LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 6, 2010

Tak Cantik Ke Nurse-Nurse Tu???



Sepatutnya Rayyan Adam terima suntikan 3 bulannya rabu minggu lepas. Tapi disebabkan beliau demam panas, maka dengan serta merta beliau dikejarkan ke wad. Dan hari ini ialah next appoitment nya yang mana dia terima suntikan pada pagi ini. Ayah mithalinya mengambil beliau dari jagaan nenek nya untukk ke klinik. Sesampai di klinik, segala bagai nurse bermain dengan Rayyan Adam. Sekali lagi Rayyan Adam tidak disuntik. Ayahnya menyatakan kepada saya bahawa Rayyan Adam tidak aktif sangat. Sebab tu nurse tak nak suntik.


Hish...anak mama ni. Kenapa Rayyan Adam berlakon ni. Dengan mama, dengan ayah, dengan nenek, anak mama nak je ketawa. Nak je berbual. Kenapa pagi ni tak de mood pulak. Tak cantik ke nurse-nurse kat situ sayang? Ni mesti ayah yang ajar kan? Ayah selalu bisik kat Rayyan Adam cakap nurse kat Hospital Pantai cantik-cantik kan? Macam mama tak dengar. Pandai ayah hasut eh. 


Kan esok dah kena jumpa doktor. Jangan lah macam ni anak mama. Rayyan Adam takut ke kena suntik sayang. Doktor esok perempuan tau. Tapi mama rasa dia dah kahwin kot. Jangan nak buat hal macam hari pulak eh. Alasan tak nak main sebab doktor tak cantik pulak. Tak kasihan ke kat mama dan ayah. Rayyan Adam sihat-sihat barulah mama dan ayah sayang...

No comments: