LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 19, 2012

Pesta Gendang

Hari Isnin hari tu Melaka cuti umum sebab sambut Melaka Bandaraya Bersejarah. Sedap lah 2 beranak ni coti. Mak nya jugak kena kerja sebab Selangor bekerja seperti biasa.


So, memandangkan nak jugak layan si kecik tu tengok bunga api, malam minggu tu bersesak la ke MBMB. Tapi sebelum keluar rumah, dah siap-siap masak and makan dulu kasik kenyang perut dulu.


Best tau tengok Pesta Gendang ni. Pengacara Nabil Raja Lawak, Shiera dan Zakiah Anas. Nabil asyik la nak buat lawak nya. Dah la kebanyakan tetamu orang VIP.


Yang paling saya suka masa ni persembahan dari Korea Selatan, Acheh and Singapore.


Korea Selatan macam kagum sebab banyak buat akrobatik. Satu orang dukung sampai 2 orang tinggi-tinggi. Takut jatuh je. Tapi sangat la hebat.


Acheh pulak persembahan nya ala-ala dikir barat. Tapi laju gila. Kalah orang Kelantan berdikir tau. Lepas tu persembahannya macam ada satu tenaga seolah-olah sedang berjuang. Ye la... Acheh kan pernah dilanda Thunami. Mestilah diorg rasa dengan membuat persembahan macam ni, diorg dapat satu tenaga untuk menghilangkan rasa sedih negara mereka dilanda bencana.


Singapore pun best. Mula-mula macam pelik tau. Ala Singapore ni mana ada keseniannya yang tersendiri. No no no. Salah hokey!!! Diorang main kompang. Tapi sudah dikotemporarikan. Best gila alunan kompang disekalikan dengan gitar. Dengan gendang nya. Siap dilambung-lambung gendang besar tu. fun sangat. Bagus la kan orang Melayu Singapore masih menjaga nilai kesenian budaya Melayu. 


Lain-lain kebanyakkannya macam biasa je. Bali biasa lah. penarinya seksi. Mata pulak kena garang. Mesir, muziknya macam ala-ala nak umumkan waktu imsak masa bulan puasa. Huhuhu.... Walaupun penari lelaki berjubah, tapi penari perempuan mak aiiii. Gelek pinggul tau.



Bukti. Sayangnya tak de kamera mahal. Kalau tak memang dah pergi depan pentas, amik gambar satu-satu persembahan. Laki bini kagum dengan diri sendiri sebab berdiri hampir 2 jam.


Budak ni pau ayah dia lampu angry bird. 4 hengget!!!



Menyambut Melaka Bandaraya Bersejarah tidak memerlukan menunggu detik 12 malam. Maka nya percikan bunga api hanya dimainkan setelah semua persembahan selesai. So, bunga api hanya bertempiaran di dada langit pada pukul 1 pagi. 


Dan kagum sekali lagi sebab sangat cantik bunag api nya. Corak nya lain dari yang biasa. Tak tahu lah kalau orang lain dah biasa tengok. Saya adalah jakun. 


Rayyan Adam agak takut sebab kali ni macam terlalu dekat kot. Bunyi kuat. Berdesing telinga. 


Sebenarnya saya suka dengan benda yang berkait dengan seni dan sejarah Melayu ni. Bila tengok persembahan yang macam ni rasa macam nak kaji je balik sejarah tarian atau gendang yang berkait dengan Melayu. Benda macam ni memang kena dengan jiwa saya hokey!!! 


Saya suka baca buku sejarah. Sekian....

2 comments:

Mummy Sher said...

salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

Unknown said...

SERONOKNYERR..TGK BUNGA API..
LAMA X TGK BUNGA API LIVE..BIASA DLM TV AJEK..;)