LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 31, 2010

Genbira Kerana Derita Orang Lain

Siapa tak ingin gembira. Cakap siapa? Siapa kata gembira itu derita? Tapi adakah kegembiraan yang kita miliki derita bagi orang lain? Ada ke macam tu? 



Tanpa kita sedar sometime kita terlanjur mengecewakan hati orang lain. Walhal kita dalam kegembiraan. Apakah orang itu akan lakukan?



Kenapa dengan sengaja mahu melulurkan hati insan tanpa sebab. Apakah kepuasannya? Seronok mungkin? Tapi sampai bila mahu berseronok dengan keadaan dunia yang sementara ni?



Ingat lah andai kita pernah menjadikan tangisan orang lain sebagai kegembiraan kita, nescaya hukum karma Tuhan adalah benar. Tangisan dan doa bagi yang dikhianati pasti didengari Tuhan. Ini lah namanya doa orang teraniaya.  


Sempena 31 May 2010



Besday boy








Besday boy kena jaga anak






Budak kecik makan puting je eh. Tak boleh makan kek






p/s : Suami saya baru je masuk 29 okey. Muda belia lagi. Dan saya pun muda belia lagi remaja


31 May 2010 - Selamat Hari Jadi Abang

Entry pertama untuk pagi Isnin ni adalah khas buat suami tersayang. Hari ni 31 May 2010. Selamat lahir yang ke 29 abang. I love u so much more than everything. Cinta hati kita RAYYAN ADAM






May 29, 2010

Gila Bola

Gila bola? Suami saya ke yang gila bola? Bukan.... Dulu-dulu ada jugak berangan nak couple dengan ahli bola. Tak kisah la wakil apa pun. Wakil rumah sukan pun tak pe.






Macam ni kan... Exited tengok orang main bola kat tengah padang.







Tapi.... Ni la boyfriend saya... Dia tak gila bola





Ya... Suami saya ni tak de nya nak main bola. Dia tengok je. Ni pun sebab department dia ada buat suka-suka main bola. Kalau tak, tengok pun tak...


Loan Rumah Sudah Lulus

Alhamdulilah...Ya loan rumah saya dah lulus. Khamis petang amik time off 2 jam. Bawa kereta laju-laju. Akhirnya sampai Melaka jugak pukul 5.30. Bank tutup pukul 6.30. Selesai agreement dengan bank. Gila banyak kali ni pinjam bank. Hahaha. Beratus-ratus ribu. Takutnya....



Yang penting saya suka lah orang bank tu. Pasal nya dia kata suami saya hensem. Jujur. Dia kata gambar dalam ic buruk. Tengok live hensem. Kembang jap suami. Hahahaha



Then, semalam pergi ofis pemaju pemaju buka ofis public holiday bayar duit booking 1k. Syukur segalanya berjalan lancar. Lepas ni nak bayar duit SPA pulak 2k. Okey jangan tanya saya SPA tu apa. Gila tak faham bahasa pemaju. Macam-macam benda yang saya tak tahu disebutnya. Kalau SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tu tahu lah. Hmmm ni lebih kurang nak bayar kat Pejabat Tanah lah.



Ni tengah tunggu surat dari lowyer bank dengan pemaju pulak nak sain bagai. Macam bos-bos pulak sain banyak-banyak surat. Hahaha.... Nanti surat-surat tu siap nak keluar kan duit epf laki bini pulak. Nak enjoy katak. Gila ke apa nak buat joli. Okey, nak buat bayar apa yang patut ye tuan-tuan.



Nama pun suami belikan rumah untuk saya. So, rumah nama saya ye. Hehehehe...Perempuan-perempuan kat luar tu tak payah ingat suami saya ada harta ye. Harta ni nama saya. Gila bangga dapat rumah.



 Lepas ni, bang nak satu lagi eh rumah. Boleh?

