LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label APAM POLKA DOT. Show all posts
Showing posts with label APAM POLKA DOT. Show all posts

Sep 14, 2012

Kenapa Apam Polka Dot Pecah



Ok akak nak buat entry berilimiah sikit hari ni. Huhhuhuu...


Bagi sesiapa yang barjinak-jinak untuk membuat apam polka dot. Mana yang bernasib baik and memang pandai akan terus berjaya. Bagi yang pernah mengalami masalah, mungkin entry ini boleh membantu mencari punca


Kenapa apam polka dot pecah?

Kenapa apam polka dot kembang?

Kenapa apam polka dot begini?


Jawapannya ialah...


Api yang terlalu besar
Api yang terlalu kuat
Apam yang dikukus terlalu lama



Apam polka dot perlu dikukus dengan api yang sederhana sahaja. Jika terlebih besar akan membuatkan apam yang dikukus pecah dan tak cantik. Tapi masih mengekalkan rasa yang sedap


Jawapan lain pula ialah kerana apam yang dikukus terlalu lama. Tempoh untuk mengukus hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Jangan dibiarkan apam berada ada atas api terlalu lama.


Hope jawapan ini dapat membantu serba sedikit kepada pembaca




Jun 9, 2012

First Big Project



My first big project. Order daripada my best freind masa kat KUSTEM dulu. Rakan serumah dan rakan sekelas. 


Apam 1000 pcs untuk di pack ke dalam shushi box 500 pack. Punya lah bersilat mengadun 1000 pcs ni dalam masa sehari semalam


Tq Lieen sebab support bisnes aku. Luv u la!!!! Kata hari tu jumpa nak cium aku. Tapi kau cium anak aku je eh




Apa pun Selamat Pengantin Baru ye Puan Hazleen. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa. Maaf sebab tak dapat nak pergi Kelantan majlis kau sebab dalam masa sama anak sedara laki aku pun kahwin jugak. Musim cuti sekolah ni memang biasa la ramai jemputan.


Senang-senang kita dating lagi eh. Luv u!!!

May 23, 2012

Door Gift Apam Polka Dot



Musim kawen dah sampai. Maklum lah dah cuti sekolah ni. So, bakal-bakal pengantin sekalian alam....apam polka dot antara door gift yang sangat kiut miut yang murah dan berbaloi-baloi dijadikan sebagai door gift. Sedap pun sedap....


Bukan takat bakal pengantin je tau. Kalau nak buat kenduri ke, aqiqah anak ke, khatan ke pun sesuai jugak.


Tapi!!! Hanya di Melaka sahaja


Harga RM0.80 sen/pack (2pcs apam with filling + shushi box). Min order 50 packs


Pick up point Mydin Mall, Melaka Central, Dataran Pahlawan or kalau request nak hantar ke rumah pun boleh jugak dengan syarat sms saya detail alamat rumah. Dengan mudah nya akan sampai di depan pintu rumah anda.


Kalau berminat, hubungi saya asfaliza 012-7331499 atau 012-7506472



Apr 2, 2012

Tolong Call Saya

Urgent nak bagi tahu kat sorang customer untuk order apam polka dot 200 pcs tema biru coklat and filling blueberry and coklat cip 8 April 2012 kat Taman Merdeka. Kalau u baca entry ni boleh tak sms or call no ni 012-7331499 untuk conformation alamat. 


Sorry saya tak rekod kat mana-mana u punya no telifon coz hp hilang and your record semua hilang.


Tapi saya ingat u punya order.


Sorry banyak-banyak sebab hp hilang. Dan juga sorry sebab tak record awak punya order kat kertas. Dan saya tak ingat nama siapa kah gerangannya. Sorry banyak-banyak.


Kalau ada siapa-siapa yang tahu macam mana kita nak trace mesej lama dari sim kad lama yang hilang tu ek. Saya pakai Celcom. Kot ada yang tahu senang dah cerita nya.


Serius takut kalau dia tak baca entry ni. Mengagau pulak nak tunggu dia call.

