LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 14, 2010

Jangan Ada Benci



Pernah tak anda rasa yang anda terlalu menyayangi seseorang? Sehingga anda rasa tidak mahu kehilangannya walau sedetik pun. Perkara ini saya perkatakan secara umum. Ya. Secara umum iaitu orang-orang yang saya maksudkan ialah kawan ke, keluarga ke, kekasih ke, saudara-mara ke? Begitu juga dengan orang yang paling anda benci. Bohong la kalau sebaik-baik manusia tidak pernah benci pada seseorang.


Masalah ini telah berlaku ke atas diri saya. Apa yang saya alami sekarang ini ialah, saya telah mula membenci pada orang yang saya sayangi. Siapa orang itu tak perlu lah saya perkatakan. Mungkin akan jadi kontereversi pulak. Cumanya saya masih berperang dengan diri sendiri. Mencuba untuk jangan ada benci. Mencuba untuk bermula semula. Mencuba untuk melupakan kesalahnnya. Mencuba untuk mengingati kebaikannya. Mencuba untuk kembali kepada asal.


Kerana apa? Kerana saya terlalu menyayanginya. Tidak mahu perasaan sayang ini hilang hanya kerana satu perasaan iaitu benci. Dan pada ketika ini, saya tidak mahu lagi membenci sesiapa kerana saya takut akan terjadi kejadian saya menyayangi orang yang saya benci itu.


Untuk orang yang disayangi tersebut… sila tambat hati saya semula kerana hubungan kita ini.

2 comments:

Pelanduk FX said...

hoh.. rajin ko update blog ko ek.. bagus2...

Unknown said...

selagi bos aku tak blok, selagi tu suka hati aku la nk tulis apa