May 27, 2010

MOBS Parent & Child Look-Alike Contest






Kali ni try test contest muka anak bapak. Hahahaha. Nama contest ni MOBS Parent & Child Look-Alike Contest Harap-harap menang lah kali ni. Tolong la...Nak menang nak menang!!! Bukan apa...Hadiah nya mak aiiiii....Bukan main daboooommmmm!!!! Gempak mak cakap....Siapa-siapa yang ada anak bawah 8 tahun boleh la jengah kat malaysianonlinebabyshops.blogspot.com






Nama Baby : Rayyan Adam 
Nama Ayah : Badrulhisam
Nama Mama : Asfaliza
Umur : 8 Bulan
Email : aszbard@yahoo.com



Gambar yang dipertaruhkan tentu-tentulah gambar Rayyan Adam dengan ayah. Nama pun anak ayah. Gambar ni masa kami pergi vacation ke Kedah tempoh hari. Rayyan Adam ni ramai sangat lah yang cakap muka macam ayah. Mana tak samanya. Tu tang muncung tu. Tengok lah muncung dua-dua sama. Macam mulut itik. Mulut itik kan panjang ke dapan. Buat sangkut hanger pun boleh. Satu lagi tang hidung. Hidung dua-dua memang kembang semangkuk. Makin lama makin kembang mama tengok. Yang penting jeles tau kalau ramai kata Rayyan Adam macam ayah. Mana bahagian mama pulak....Bahagian mama kan...Malu lah nak cakap. Tu ha...Tengok tak kulit Rayyan Adam yang melepak tu. Ha tu ikut mama la tu. Putih berseri je kulit Rayyan Adam macam mama kan sayang.




Ujian Mu Tuhan

Ya Allah Ya Tuhan ku...Semoga dengan segala yang keredhaanku ini mendapat pahala dan keberkatan dari mu Ya Allah. Aku anggap semua ini adalah ujian dari Mu Ya Allah. Semoga segalanya ada hikmah yang tersembunyi. Berilah kebahagiaan dan rahmat pada ku Ya Tuhanku. Amin...







Perjalanan ini masih panjang. Perjalanan ini pasti ada halangannya. Kau permudahkanlah aku menempuhinya Ya Allah.


May 26, 2010

Bila Saya Mengandung

Bila kita mengandung, apa yang kita kena buat ye puan-puan? Mari saya nak syer ni. Mentang-mentang dah mengandung. Huhuhu... Ke tengah mengandung lagi. Oh tidak... Belum waktunya lagi. Akan tiba jugak bila saya betul-betul bersedia menanggung keadaan ketika mengandung.




Ketika saya mengandung memang keadaan teruk. Saya tak tahu lah orang lain. Ada yang saya dengar sihat segar bugar. Ada yang suaminya mabuk. Ada yang melepek sepanjang 9 bulan tu. So, yang melepek 9 bulan tu ialah saya.




Percaya atau tidak berat badan saya cuma naik sebanyak 6kg sahaja sepanjang 9 bulan  kandungan. Sewaktu disahkan mengandung 54kg. Sehinggalah minggu ke-39 hanya ada 60kg  sahaja. Saya memang tak lalu nak makan. Kalau lalu pun sure punya muntah. 




Muntah yang heavy. Masa tu kandungan baru nak masuk 3 bulan. Dari pagi sampai ke malam saya muntah dekat 20 kali. Oh tak sanggup rasanya bila ingat balik. Mood muntah berpanjangan hingga la ke 9 bulan. Sudah nya badan tak naik-naik.




Tu satu hal. Yang satu hal ni pulak, masa umur kandungan 5 minggu. Masuk hospital... 3 hari je pun. Bleding. Tak banyak. Macam darah period yang first day. Masa tu memang dah cuak bagai. Pergi hospital doktor kata, kandungan saya macam tak de. Tiba-tiba perasaan sedih muncul. Takut kehilangan.




So, masa di hospital, perkara pelik yang saya kena lalui sebagai ibu mengandung. Doktor mahu scan kandungan sama ada jantung baby saya berdegup atau tidak. Saya pasrah. Mula-mula doktor kata scan di perut. Tapi kulit perut terlalu tebal. Susah nak detect kat mana jantung baby. 




Then, doktor decide mahu scan di faraj. Waktu ini hanya Tuhan saja yang tahu perasaan takut saya bila doktor mahu memasukkan scanner dalam faraj saya. Doktor ialah doktor lelaki ye. Nasib baik India. Kalau Melayu mungkin lagi teruk perasaan ni. Mujur juga nurse semuanya baik-baik. Ajar saya cara-cara untuk baring dengan betul masa doktor nak scan.




Bayang kan lah, benda asing nak masuk alat sulit kita. Sure lah cuak. Sedih pun ada. Tiba-tiba rasa, kenapa lah semua penderitaan ni orang perempuan yang tanggung. Tapi bila ingat kan pahalanya. Terus perasaan tu hilang. Sakit pun tak masa doktor scan.



Syukur suami dan family semua amat memahami keadaan saya masa tu. Family suami pun faham. Saya memang dapat layanan yang lain dari yang lain. Bayang kan lah, saya nak basuh pinggan pun Kak Ana tak bagi. Takut apa-apa jadi kat saya. 



Nak makan, apa je yang tak dapat. Semua orang tunaikan. Ni bukan pasal mengidam ke apa ke. Ni pasal nak suruh saya makan. Penat Kak Ana masak, mak masak. Sudahnya, saya tak sentuh pun makanan tu. Tak de perasaan pun nak makan. Sebab tu badan saya letih sangat ketika mengandung. Tenaga tak cukup nak tampung saya dan baby masa tu. Makan pun sebab fikirkan baby je. Ikut kan hati ni, memang tak hingin pandang pun makanan yang ada.




Apa saya nak cakap, kalau mengandung ni tak payah la fikir orang mengandung buat-buat mengada-ngada atau saja nak manja-manja. Dulu saya pun fikir macam tu. Saya tahu ramai yang jadi macam saya. Melepek sepanjang hari.




Satu lagi, siapa-siapa yang baru saja lekat, jaga la baik-baik kandungan. Jangan lasak-lasak. Kesian kat baby. Suami pun kalau bawa kereta jangan laju-laju sebab takut kandungan terhentak-hentak. Boleh bleding nanti. Yang mana orang belum kahwin sila amik tahu. Kalau bawa kawan-kawan yang mengandung tolong la jaga sikit-sikit kebajikan diorg. Bawa kereta slow je tau. Macam saya syukur jugak. Saya kan bawa laptop hari-hari pergi kerja. Kadang-kadang ada je yang tolong bawakan.




Bila buat entry ni tiba-tiba saya teringin nak mengandung lagi. Tapi...Saya takut saya tak kuat sangat macam mengandungkan Rayyan Adam. Hmmm bukan nak mengeluh. Cuma saya takut dalam masa yang sama saya banyak menyusahkan banyak orang terutama suami. So, bila saya dah betul-betul bersedia nantilah akan ada jugak rezeki saya. Doakan kandungan saya lepas ni baby girl pulak ye. Namanya pun dah siap. Huhuhu...Tinggal nak register mykid je. Apa namanya rahsia... Nanti orang tiru. Hahahaha


Undi Jangan Tak Undi

Terima kasih la ye kawan-kawan yang rajin tolong undi. Terima kasih la banyak-banyak. Lebih kurang seminggu dah naik mencanak undian Rayyan Adam. Hish tak tahu la lagi apa nak ucap. Boleh tak nak cakap entry ni khas untuk Irwan sebab dia lah yang paling rajin mengundi. Penat tau. Maybe dia nak tengok gambar Rayyan Adam banyak kali kot. Ye lah. Orang dah nak jadi bapak. Tak lama lagi dapat baby boy. Mesti kau nak muka anak kau sama dengan muka Rayyan Adam yang hensem ni kan. Hahahahaha... Nanti kau ada anak girl aku masuk pinang eh untuk Rayyan Adam. Hahaha...Motif?








May 25, 2010

Tak Jadi Nak Mati

Pernah dulu selalu je rasa nak mati. Selalu je hilang kawalan diri kalau hati tak tenteram. Bila hilang kawalan, dah tak ingat dah siapa ada sekeliling kita. Yang tahu cuma diri sendiri je. Masa tu, mak, abah, abang, kakak, sedara mara dah tak kenal dah. Fikir dunia ni dah tak bererti.




Tapi sekarang, diri dah terkawal. Kalau tak kerana budak kat bawah ni. Nyawa ni dah tak de kot. Tak pun dah duduk hospital gila. Paling busuk pun duduk bawah jambatan ke. Huhuhuhu...







Sekarang segala-galanya terkawal. Tak kira lah, pergerakan ke, kelakuan ke, aktiviti segala-galanya dikawal budak ni. Pendek kata saya jaga diri sendiri semata-mata kerana dia.



Dulu boleh drive sampai 140km sejam. Sekarang nak drive 120km sejam pun takut. Takut apa-apa jadi kat diri sendiri. Kalau yang buruk-buruk jadi kat diri sendiri, siapa nak jaga anak ni. Tak nak anak jadi anak yatim. Jadi, memandu pun tiba-tiba bertukar kepada pemandu berhemah.



Sebelum mengandung dulu pernah jugak lah gaduh laki bini sampai saya rasa nak berpisah. Tu dulu tau. Tapi sekarang kalau gaduh, minta simpang dari benda-benda buruk tu. Tak nak budak kat atas tu tak dapat kasih sayang yang sempurna dari mak bapak dia.



Apa yang saya tahu laki bini sekarang mahu kerja, kerja, kerja. Cari yang sepatutnya untuk kebahagiaan dan kesempurnaan anak ini. Jangan ada sekelumit pun masa terbuang untuk anak ini bila cuti. Segala-galanya untuk dia. Masa untuk kami bermesra suami isteri pun hanya ada bila dia tidur sahaja. Sampai macam tu sekali penangan dia.




Apa pun, hidup saya, kesenangan saya, kesempurnaan saya, kesihatan saya hanya untuk Rayyan Adam. Sudah tanam dalam diri tidak mahu mati, tidak mahu sakit, tidak mahu susah kerana dia. Dia lah nyawa saya sekarang. Hidup ini takkan bererti tanpa dia. Hidup ini takkan ada matlamat jika tiada si jantung hati ini. Rayyan Adam lah penawar hidup mama sayang.


Busha Lengging



Pagi-pagi buta lagi dah menggila dengan Dayah beli busha untuk anak masing-masing. Kami syer duit pos. Hahahah. Plan penjimatan di kala belum gaji. Masing-masing beli 2 helai. Laki masing-masing pun senyap je lah kami shopping di saat duit tinggal beberapa helai sahaja. Siapa nak join sekaki meh pergi kat Qairakids. Murah gila okey. Selai 10 hengget.


May 24, 2010

Melaka International Jet Sports Challenge 2010



Niat asal nak minum sangat-sangat cendol. lagi-lagi kalau ada pulut. Sejak minggu lepas lagi. Cari kat area Equine Park tak de. Kat pasar malam pun tak de. So, hujung minggu lepas suami lepaskan hajat saya ni. Sampai kat Klebang cari cendol. Alasan, tempat lain cendol banyak kedai mamak. Saya ni kurang sikit kedai mamak. Sesekali boleh je layan. Hmmm...suami kata, entah-entah mengandung kot. Kot-kot ada Arissa kat perut ni. Mengandung kebendanya kalau baru lepas berdarah.







Suami asyik memandang sinis je saya order bakso. Ada ke dia geli tengok saya makan bakso.








Masa tengah makan dok usha-usha apa pasal lah ramai sangat orang. Siap ada polis bagai jaga sana sini. Rupanya ada ni ha. Melaka International Jet Sports Challenge 2010






Ni sapa tak kenal. Dato Ali Rustam. Ketua Menteri Melaka






Amik kesempatan la bergambar bagai. Nak-nak pulak ada abang hensem nak tolong amikkan gambar kami.







Ni adalah gambar poyo



Gambar Buah Dada Kat HP Suami Kawan Saya


Percaya tak...Kawan saya jumpa gambar ofismate perempuan suami dia kat hp. Kalau gambar biasa tak pe. Ni gambar seksi yang tayang buah dada....



Sentap lah kawan  tu bagai...Saya pun sentap. Emo tak tentu pasal. Perempuan tu kawan saya kenal pulak tu. Selalu lah jumpa kalau ada apa-apa majlis. Pernah jugak diorg suami isteri tumpangkan naik kereta kalau nak pergi apa-apa majlis.




Kesian kat kawan saya tu...Masalahnya perempuan tu dah la kenal. Hmmm tanya-tanya suami dia, suami dia kata ada orang yang send gambar tu masuk dalam hp dia. Eeeee....Saya tak percaya...



Then, kawan saya ni call lah perempuan tu siap maki hamun bagai kata kat hp laki dia ada gambar tetek perempuan tu. Perempuan tu pun sentap. Menafikan. Pun sama balas maki hamun bagai kat kawan saya. Kata tak de apa-apa dengan suami dia.




Erkkkk sebenarnya saya emo. Entah kan betul entah  kan tak suami dia tu... Korang rasa betul ke kalau ada orang yang send gambar tu kat hp suami dia. Ada ke? Nak buat apa tengok gambar seksi ofismate? Nak jatuhkan maruah? Or saja nak  puaskan nafsu? Ni yang  nak maki hamun kat sini ni... Agaknya jantan memang macam ni. Tak puas dengan bini sorang kat rumah




Lucky Draw by MUMMYAR




========LUCKY DRAW=======

CATEGORIES




A) PRELOVED PEG PEREGO STROLLER

B) BRAND NEW MINNIE MOUSE KITCHEN PLAYSET


C) PRELOVED LITTLE TIKES CRADLE (for dolls ye-not 4 babies ok)
D) BRAND NEW TOYS FOR LIL BOY (will update soon)
E) ALL (any gift/present)




Untuk tidak ketinggalan memenangi hadiah besar-besaran mari kita join beramai-ramai lucky draw by


Dan saya pilih kategori A PRELOVED PEG PEREGO STROLLER






1)JADI FOLLOWER DI...www.ariesreeve-babykidstuff.blogspot.com (skang dh     200 org)
2)JADI FOLLOWER DI....www.mummyar.blogspot.com (skang dh 59 org)
3)JADI FAN (LIKE) DI...facebook... ariesreeve-babykidstuff (skang dh 82 org)
4)JADI FRIEND (add friend) DI...facebook... ariesreeve Rizal atau zellyndelaylla utk kengkawan mummyar....(lebih ramai lebih merier...) **kalau xde fb...(xkan kot) add saja guna kawan punye pun blh...tp email sy n bgtau ye....** BUKAN APA,SENANG AHKAK NK UPDATE PAPE PSL LUCKY DRAW NNT....
5)BUAT SATU ENTRY TTG LUCKY DRAW NI...DGN PIC NYA SEKALI....DAN JGN LUPA LINK KE BLOG INI....cite la apa2 yg menarik atau apa2 saja yg berkenaan blog ni atau apa2 saja la..asalkan menarik N tertarik...
6)TEPEK BANNER KT TEPI BLOG ANDA 
7) DAN LAST SEKALI TINGGALKAN LINK UOLLS KT COMMENT ARIESREEVE YEK....SENANG AHKAK NK G JENGAH NNT...ATAUPUN BLH JUGA EMAIL KAN LINK UOLLS DI ariesreeve@gmail.com...ikut ler mana yg uolls senang yek...
8)TUNGGU HINGGA TARIKH TAMAT DAN PEMENANG AKAN DI UMUMKAN....



