LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 5, 2010

Rayyan Adam Demam Panas

Lepas majlis perkahwinan adik ipar saya, saya demam sebab saya kena simbah dengan air sirap berais 2 baldi. Saya mc selama 2 hari. Disebabkan Rayyan Adam sentiasa bersama dengan saya, maka dengan rasminya dia pun berjangkit kesakitan yang sama iaitu batuk, selesema dan paling tak boleh blah, Rayyan Adam demam panas. Jadi dia telah dimasukkan ke wad dgn serta merta selama 3 hari. Sangat terharu melihat anak sendiri dicucuk sana sini. Menahan sakit. Entah sakit apa, sakit kat mana, kita tak faham. Yang dia tahu hanyalah menangis. Dan apa yang saya boleh buat pun menangis juga. Saya sanggup tak makan ubat sebab takut tertidur semasa menjaga Rayyan Adam. Asalkan dia sihat, saya lega.


Keluar dari hospital saya sentiasa bersiap sedia kalau-kalau badan dia panas lagi. Macam-macam saya buat. Lumur asam jawa, bogelkan, minum air kelapa, pakai ubat senseh. Pergi ambil tangkal pun saya buat. Tapi saya minta air penawar tu dengan bidan. Bidan tengok-tengokan kami anak beranak. Bidan kata mungkin saya ni bentan sebab baru 3 bulan bersalin dah merenyah. Itu yang datang penyakit. Apa pun saya harap anak saya cepat-cepat benar-benar sihat.


















2 comments:

Anonymous said...

Ala ciannyer Adam... Harap kau tabah yer as menghadapi semuanya dengan tenang n jgn lupa jga kesihatan kau jgk.

Unknown said...

fatiha: baiklah. terima kasih fatiha