LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 26, 2010

Bila Saya Mengandung

Bila kita mengandung, apa yang kita kena buat ye puan-puan? Mari saya nak syer ni. Mentang-mentang dah mengandung. Huhuhu... Ke tengah mengandung lagi. Oh tidak... Belum waktunya lagi. Akan tiba jugak bila saya betul-betul bersedia menanggung keadaan ketika mengandung.




Ketika saya mengandung memang keadaan teruk. Saya tak tahu lah orang lain. Ada yang saya dengar sihat segar bugar. Ada yang suaminya mabuk. Ada yang melepek sepanjang 9 bulan tu. So, yang melepek 9 bulan tu ialah saya.




Percaya atau tidak berat badan saya cuma naik sebanyak 6kg sahaja sepanjang 9 bulan  kandungan. Sewaktu disahkan mengandung 54kg. Sehinggalah minggu ke-39 hanya ada 60kg  sahaja. Saya memang tak lalu nak makan. Kalau lalu pun sure punya muntah. 




Muntah yang heavy. Masa tu kandungan baru nak masuk 3 bulan. Dari pagi sampai ke malam saya muntah dekat 20 kali. Oh tak sanggup rasanya bila ingat balik. Mood muntah berpanjangan hingga la ke 9 bulan. Sudah nya badan tak naik-naik.




Tu satu hal. Yang satu hal ni pulak, masa umur kandungan 5 minggu. Masuk hospital... 3 hari je pun. Bleding. Tak banyak. Macam darah period yang first day. Masa tu memang dah cuak bagai. Pergi hospital doktor kata, kandungan saya macam tak de. Tiba-tiba perasaan sedih muncul. Takut kehilangan.




So, masa di hospital, perkara pelik yang saya kena lalui sebagai ibu mengandung. Doktor mahu scan kandungan sama ada jantung baby saya berdegup atau tidak. Saya pasrah. Mula-mula doktor kata scan di perut. Tapi kulit perut terlalu tebal. Susah nak detect kat mana jantung baby. 




Then, doktor decide mahu scan di faraj. Waktu ini hanya Tuhan saja yang tahu perasaan takut saya bila doktor mahu memasukkan scanner dalam faraj saya. Doktor ialah doktor lelaki ye. Nasib baik India. Kalau Melayu mungkin lagi teruk perasaan ni. Mujur juga nurse semuanya baik-baik. Ajar saya cara-cara untuk baring dengan betul masa doktor nak scan.




Bayang kan lah, benda asing nak masuk alat sulit kita. Sure lah cuak. Sedih pun ada. Tiba-tiba rasa, kenapa lah semua penderitaan ni orang perempuan yang tanggung. Tapi bila ingat kan pahalanya. Terus perasaan tu hilang. Sakit pun tak masa doktor scan.



Syukur suami dan family semua amat memahami keadaan saya masa tu. Family suami pun faham. Saya memang dapat layanan yang lain dari yang lain. Bayang kan lah, saya nak basuh pinggan pun Kak Ana tak bagi. Takut apa-apa jadi kat saya. 



Nak makan, apa je yang tak dapat. Semua orang tunaikan. Ni bukan pasal mengidam ke apa ke. Ni pasal nak suruh saya makan. Penat Kak Ana masak, mak masak. Sudahnya, saya tak sentuh pun makanan tu. Tak de perasaan pun nak makan. Sebab tu badan saya letih sangat ketika mengandung. Tenaga tak cukup nak tampung saya dan baby masa tu. Makan pun sebab fikirkan baby je. Ikut kan hati ni, memang tak hingin pandang pun makanan yang ada.




Apa saya nak cakap, kalau mengandung ni tak payah la fikir orang mengandung buat-buat mengada-ngada atau saja nak manja-manja. Dulu saya pun fikir macam tu. Saya tahu ramai yang jadi macam saya. Melepek sepanjang hari.