Tak Suka Baby Tak Suka Orang

Saya kan ada ramai anak sedara. Sebab saya ada 2 kakak dan 3 abang. Masuk Rayyan Adam semua sekali 19 orang anak sedara. Eh salah... Rayyan Adam anak sendiri. So, anak sedara saya ada 18. Rayyan Adam yang ke 19.



Alkisahnya...Dulu-dulu saya tak suka kalau baby tu tak suka dengan orang lain kecuali orang yang selalu di kelilingnya. Paling-paling tak suka dengan anak sedara sendiri yang tak mesra alam. Tak peramah langsung. Bila saya dukung terus melalak. Macam nampak hantu. Walhal saya ni mak sedara nya. Muka kan sikit lebih kurang je.




So, saya nekad untuk diri sendiri. Kalau aku ada anak nanti, aku tak nak anak aku jadi macam ni. Tak mesra pengguna langsung. Nanti orang cop sombong pulak. Hish memang tak suka lah...



Sejak bayi lagi saya dah train Rayyan Adam. Saya sentiasa bagi latih tubi. Sesiapa sahaja yang nak dukung dia. Nak muahmuahmuah dia. Don't wory...Saya tak kedekut. Saya lagi suka ada orang rajin nak tolong dukung dia...




Tapi langit tak semestinya cerah...Katakan apa sahaja yang telah saya lakukan. Semuanya sudah. Macam yang saya cakap tadi. Saya telah memberinya latih tubi. Tapi....



Apakan daya...Rayyan Adam juga seperti anak sedara saya. Dia memandang orang lain selain dari saya, ayahnya dan neneknya seperti hulk. Maka dengan itu sesiapa yang berniat mahu mendukungnya adalah perlu berjaga-jaga. Rayyan Adam pasti akan menangis dengan kuat.




Motifnya kat sini. Saya memang tak suka anak saya tak suka orang. Susah nak buat kerja. Nak-nak kalau ada tetamu datang kat rumah. Siapa nak tolong dukung dia kalau saya sibuk di dapur nak sediakan hidangan. Sudah nya tetamu pulak tolong kat dapur. Apa tak nya...Anak dah melalak bagai pelik tengok orang lain masuk dalam rumah dia. Anak anak.....



May 21, 2010

Free Last 3 Days





Godek-godek dapat jugak yang free seats for 3 person. Tahun depan mahu holiday Langkawi pulak. Best-best. Kira hadiah besday tahun depan boleh cari kat Langkawi lah. Saya mahu pergi Mac. Mac kan besday saya. Pandai tak pilih tarikh? Wahhhh untuk Rayyan Adam tarak free. Rayyan Adam belum 24 bulan. Tak aci tak aci. Tiket anak lagi mahal dari mak bapak. Tiket nenek dia pun free tau. So, mahu pergi berempat. Tak sampai hati nak pergi berdua je tinggalkan Rayyan Adam dengan neneknya kesepian. Cewah. Now, tengah survey pulak pekej hotel dengan kereta sewa dengan jalan-jalan kat sana. Ada yang aku tak buat kerja dok mengoogle jek. Ada siapa-siapa nak bagi tahu info? Sila-sila...








May 20, 2010

Farrihin's 2nd Birthday Giveaway










Mahu join giveaway lagi kot-kot ada rezeki baik kali ni. Giveaway ni dianjurkan oleh  firahadifa sempena besday baby nya farrihin yang ke 2. Mestilah exited kan.... Pemenang akan dipilih berdasarkan cabut undi dari farrihin





Hadiah-hadiahnya sangat lah best kalau dapat. Dah tentulah toys untuk Rayyan Adam



1 x remote control bug . 






5 x bug mechanical toy 


Kalau ramai join , hadiah mungkin ditambah




May 19, 2010

Buang Emak Buang Saudara... Kerana Kasih Aku Turut Kan


Ekoran dari entry ini dan entry ini....Hati saya meronta-ronta mahu mengekorinya. Huhuhuhu...Mari kita lihat susulannya di sini untuk entry-entry tersebut.




Peringatan ye...Sebelum anda teruskan pembacaan. Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada dari penulis entry yang saya maksudkan di atas mahu pun sesiapa. Yang ada kaitan pun cuma drama-drama yang kita tengok kat tv. Seelok-eloknya saya nyatakan di sini, ianya lebih berkait dengan diri saya dan juga ianya hanya pendapat peribadi berdasarkan pengalaman yang ada. Harap maklum...





Buang emak buang saudara....Kerana kasih aku turutkan....





Pendapat saya...sila jangan berbuat begitu. Motif? Ingat...Kita hanya ada satu dalam dunia emak, ayah, saudara....Berbaktilah pada mereka selagi terdaya walaupun ianya membuat kita terluka....




Cinta takkan membawa kita ke mana tanpa restu orang tua terutama ibu bapa kita. Semua ibu bapa di dunia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mungkin ada sesuatu yang mereka nampak akan terjadi pada anaknya. Sebab tu hubungan anaknya dilarang.




Eksklusif di sini....Saya juga pernah mengalaminya. Sama ada ditentang oleh bapa saya sendiri dan juga ditentang oleh ibu sang lelaki...Kejadian? Bila? Di mana? Bagaimana? Kesudahannya? Jawapan itu semua biar lah tersemat baik-baik dalam hati ini....





Waktu mendapat tentangan itu, saya juga nak buat macam pantun di atas. Cinta beb...Segalanya indah. Rasanya dunia ni kita yang punya. Percaya akan kerana cinta pastinya hidup kita terjamin bahagia.





Ingat lah, walau apa pun yang terjadi restu ibu bapa perkara yang paling penting dalam dunia. Betul... Pasti ada jalan. Tapi sudah pastikah jalan yang kita pilih itu betul. Contohnya dengan mengikut kata hati, then kita bagi cucu maka lembutlah hati orang tua. Saya tak nafikan itu semua. Kalau dah itu jalan yang dipilih, maka go on.





Bagi saya, saya amat tagihkan restu ibu bapa. Tanpa restu mereka saya rasa diri saya tidak sempurna. Maka itu jugak, bila saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan saya, saya tidak teragak-agak meninggalkannya andai tidak mendapat restu sama ada dari ibu bapa saya atau pun ibu bapa suami. Bukan kah ibu bapa suami juga akan jadi bakal ibu bapa kita kelak. Kalau tidak mendapat restu bagaimana mahu mendapat kebahagiaan dengan mudah.





Nasihat saya pada mereka mendapat tentangan cinta dari ibu bapa, sabar lah... Tawakal lah... Kalau sudah takdir Tuhan anda dengan pasangan anda, redha lah apa yang terjadi. Cuba lah tambat hati insan yang amat penting dalam hidup kalian. Ingat...Hidup ibu bapa kita juga hanya sekali. Maka yang sekali itulah kita perlu mencari keredhaan mereka...





Tapi jangan menyesal andai kata anda sudah terlanjur berkahwin tapi tidak bahagia. Itu adalah pilihan anda....Anda yang memilih jalan hidup begini...





Alhamdulilah...perkahwinan saya direstui. Walaupun arwah abah tiada rezeki menjadi wali saya, tapi saya tahu abah merestuinya dari sana. Alhamdulilah juga cinta saya juga direstui oleh arwah mak mertua. Walaupun tiada rezeki arwah menatap kami bernikah. Ok...Saya tengah menangis ni....Hmmmm...Arwah mak mertua meninggal 2 minggu sebelum kami bernikah. Baiklah itu sahaja sebelum saya hilang kawalan.




Terima Kasih Bos

Ceh tajuk macam bodek je kan...Tak de la..Cuma nak cakap terima kasih kat bos sebab menaja makan tengah hari kami hari ini....