Mar 27, 2012

Kelas Apam Polka Dot

Alhamdulilah menuju selangkah lagi ke arah berenti kerja. Huhuhuhu...


Semoga dengan kehadiran Kak Rina akan membukak lagi pintu rezeki saya.


First dapat call dari Kak Rina macam ye ke tak ni nak ajar dia. Tapi Kak Rina beriya-iya nak belajar buat apam polka dot ni. Ye memang saya ada niat akan-akan datang untuk buat kelas.


Tapi Tuhan tu Maha Kaya. Bila kita terniat je terus dia makbul kan apa yang kita niat kan tu. Alhamdulilah Tuhan aturkan yang baik-baik buat saya dan keluarga.








Kak Rina tak nak gambar dia masuk dalam blog saya. Huhuhu. Dia kata kalau nak letak, letak gambar gelang dia je. Kalau tak dia nak saman saya. Huhuhu. Gurau jek katanya. Ok la kita pun kena lah hormat permintaan orang kan. Kak Rina best and frendly. Fun je ajar Kak Rina masa ni.


Kak Rina kata dia baca blog saya macam garang je saya ni. Wakakaka!!!! Tapi bila jumpa dia kata saya ok je. Eh saya garang ke? Nway, jenis saya dalam blog or luar blog, saya adalah orang yang sama. Garang saya garang bertempat. Kalau tak kena gaya, memang la saya merempan. Tapi kalau biasa-biasa, saya adalah macam yang Kak Rina jumpa.


Seriusly saya pun tak sempat nak snap banyak-banyak gambar sebab saya sibuk bercakap itu ini. Mula-mula je Kak Rina gigil nak mendot dot. 2nd round cantik dah dia buat dot dot tu.


Dulu beiya-iya saya bercita-cita nak jadik cikgu sekolah. Huhuhu. Last-last jadik cikgu dapur gamaknya.


So kalau ada siapa-siapa nak join kelas apam polka dot di Melaka, kalau sudi meh la contact saya. RM50. Barang semua saya sediakan. Datang lenggang kangkung je. Boleh call or sms 012-7331499.

Mar 20, 2012

Kuning For Hantaran





Alhamdulilah rezeki lagi. Kali ni tempahan untuk hantaran. Ala tak ingat pulaks nama adik tu apa. Tapi dia duduk kat Taman Laksamana Peringgit. Hantaran untuk majlis pertunangannya


Ada sesiapa nak order. Tapi kat Melaka je la yek. Kalau yang cenggini ada 35pcs RM25 beserta kotak yang kosong tanpa deco deco.


Biasa-biasa punya order 100pcs RM25. Kalau nak order sms kat nombor ni yek 012-7331499. COD

Feb 22, 2012

Mendotdot Lagi






Alhamdulilah. Ada lagi order 200 pcs dari Puan Mizah. Puan Mizah sms katanya nak repeat order. Alhamdulilah. Tq banyak-banyak


So far setakat ni semakin banyak yang saya buat semakin banyak yang saya belajar.


Hukum alam ye. Makin banyak kita buat silap, makin banyak kita pelajari. Kalau tak buat silap kita tak tahu untuk belajar. Bohong la kalau tak pernah buat salah. Kita bukan dilahirkan terus pandai dalam semua benda.


Pertama yang saya belajar bila apam berlubang lepas dikukus. Tansion tau tengok buruk rupa apam tu. Rupa nya saya tak kacau rata masa nak masuk kan dalam piping beg. 


Kedua bila apam yang dikukus pecah!!! Masyallah. Memang betul-betul menguji kesabaran bila apa yang kita harapkan tak menjadi. Kecewa tahap menangis tau. Rupanya api perlu sederhana. Kalau api besar akan buatkan apam tu pecah selepas dikukus.


Then dari segi pewarna pulak. Silap nya saya order pewarna tu melalui fon sahaja. Orang kedai tu pas kat suami. Saya pun tanpa ragu-ragu guna. Masa tu saya order color hitam. Botol besar. Mahal pulak tu. Bila buat, color dia pecah bila dicombine dengan color merah. Lepas tu dia tak jadi color hitam. Dia jadi coklat. Sedih woooo!!! Selidik punya selidik, rupanya color tu ialah oil based. Sila tahu ye puan-puan. Untuk membuat color apam polka dot yang cantik, hanya pewarna dari water based sahaja yang akan membuahkan hasil yang menawan. Now tak  tahu nk buat apa dengan pewarna hitam oil based tersebut. 

 
Macam tu la ye puan-puan. Kesalahan-kesalahan yang membantu saya lebih banyak belajar. Setakat ni tak de rasa menyesal pun atas kesalahan tersebut.


Dan hasil-hasil yang tak jadi saya lebih banyak sedekah kat masjid. Nak bagi kat jiran-jiran macam tak best pulak. Entah la. Perasaan je kot.


Saya tak jual tau hasil-hasil yang tak jadi tu. Biasa nya saya akan buat adunan baru.Ye la. Orang membayar. 


Dan ada banyak lagi kesalahan-kesalahan kecil yang secara tidak sengaja pun dilakukan.


Dan last sharing is caring orang kata. Sesaja bagi kat jiran tetangga. Dapat bagi 2 rumah jek

Feb 10, 2012

100 PCS



Again ada lagi order. Alhamdulilah. Ni just 100 pcs still boleh handel mengadun bersama si kecik itu.


TQ to my cousin, Angah yang sudi mengorder.


Sesiapa nak order, seperti biasa, sms 012-7506472. Bagi tahu nak berapa, lokasi dan tarikh.


Tempahan apam polka dot dari saya hanya untuk mereka yang berada di Melaka sahaja. Penghantaran percuma. Kalau jauh sangat macam kat Masjid Tanah or Alor Gajah or seangkatan dengannya, kita jumpa la kat mana-mana. Contoh kat Mydin Mall Ayer Keroh.

Feb 9, 2012

Apam Polka Dot 400 Pcs



Sehari sebelum Rayyan Adam masuk hospital ada order apam polka dot dari Linda sebanyak 400pcs. Tak sure pulak Linda ni duduk mana. We all jumpa kat Mydin je masa nak pas apam ni. Alhamdulilah. 


Memandangkan 400 pcs tu nak dibuat secara serentak dan jumlah nya banyak, saya terpaksa minta tolong Kak Ana datang. Sebelum ni, mak yang tolong kalau ada orang ada banyak. Tapi ni kan mak tak sihat. 


Ni saya nekad, kalau Kak Ana tak boleh tolong, memang saya terpaksa tolak order ni. Bukan apa. Masalah utama saya ialah si kecik tu. Saya tak boleh belah kalau buat bersama dengan beliau. Maka faham-faham je la ye puan-puan.


Apa pun, alhamdulilah atas rezeki Tuhan ini.


Ok now siapa nak order apam polka dot ni boleh je nak sms kat no 012-7506472. Harga masih sama RM25 untuk 100 pcs. Tapi kat area Melaka sahaja. Luar negeri Melaka belum mampu nak melaksanakannya.


Saya hanya amik order untuk jumlah yang seratus seratus je ye. Contoh nya, 100 or 200 or 300 dsb. Kalau ada yang nak 150 or 250 or 350, setakat ni saya tak amik...


Mari mari mari!!!

Jan 11, 2012

Pink+Purple And White+Green

Alhamdulilah rezeki di tahun baru. Rezeki di rumah baru. Ada jugak orang order 200 pcs apam polka dot. Ni keluaran pertama di rumah baru ye. Walau pun penat, letih, cuba jugak untuk menyiapkan tempahan. Syukur...


Oh ye masa ni mak saya stay kat rumah saya tau. Jadi, masa hantar apam ni untuk customer tepaksa bawak mak sekali. So, mak duudk diam-diam dalam kereta. Sebab nya tempat customer tu jauh jugak la dari rumah saya. Kat Tangga Batu nun jauh di sana. Mak ok je...Ye la nak tinggal kan mak sorang-sorang tak ke seriau nama nya tu.