Satu lagi, siapa-siapa yang baru saja lekat, jaga la baik-baik kandungan. Jangan lasak-lasak. Kesian kat baby. Suami pun kalau bawa kereta jangan laju-laju sebab takut kandungan terhentak-hentak. Boleh bleding nanti. Yang mana orang belum kahwin sila amik tahu. Kalau bawa kawan-kawan yang mengandung tolong la jaga sikit-sikit kebajikan diorg. Bawa kereta slow je tau. Macam saya syukur jugak. Saya kan bawa laptop hari-hari pergi kerja. Kadang-kadang ada je yang tolong bawakan.




Bila buat entry ni tiba-tiba saya teringin nak mengandung lagi. Tapi...Saya takut saya tak kuat sangat macam mengandungkan Rayyan Adam. Hmmm bukan nak mengeluh. Cuma saya takut dalam masa yang sama saya banyak menyusahkan banyak orang terutama suami. So, bila saya dah betul-betul bersedia nantilah akan ada jugak rezeki saya. Doakan kandungan saya lepas ni baby girl pulak ye. Namanya pun dah siap. Huhuhu...Tinggal nak register mykid je. Apa namanya rahsia... Nanti orang tiru. Hahahaha


10 comments:

hidayah said...

next entry please..hahahah..

~aSFaLiZa~ said...

hidayah : akhirnya aku jumpa jugak pembaca addict dgn tulisan2 aku. terharu beb.

Ena said...

heheh..

tu la kan.. pengalaman setiap org nampak mcm same tapi tak serupa.. maisng2 ada cerita yg tersendiri.. sy pun mcm tu mase 1st baby.. tapi tak la muntah sampai 9 bulan.. cume sampai 8 bulan je.. yg last month tu kasi peluang kat sy nak rase nikmat peknen.. heheh.. tapi selera sy hilang cume di awal kdgn aje.. dah masuk 5 bulan selera sy dah ok.. cume muntah2, pening bagai tu masih ada la.. yg kekal sampai ke 9 bulan adalah air lior tak leh nak telan sbb keluar dengan banyak dan rase sangat pahit.

yg ke-2 Alhamdulillah.. sampai 4-5 bulan saje.. lepas tu dah ok dan sy makan dengan penuh selera.. badan sy juge naik dengan rakus nye.. heheh

so, jgn risau sangat ye.. mungkin kali ke-2 tak same dengan yg pertama.. mungkin lebih mudah sape tahu kan!.. :)

~aSFaLiZa~ said...

Ena : hope yg ke 2 tak teruk sgt. ramai gak ckp mcm tu. untung ena badan naik dgn baik nya. huhuhu

IbuDhira said...

harap2 untuk next pregnancy ni ko akan lebih bersemangat dan bertenaga...
kalo cam aku dulu, bby girl, makan je mmg takdek prob..hehehe..alhamdulillah...

zteesyahmi said...

dah tahu dah... arissa kan? hehehe.
awk mkn perancang, mcmne nak tmbh baby lagik?? hihi

~aSFaLiZa~ said...

rini : hope utk baby girl akan jadi mcm ko rini. sihat semacam je aku tgk ko



ztee : nti i stop perancang, dpt la baby arissa pulak. hehhe

cik daisy said...

setiap kali pregnancy bole kata akan lalui experience yg berbeza. 1st pregnancy akak dulu pun kuat muntah. tp semangat kuat. kuat gak berjln. kali ni muntah time 1st trimester je. tp tenaga x cukup kuat smpai dah masuk 8bln nih.

tp mmg betul.. kite ni bkn sengaja mengada2 kan.. hehe ;)

IbuDhira said...

alhmdulillah sihat...dan semakin sihat aku skrg ni...hhhuhuhu..kerisauan melanda..

~aSFaLiZa~ said...

kak d: best kan mengandung org manja2 kan kita

rini : dhira minta adik kot. hahhaha