa Mas Idayu panggil-panggil jantan nak gelek dangdut. Serius best. Ala-ala gatal tau. Tak puas Mas Idayu nyanyi satu je lagu.


Yang Tak Best pulak

  • Opening pengacara adalah slow bilamana diorg kecek Kelate. Tak kelakar sangat kot. Sebab nya diorg orang luar yang berupaya nak kecek Kelate. Zizan je jadi lawak nya masa kecek Kelate.
 
  • Oh Anuar Zain berduet dengan Dayang adalah hancus dan budus. Tak best la.
 
  • Eh Tasha Shila menang, saya macam tak puas hati la pulak. Patut nya Neelofa. Cis sekali lagi.
 
 
 
Tu je la nak story mory. Kalau nak cerita details adalah panjang. Bukan ada orang nak baca pun. Huhuu.

May 30, 2011

Konsert Double Trouble 2011

Hari Jumaat 27 May 2011 berkejar-kejar dari KL ke Melaka semata-mata ada dating dengan Search dan Wings. Serius terkejar-kejar. Dengan ada hal kat bank petang tu. Nak kejarkan kan tol sebab takut jem. Ni kan dah start cuti sekolah. Pulak tu terkena hari gaji. So, anda bayangkan lah keadaan jalan kalau ditambah dengan kemalangan yang dijangka akan berlaku. Huhuhu. Tapi alhamdulilah, perjalanan semuanya lancar.




Kitorg laki bini dah plan benda ni lama dah since dengar berita Double Trouble nak datang Melaka kan. Mula-mula kata April. Then pospon pulak. Bila dah cnfrm je, bulan lepas lagi dah siap-siap beli tiket. Satu kepala 70 hengget.





Plan tu memang la plan kan. Tapi bab pakaian tak tahu nak pakai apa. Sebab tang ni memang tak pandai. Kalau suruh pakai baju nak pergi orang kawen tahu le. 





Then bila sampai kat Stadium Hang Jebat ni memang banyak lah gerai-gerai yang menjual. Suami pun menggelabah nak beli baju rock katanya. Bersesak-sesak lah mencari. 





So, suami bergambar la dengan T-Shirt yang dia baru beli. Sikit punya mahal. Orang kedai tu bukak harga 45 hengget. Kitorg tawar, dapat 40 hengget je. Walhal T-shirt tu cuma tulis Search 2009. Ha bayangkan lah.Tapi kata nak suka-suka. We all ok je.





Ni, saya dah lepas dulu. Ye lah. Perempuan mana ramai sangat. So, sesi megecek dan meraba tak de lambat sangat berbanding lelaki





Abaikan je gambar yang kabur dan gelap. Hanya berlandaskan kamera hp 5mp sahaja. Ditambah malas untuk menyetting apa-apa function





Masih menggedik lagi di pintu pagar





Ni keadaan masa mula-mula masuk stadium. Orang masih berjalan lagi ke tengah-tengah stage




Berposing again





Dan si roker jadian hanya pada malam kejadian sahaja




Sudah berada berdekatan dengan stage. Mencari-cari ruang




Sebelum gelap, mari kita bergambar lagi




Dan apabila gelap, masih bercahaya lagi kan muka saya yang gelap juga ni. Hahahaha





Ketahui lah puan-puan bahawa saya adalah pendek. Setelah puas mencari ruang untuk mendapatkan pemandangan yang memuaskan, budak berambut apro tu sudah cukup menghalang pemandangan saya dengan rambut nya. Justeru, saya agak terganggu dengan rambut nya itu.





Gambar terakhir. Suami tak kasi saya upload gambar ini dikhuatiri kamu-kamu semua melihat jerawat nya yang sedang menumbuh. Tapi saya nak upload juga disebabkan tiada apa-apa tanda-tanda cinta di lehernya.




 

Konsert diacarakan oleh Isma Halil Hamzah. Saya memang suka dia sejak dari sekolah lagi sebab saya suka dengar radio THR dulu. Segmen dia malam-malam pukul 12 tengah malam. Yang sorang lagi pengacara, saya tak kenal dan tak nampak pun siapa orangnya.





Acara pembukaan dimulakan dengan tarian tradisional kotemporari ini istilah saya sendiri tau sebab tak tahu apa nama tarian ni oleh group dari Peringgit kalau tak silap. Cer anda bayangkan. Yang datang ni semua majoriti rokers. Ramai yang jerit suruh stop. Hahaha!!! Siap ada yang maki-maki lagi. Dah yang datang nya ganas-ganas. Kalau ikut logik kan tak kena gaya nya. Tapi, kalau ikut saya, ok je.





Nasib baik tak lama. Terus je DJ Isma panggil group pertama, Search. Hish kitorg laki bini gila kagum tengok Amy, dah tua-tua ada tenaga menyanyi dan menari terpekik-pekik. Kalau ikut saya, mesti dah putus tali pusat terjerit-jerit.






Dan lagi kagum masa Kid ke Kit eja nya ni goreng gitar dia. Ya ampunnnn. Terkesima lah mendengar. Memang terbuai-buai. Walaupun memang nampak usia nya dah dimamah, tapi jari-jari dia macam ada emas sedang memetik gitar. Terbuai-buai. Dan paling kagum, masa tengah main gitar tu dia hisap rokok. Huhuhu!!!





Tapi, lagu-lagu Search banyak yang saya tak reti nyanyi. Spoil lah. Jeles tengok laki aku pandai nyanyi lagu dia. Malam tu, Search banyak main lagu yang tak popular sangat. Kalau yang popular tu reti lah nak nyanyi. Macam Isabella harus lah reti. Then Pawana, Isi dan Kulit, Fantasia Bulan Madu (yang ni Kid petik gitar best gila), dan yang lain-lain banyak lagu tak tahu.





Tapi..... bila tang Wings masuk je, memang boleh dikatakan banyak lagu yang saya reti nyanyi. Apa tak nya. Suami sokmo main CD dia kat dalam kereta kalau tiba tempat yang takde line radio. Tapi Awie memang la kelakar. Dia belum masuk stage lagi, orang dah dok jerit panggil Hussssieeennnnnn. Ala-ala kat Hantu Kak Limah Balik Rumah. Huhuhu. Lawak ok.





Masa Wings dah tinggal lagi 2-3 lagu, kitorg dah tak tahan berdiri. Suami ajak duduk kat kerusi. Naik cremp kaki ni. Takut pengsan je. So, majlis penutup kitorg duduk je. Dah stop berhayun-hayun kepala. Cewah.




Konsert ni siap ada cabutan bertuah tau. Tu yang kitorg tunggu jugak kalau ada tuah. Tapi bukan rezeki kitorg. Hadiah banyak jugak. Ipad, Motor dan Kereta Viva. Tahniah ye pada yang menang.

Apr 4, 2011

Anugerah Bintang Paling Popular 2010

Ramai dok bercerita pasal Anugerah Bintang paling Popular 2010 semalam. Saya antara penonton setia di depan kaca tv. Tapi sangat tak best sebab tengok tak kena regu. Laki aku bye bye masuk bilik tidur. Lepas tu tak boleh jerit kuat-kuat macam zaman muda-muda dulu. Kena marah dengan suami sebab anak dia nak tidur.




So, semalam menonton adalah dalam keadaan sopan santun. Menyampah tau. Nak jerit masa pengumuman pemenang semuanya tak boleh. Nak gelak masa pengacara buat lawak pun control cun je. Pendek kata semua nya control cun la.




Tapi bab si Usop Welca kuor. Mak aiii. Gelak sakan jugak. Cuma nya tengok dengan mak. Mak pulak tak kenal siapa Usop Welca. So, saya je la yang paham dok gelak sekor-sekor.




Anyway, congrates pada yang menang. Suami tak kenal siapa Shahezy Sam. Tapi Adnan Sempit dia kenal la. Nampak tak betapa laki aku ketandusan ilmu hiburan. Dah tengok ABPBH, now nak google Maharaja Lawak pulak. Sedih pulak rumah tak de Astro Warna. Kalau tak boleh layan ketawa sampai pengsan. Tak pe. You Tube ada.