Theme color yang diminta 1 set pink+purple and 1 set white+green. Yang white+green betul-betul menguji kesabaran. Huhuhu. Mana tak nya. Saya guna color green apple. Tak naik le color nya dengang white. So, terpaksa membuat sekali lagi adunan guna color dark green. Mencari la di kedai. Alhamdulilah menjadi.









So, ada sape-sape orang Melaka yang mahu order ini apam? Murah saja. Min order 100 pcs RM25. Kalau sudi sila sms saya kat sini 012-7506472. Penghantaran percuma kalau anda berada di area Melaka Tengah. Tapi kalau sampai Sungai Udang or Jasin or Alor Gajah atau seangkatan dengannya, saya tambah cas RM5 k. Atau pun boleh je buat perjanjian anda mahu pick up di mana.



Filling ada macam-macam. Coklat cip, strawberry, blueberry or kaya. Sedappppp... Yang pasti kanak-kanak sangat suka makanan ini.

Nov 25, 2011

Apam Polka Dot 100 Pcs

Alhamdulilah rezeki lagi. Order daripada Puan Khalilah di Manipal Collage, Melaka. 100 pcs. Tqvm



Filling coklat cip. Sangat sedap tau




Mahu mahu menempah apam polka dot dari saya?


Harga


100 biji RM25
(Minimum tempahan 100 biji)


Untuk tempahan hantaran seperti di atas 

RM30 (Apam polka dot 35 biji + kotak + reben atau bunga sebagai gubahan)
RM25 (Apam polka dot 35 biji + kotak sahaja)



Filling

Strawberry
Blueberry
Kaya
Coklat cip


 
Free of charge untuk penghantaran di sekitar Melaka Tengah
Saya akan tambah RM5 untuk penghantaran di kawasan Alor Gajah dan Jasin



Dan kalau ada permintaan secara pos, kalau ada kelapangan, dengan rendah dirinya saya menerima tempahan anda.


Boleh hubungi saya

012-7506472
atau 
aszbard@gmail.com

Nov 23, 2011

Tempahan Hantaran Pertunangan Apam Polka Dot Untuk Encik Salleh

Sekali lagi syukur kepada Mu Ya Allah atas rezeki yang diberi. 


So kali ni adalah tempahan dari my cousin Kak Ila untuk adik nya (dah tentu la sepupu aku jugak), Encik Salleh. Ok kitorg tak panggil dia Salleh. Hehhehe. Macam skema pulak panggil Salleh. Nick name dia dari kecik ialah Yoyo. Suami saya asyik tergeliat lidah je nak menyebut Yoyo terhadap orang lelaki dewasa. Entah apa-apa jek.


Now let see my apam polka dot again. Nyum nyum nyum



Tema nya ialah pink. Tapi saya secara sukarela match dengan purple.



Untuk gubahan macam ni 80% ialah hasil tangan mak. Tangan saya adalah kejung. Hanya 20% sahaja diguna pakai. Harap maklum. Huhuhu







Fiiling kaya. Sangat recommend sangat-sangat. Memang sedap gila (sila masuk bakul angkat sendiri). Macam kaya ball








Jadi, adakah mahu menempah apam polka dot dari saya?


Harga


100 biji RM25
(Minimum tempahan 100 biji)


Untuk tempahan hantaran seperti di atas 

RM30 (Apam polka dot 35 biji + kotak + reben atau bunga sebagai gubahan)
RM25 (Apam polka dot 35 biji + kotak sahaja)



Filling

Strawberry
Blueberry
Kaya
Coklat cip


 
Free of charge untuk penghantaran di sekitar Melaka Tengah
Saya akan tambah RM5 untuk penghantaran di kawasan Alor Gajah dan Jasin



Dan kalau ada permintaan secara pos, kalau ada kelapangan, dengan rendah dirinya saya menerima tempahan anda.


Boleh hubungi saya

012-7506472
atau 
aszbard@gmail.com