LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 13, 2010

EL & MC



Sejak bersalin anak sulung ni, baru sebulan kerja saya dah mula buktikan pada orang yang saya ni ada anak. Bukti apa pulak yang saya tunjukkan? Bukti yang saya ni selalu EL dan MC. Mana tak nya, mula-mula lepas adik ipar saya kahwin hari tu saya demam. Puncanya, lepas majlis tu diorg semua main simbah-simbah air. Part saya, kena simbah dengan air sirap yang ada ais. Bukan sikit-sikit. 2 baldi. Gilos!!! Mahu tak demam. Free-free je doktor bagi MC 2 hari.

Tup-tup Rayyan Adam pulak jangkit sakit dari saya. Kasihan sangat-sangat. Bukan sakit sikit-sikit. Terus demam panas. Terus masuk wad. Ha! Ambil pulak EL. Pasal apa? Pasal anak sakit. Kalau tak kita siapa pulak yang nak jaga. Nenek Rayyan Adam? Hish! Nampak sangat saya tak bertanggungjawab sebagai ibunya.

Ni ura-ura, suami saya pulak dah mula batuk dan selsema. Ala...tak syok lah kalau suamiku pun demam. Nanti dia tak de mood. So, peranan saya sekarang ialah suruh-suruh je dia makan ubat. Lepas tu tidur. Banyakkan rehat. Cewah!!!

Jadi, sekarang ni saya akan spend masa cuti terkejut saya, bukan hanya untuk diri saya sahaja macam sebelum ni. Tapi sekarang ni segalanya untuk Rayyan Adam. Mana lah tahu kot-kot kalau bos saya baca entry ni dia bermurah  hati akan kata, hmmm kalau anak sakit, boleh je kalau nak claim MC. Tak payah la EL. So, cuti tahunan saya tak payah lah kena tolak. Jimat sikit.



No comments: