LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 27, 2010

cOnTeSt ~ AkSi CuKuR jAmBuL

Pertama-tama kalinya nak join contest ni. Harap-harap Rayyan Adam menang sebab beliau adalah sangat cute dan comel dan juga putih melepak yang amat sangat. AFUNDI RAYYAN ADAM!!!

Saya pertaruhkan gambar di bawah.

 
Mama... Adam nantukkkk!!!

Sponser contest ni adalah di bawah ini....

cOnTeSt ~ AkSi CuKuR jAmBuL




FuHh...IsT tImE nAk WaT CoNtEST ni....hAraP aDa PEnYeRtAaN lAa yE...cOnTest Ni BeRseMpEnA MajLIs CuKUr JaMbUL & aKikAh ZikrY bLn 1 Ni...  oK, sYaRaT-syARAtNyA X sUSAh pUn...


~ mEsTi JaDi FoLLowEr ZuArCiTy DaN ZuArCiTy-ShOp

~ AdD KaN DuA2 bLOG nI kAt bLoG LiSt AnDa


~tEpEk KaN AkSI aNaK...AdiK...aNaK bUAh MaSA cUkUr JaMbUL ( X kIsah La aKsI McM Mna pUn..)


~ BuAt EnTrY pAsaL cOnTest nI dan LeTaKKaN bAnner KaT AtAS Tu Di SiDebAr bLoG aNdA bEseRTa LinK cONtESt....


~ last SkALi JgN lUpA bAgI  LiNk kAt EnTRy Ni..sENanG NaK jENgUk NaNtI

Jan 26, 2010

Bukan Berniat Begitu

Hari ini saya terkesan dengan ayat dari seseorang yang menyatakan saya telah menyusahkan mak dengan menjaga Rayyan Adam. Saya hanya mampu menangis di dalam hati. Saya tahu apakah perasaan mak terhadap Rayyan Adam tanpa menganggap Rayyan Adam adalah beban kepadanya. Rayyan Adam adalah pengarang jantung hati kami sekeluarga.

Sumpah! Mak tak bagi kalau saya ada niat nak hantar Rayyan Adam ke jagaan orang lain. Sekarang jugak saya suruh orang itu pergi tanya mak kalau mak bagi lah saya amik Rayyan Adam dan serahkan kepada orang lain. Saya bukan berlagak. Tapi kelengkapan Rayyan Adam segala-galanya cukup saya sediakan suami isteri. Tiada yang kurang. Mak tak perlu bersusah payah mengeluarkan hasilnya untuk keperluan Rayyan Adam. Malah keperluan mak juga saya sediakan suami isteri.

Tapi apakan daya, saya hanya mampu tersenyum dan menangis dalam hati atas segala sangkaannya. Saya tidak pernah berniat menghambakan mak kerana Rayyan Adam. Tidak pernah berniat menyusahkan hidup mak kerana Rayyan Adam. Tidak pernah mengambil kesempatan atas kerelaan mak menjaga Rayyan Adam. Andainya memang benarlah kata-kata orang itu, maka saya amatlah berdosa kepada mak kerana telah membenarkan diri saya menyusahkan dirinya. Apa yang mampu saya akan berdoa mak akan mendoakan yang baik-baik saja untuk kebahagiaan kami sekeluarga.

Jan 21, 2010

Japan Nissen Summer Play Pants

YEYEYEYE Rayyan Adam dapat seluar baru yang cute. Tajuk bukan main nak pakai time summer. Hahahaha. Amacam banyak tak duit saya tengah-tengah bulan membeli-belah. Sebenarnya semalam bosan tahap &%^$. Semua orang entah ke mana tinggal saya sorg-sorg kat ofis. So dah tak de keje ada sebenarnya saya pun dok google je la blog yang ada jual barang-barang baby. Finaly sangat lah tertarik dengan seluar yang amatlah cute kat bawah ni.....




Tada!!!! Cute kan???

Hmmm exited ni nak tunggu barang sampai. Lagi pun ni first time beli online. Tu ya teruja. Nak-nak sekarang ni Rayyan Adam dah hebat meniarap. Boleh lah dia tayang bontototottot.... Hish tak sabar nak tunggu dia pandai tonggeng-tonggeng. Yang sedey nya banyak barang dah habis stok. Yang saya nak elek...So Rayyan Adam dapat pakai yang B dan F.

Ok meh saya nak iklan kan sikit blog tu. Saya beli kat sini. Murah tau...RM14 je sehelai. Tempat lain ada gak lah yang RM15, RM21. Tapi bolehlah....

http://sirianakkucomel.blogspot.com/

Jan 20, 2010

Bila Harus Memilih

Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku
Itu Bererti Sampai Akhirnya
Kau Meninggalkanku

Kini, Kau Ingin Kembali Pada Hatiku
Setelah Kau Pergi Meninggalkanku
Haruskah Hati
Memberi Kesempatan Dirimu

Haruskah Aku Percaya
Segala Yang Kau Ucapkan
Kata Kata Maafmu, Kata Kata Memohon

Untuk Kembali Kepadaku
Meski Cintaku Padamu
Lebih Dari Yang Kau Tahu

Namun Mengerti Kasih
Tak Semudahnya Itu
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku
 
Beri Aku Waktu
Untuk Memikirkan Yang Terbaik
Cinta Jadi Dilema
Pergi Ataupun Kembali

Perjalanan 9 Bulan Itu

Teringin nak jawab tag dari mumy Qaira Jasmine


HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Period lambat seminggu je poonnn. Dah kelam kabut nak cek. Nasib positif

HOW DO YOU FEEL?
Terkesima. Cewah. Seronoklah dan asyik dok tersengeh-sengeh je.

WHO DID YOU TELL FIRST?
Mestilah suami. Tapi masa tu suami dah tahu dulu sebab dia curi-curi tengok pregnent test tu

WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Siapa nak jaga baby ni nanti. Hish. Dah la kami suami isteri duduk jauh-jauh.

WHAT IS YOUR FIRST CHILD NAME?
Rayyan Adam Bin Badrulhisam

WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
Male

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Nur Arissa

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Ye lah. Lepas ni nak Nur Arissa pulak. Insyallah

WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?
29.09.09. Nice kan?

DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?
09.10.09. Pun nice gak

HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?
Lega.....Hilang semua rasa sakit. Sangat bahagia

HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?
25. Oklah. Tak tua, tak muda.

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU G IVE BIRTH?
Yup. Sebab senang nak sediakan barang. Karang tak pasal-pasal Rayyan Adam pakai pink.

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Huh!!! Sampai mc seminggu. Bau suami pun busuk!!!

WHAT DID YOU CRAVE?
Kuih-muih dan ketupat. Mayb sebab tu Rayyan Adam lahir 10 Syawal. Raya kan banyak kuih dan ketupat

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Siapa yang dengki saya dan suami serta Rayyan hidup bahagia silalah bertaubat. Doakan lah yang baik-baik untuk kami

HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
6 kg je

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Tangan Rayyan Adam tak reti diam picit dia punya tali pusat sampai saya kena push cepat-cepat nak selamatkan nyawa dia. Nasib saya kuat push. Kalau tak kena kerat....Arrrrgghhh!!!!

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Besar Melaka

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Suamiku Sayang

WHO IS YOUR GYNEA?
Tak ingat nama doktor tu. Tapi ada sorang nurse tu garang nak *&%$#

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Keluar tanda 2pm
Start sakit 11pm
Masuk labor room 2am
Rayyan Adam selamat dilahirkan jam 3.35 am tak de lah lama sangat kat labor room

WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
3.35 am

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Bukan main ramai lagi orang except my husband. Sedeyyy...

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Yup. Sebab rahim bukan main pedih lagi

 DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
Alhamdulilah masih lagi.

ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Plan seterusnya bila umur saya masuk 28 tahun. Suami pun dah setuju.

Saya Pernah Dirisik

Wahhhh tajuk tak boleh blah. So, suamiku sila senyum je yek untuk teruskan bacaan. Hahahaha. Ya. Saya pernah dirisik. Masa zaman anak dara sunti. Cis masa tu baru 19 tahun. Tak sangka lak ada je yang mengintai kita. Apa yang saya nak cerita, masa tu saya baru je habis STPM. Satu malam, mak dan abah duduk depan tv. Lepas tu diorg senyum-senyum tengok saya. Dalam hati kenapa pulak ni.

Mak punya ayat lebih kurang macam ni lah,

"Ada orang tanya anak kita tadi"

Abah kata,

"Siapa?"

Mak jawab,

"**** (nama samaran). Kalau kita setuju, dia nak hantar wakil hantar cincin"

Kahkahkah!!!! Masa tu saya berdekah-dekah dalam hati. Cover beb. Takkan nak terbahak-bahak depan orang tua. Hish! Apa punya kelakar lah aku yang macam ni ada orang ajak kahwin. Nasib baik lah mak dan abah berfikiran waras waktu tu. Diorg tolak cara baik. Dengan alasan, anak saya nak belajar lagi. Padahal diorg tahu masa tu saya dah ada boyfriend. Siapa lagi boyfriend ku. Ayah Rayyan Adam lah.

Orang tu bukan orang jauh pun. Kawan sekelas kakak ana merangkap kawan abang-abang saya. Maka, memang lah dia selalu datang rumah. Mak abah pun dah kenal rapat. Saya pun cuma layan-layan biasa je. Macam saya layan abang-abang saya. Dan yang paling best umur dia 10 tahun lebih tua. Hmmm...Ok gak kan kahwin dengan orang tua ni. Hahahaha

Selepas sesi penolakan, dia ada jugak lah masage-masage konon nak try lagi. Tapi apakan daya, hati ni memang tak boleh blah sebab memang tak de hati. Sejak dari kejadian tu, abang dan kakak saya asyik nak dok mengejek saya. Ejek lah. Ada aku kisah.

Lama-lama kan, walaupun saya dah ada anak, dia masih lagi tak kahwin . Adik saya kata dia dah macam tak betul je sekarang ni. Entah lah. Saya pun dah lama tak jumpa. Kasihan pun ada. Kalau lah saya kahwin dengan dia, mesti dia tak jadi macam ni. (Walaumacam mana pun memang tak nak kahwin dengan dia. Nak kahwin dengan abang gak)

Pendek kata, saya ni laku jugaklah sampai pernah buat orang frust. Hahahaha.


Jan 19, 2010

Cinta Balqis




Semalam episode akhir drama Cinta Balqis. So, saya nak gak la update sikit pasal cerita ni. Well, saya ni antara peminat drama melayu yang berantai seperti ni. Cumanya, Cinta Balqis ni kurang sikitlah nak menarik perhatian saya. Komen saya, sebabnya ialah pelakonnya. Jalan cerita dah cantik dah. Tak macam saya layan Nur Kasih sampai saya sanggup menyuruh suami jangan ganggu saya sepanjang tontonan dan dalam waktu itu suami akan melayan karenah Rayyan Adam tanpa bantuan saya.


Walau macam mana pun, episod akhir semalam berjaya meruntun hati saya. Meleleh jugaklah air mata ni. Tapi sikit je. Tak banyak macam selalu. Tu pun masa Irfan sebab saya tak boleh tengok budak-budak nangis. Kenapa saya kata cerita ni kurang menyengat ialah kerana, kalau lah heroen tu Rita Rudaini ke, Lisdawati ke, Rozita Che Wan ke, huh!!! Conform saya tak OT. On time balik keje sebab nak hadap benda ni. Eira Syazira tu bukan tak best dan bukan saya tak suka dengan dia. Cuma dia belum tahap mantap nak bawa watak air mata. Cewah cewah cewah. Yang pelakon lelaki lak dah ok sangat-sangat. Best la diorg bawa watak air mata. Terbalik lak. Patutnya tengok pelakon perempuan yang buat kita menangis. Ni tengok lelaki pulak hati saya jadi mendayu-dayu. Hahahahaha.


Jalan cerita best. Geram pun ada. Ye lah. Kesian tau tengok Balqis hidup-hidup kena tipu ingat lakinya dah mati. Besarkan anak sorg-sorg. Hassan lak bukan main setia menunggu cinta Balqis. Si Emran hilang ingatan. Marisa lagi lah, tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Nak tak nak kena terima yang suami sendiri tak cintakan dia. Geram tau!!! Eeeeeeee. Pendek kata, penulis skrip ni pandailah berimiginasi mereka cerita.


Jan 18, 2010

Saya Dah Pindah Rumah


Saya dah selamat pindah rumah. Sangat seronok hidup bekeluarga sendiri yang dibina. Hari sabtu basuh rumah. Ahad pindah. So, malam tadi saya sekeluarga telah tidur di rumah tersebut. Maka dengan rasminya saya telah berpindah dari Jasin ke Taman Merdeka, Batu Berendam.

Letih jangan cerita la. Mana nak kemas, mana dengan baby lagi. Nak tak nak kami suami isteri terpaksa tukar-tukar menjaga Rayyan Adam. Mula-mula pagi-pagi kami dah keluar pergi Kampung Jawa cari apa yang patut dulu macam perkakas nak basuh rumah, tikar getah dan tilam. Huh!!! Mujur juga family suami ringan tulang menghulurkan bantuan semasa proses pemindahan. Jadi kurang lah sikit kerja kami. Terima kasih adik dan Kak Teh. Kak Ana pun tolong gak masa beli-beli barang. Ya lah, saya dan suami manalah pandai nak main tawar-tawar harga ni. Lain kali kami balas la pulak ye kalau ada rezeki.

Sebenarnya saya nak letak gambar rumah kami. Tapi saya ni cuma rajin ambik gambar Rayyan Adam je. Nanti lah senang-senang saya upload gambar rumah kami yang dah siap kemas dan cantik-cantik. Sekarang masih seperti kapal karam lagi.

Jan 15, 2010

Dah 2 Tahun Rupenye

Semalam 14 Januari genaplah usia 2 tahun saya berkhidmat di MICROCORP TECHNOLOGY SDN. BHD. Diam tak diam gak lah saya mencari rezeki di sini. Di sini jugalah rezeki saya ada untuk beli kereta. Dengan duit gaji di sini jugalah saya ada pakai untuk majlis kahwin. Di sini juga lah saya dapat bonus pertama pada hari kelahiran Rayyan Adam. Semuanya adalah rezeki yang Tuhan masih lagi kurniakan untuk saya serta keluarga. Terima kasih.

Dan tidak lupa, esok 16 Januari, selepas 2 hari saya mendapat berita gembira, saya juga dikhabarkan dengan berita sedih di mana abang kesayangan saya meninggal dunia. Mujur juga sejurus saya dapat kerja saya terus call arwah  di hospital untuk mengkhabarkan berita saya dapat kerja. At least arwah tahu saya dah dapat kerja lepas habis belajar beberapa bulan. Dan hanya dia tahu gaji saya berapa waktu itu. Serius. Adik beradik saya tak tahu berapa gaji saya  kecuali Kak Ana. Al-Fatiha buat arwah abang ngah

Wajah Kesayangan Hamba



Untuk ketika ini, ini lah wajah-wajah kesayangan hamba yang tak mampu hamba lupakan setiap detik, setiap saat, setiap ketika, setiap hari dan setiap-setiap lah...


 
Suamiku dunia akhirat




 Ibu... engkau lah ratu hatiku...


Permata Hati ku yang hensem lagi putih melepak




Wajah-wajah ini jugalah menjadi kegilaanku untuk waktu ini. Inilah dunia saya. Inilah kebahagiaan saya. Inilah pengarang jantung hati saya.




Saya Pernah Tulis Blog


Saya pernah tulis blog di sini suatu ketika dulu....

http://asfaliza.blog.friendster.com/

Disebabkan cuma ada 2 entry je, so saya rasa sangat rajin nak copy & paste. Dan juga entry ni dua-dua pendek-pendek. Memang kerajinan tu adalah...

Ok, kat bawah ni sedikit santapan suatu ketika dulu

…DuGaaN…

July 11th, 2008 by asfaliza
 
Ya Allah… Dugaan apakah ini oh Tuhan. Di saat kebahagian menjelang tiba, Kau selit kan jua kesedihan di kalangan hati kami. Aku merayu kepada Mu Tuhan, supaya tiada cacat cela nya sepanjang perjalanan majlis itu nanti. Aku memohon pada Mu agar majlis yang akan kami sambut dengan kegembiraan ini tidak disambut dengan linangan air mata duka dari sesiapa. Hanya pada Mu jua aku meminta supaya Engkau tangguh kan pemergian insan tersayang kami sehingga majlis ini berlagsung. Walau pun aku tahu sudah begitu dekat masa nya Engkau mengambil dia. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui…

… mEnGhItUnG HaRi …

June 11th, 2008 by asfaliza
 
Tak sampai tinggal sebulan lebih je lagi aku akan menghadapi sesuatu yang baru dalam hidup ni. Menghitung hari. Itulah yang aku sentiasa fikirkan setiap detik. Status ini akan berubah. 08.08.08 menjadi seorang isteri kepada orang yang amat aku sayangi. Adakah cukup tempoh 8 tahun ini aku mengenalinya? Bersedia kah aku? Pahit mahung bersama selama ini. Adakah ada lagi dugaan yang akan datang yang mampu aku hadapi? Hmm…Kegembiraan ini hadir tatkala orang-orang kesayangan aku menghadap Ilahi.. Dua org wali ku sudah tiada di dunia ini. Arwah abah dan Arwah abg ngah. Al-Fatihah untuk mereka…Semoga roh mereka dicucuri rahmat Tuhan. Amin…

Jan 14, 2010

Jangan Ada Benci



Pernah tak anda rasa yang anda terlalu menyayangi seseorang? Sehingga anda rasa tidak mahu kehilangannya walau sedetik pun. Perkara ini saya perkatakan secara umum. Ya. Secara umum iaitu orang-orang yang saya maksudkan ialah kawan ke, keluarga ke, kekasih ke, saudara-mara ke? Begitu juga dengan orang yang paling anda benci. Bohong la kalau sebaik-baik manusia tidak pernah benci pada seseorang.


Masalah ini telah berlaku ke atas diri saya. Apa yang saya alami sekarang ini ialah, saya telah mula membenci pada orang yang saya sayangi. Siapa orang itu tak perlu lah saya perkatakan. Mungkin akan jadi kontereversi pulak. Cumanya saya masih berperang dengan diri sendiri. Mencuba untuk jangan ada benci. Mencuba untuk bermula semula. Mencuba untuk melupakan kesalahnnya. Mencuba untuk mengingati kebaikannya. Mencuba untuk kembali kepada asal.


Kerana apa? Kerana saya terlalu menyayanginya. Tidak mahu perasaan sayang ini hilang hanya kerana satu perasaan iaitu benci. Dan pada ketika ini, saya tidak mahu lagi membenci sesiapa kerana saya takut akan terjadi kejadian saya menyayangi orang yang saya benci itu.


Untuk orang yang disayangi tersebut… sila tambat hati saya semula kerana hubungan kita ini.

Jan 13, 2010

EL & MC



Sejak bersalin anak sulung ni, baru sebulan kerja saya dah mula buktikan pada orang yang saya ni ada anak. Bukti apa pulak yang saya tunjukkan? Bukti yang saya ni selalu EL dan MC. Mana tak nya, mula-mula lepas adik ipar saya kahwin hari tu saya demam. Puncanya, lepas majlis tu diorg semua main simbah-simbah air. Part saya, kena simbah dengan air sirap yang ada ais. Bukan sikit-sikit. 2 baldi. Gilos!!! Mahu tak demam. Free-free je doktor bagi MC 2 hari.

Tup-tup Rayyan Adam pulak jangkit sakit dari saya. Kasihan sangat-sangat. Bukan sakit sikit-sikit. Terus demam panas. Terus masuk wad. Ha! Ambil pulak EL. Pasal apa? Pasal anak sakit. Kalau tak kita siapa pulak yang nak jaga. Nenek Rayyan Adam? Hish! Nampak sangat saya tak bertanggungjawab sebagai ibunya.

Ni ura-ura, suami saya pulak dah mula batuk dan selsema. Ala...tak syok lah kalau suamiku pun demam. Nanti dia tak de mood. So, peranan saya sekarang ialah suruh-suruh je dia makan ubat. Lepas tu tidur. Banyakkan rehat. Cewah!!!

Jadi, sekarang ni saya akan spend masa cuti terkejut saya, bukan hanya untuk diri saya sahaja macam sebelum ni. Tapi sekarang ni segalanya untuk Rayyan Adam. Mana lah tahu kot-kot kalau bos saya baca entry ni dia bermurah  hati akan kata, hmmm kalau anak sakit, boleh je kalau nak claim MC. Tak payah la EL. So, cuti tahunan saya tak payah lah kena tolak. Jimat sikit.



Jan 6, 2010

Tak Cantik Ke Nurse-Nurse Tu???



Sepatutnya Rayyan Adam terima suntikan 3 bulannya rabu minggu lepas. Tapi disebabkan beliau demam panas, maka dengan serta merta beliau dikejarkan ke wad. Dan hari ini ialah next appoitment nya yang mana dia terima suntikan pada pagi ini. Ayah mithalinya mengambil beliau dari jagaan nenek nya untukk ke klinik. Sesampai di klinik, segala bagai nurse bermain dengan Rayyan Adam. Sekali lagi Rayyan Adam tidak disuntik. Ayahnya menyatakan kepada saya bahawa Rayyan Adam tidak aktif sangat. Sebab tu nurse tak nak suntik.


Hish...anak mama ni. Kenapa Rayyan Adam berlakon ni. Dengan mama, dengan ayah, dengan nenek, anak mama nak je ketawa. Nak je berbual. Kenapa pagi ni tak de mood pulak. Tak cantik ke nurse-nurse kat situ sayang? Ni mesti ayah yang ajar kan? Ayah selalu bisik kat Rayyan Adam cakap nurse kat Hospital Pantai cantik-cantik kan? Macam mama tak dengar. Pandai ayah hasut eh. 


Kan esok dah kena jumpa doktor. Jangan lah macam ni anak mama. Rayyan Adam takut ke kena suntik sayang. Doktor esok perempuan tau. Tapi mama rasa dia dah kahwin kot. Jangan nak buat hal macam hari pulak eh. Alasan tak nak main sebab doktor tak cantik pulak. Tak kasihan ke kat mama dan ayah. Rayyan Adam sihat-sihat barulah mama dan ayah sayang...

Jan 5, 2010

Rayyan Adam Demam Panas

Lepas majlis perkahwinan adik ipar saya, saya demam sebab saya kena simbah dengan air sirap berais 2 baldi. Saya mc selama 2 hari. Disebabkan Rayyan Adam sentiasa bersama dengan saya, maka dengan rasminya dia pun berjangkit kesakitan yang sama iaitu batuk, selesema dan paling tak boleh blah, Rayyan Adam demam panas. Jadi dia telah dimasukkan ke wad dgn serta merta selama 3 hari. Sangat terharu melihat anak sendiri dicucuk sana sini. Menahan sakit. Entah sakit apa, sakit kat mana, kita tak faham. Yang dia tahu hanyalah menangis. Dan apa yang saya boleh buat pun menangis juga. Saya sanggup tak makan ubat sebab takut tertidur semasa menjaga Rayyan Adam. Asalkan dia sihat, saya lega.


Keluar dari hospital saya sentiasa bersiap sedia kalau-kalau badan dia panas lagi. Macam-macam saya buat. Lumur asam jawa, bogelkan, minum air kelapa, pakai ubat senseh. Pergi ambil tangkal pun saya buat. Tapi saya minta air penawar tu dengan bidan. Bidan tengok-tengokan kami anak beranak. Bidan kata mungkin saya ni bentan sebab baru 3 bulan bersalin dah merenyah. Itu yang datang penyakit. Apa pun saya harap anak saya cepat-cepat benar-benar sihat.


















Selamat Pengantin Baru Nurul Emarina (Adik Ipar) & Mohd Fais (Biras)