LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label SAYA PERNAH TULIS BLOG. Show all posts
Showing posts with label SAYA PERNAH TULIS BLOG. Show all posts

Oct 7, 2013

Masih Di Sini

Saya masih di sini
Saya masih ada
Entah kan ada ke tidak yang sudi menjengah di sini
Masa menulis amat-amat mencemburui
Cuba untuk memeriahkan suasana blog sendiri
Sekarang lebih banyak masa di fb



Hmmmm.....

May 5, 2011

Tidak Percaya Kepada Blog


Ye. Kalau blog saya ni tak payah lah kamu-kamu yang tidak suka mebaca blog percaya. Sebab nya blog saya ni hanya semata-mata blog peribadi. Konsep blog ni sekadar konsep sesuka hati aku lah kan nak tulis apa.




Tapiiii... saya tahu ramai di luar sana tahu akan wujud nya blog-blog yang boleh dipercayai kesahihan isi kandungannya. Itu kalau kamu rajin membaca dan suka mencari maklumat.




Dunia dah maju ok. Dah maju!!! Maklumat di hujung jari. Salah satu nya melalui blog. Sedihnya masih ada manusia yang macam duduk zaman ortodoks pulak. Tak percaya dengan penulisan dalam blog. Adeh!!!




Wei!!! Menteri pun ada blog tau. Tak percaya? Meh jom tengok blog Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hellooo!!! Ramai je yang suka menulis. Kamu je yang tak suka membaca. Lagi pun apa salah nya kita membaca blog yang tak boleh dipercayai. Lalu kita compare kan dengan sumber yang boleh dipercayai. Lantas kita juga akan jadi orang bijak pandai.




Ini, orang-orang yang minda dia tersekat hanya percaya dengan penulisan dekat surat khabar jek. Blog-blog picisan ni dia tak percaya. Walhal blog picisan juga memberi sumber maklumat terkini dengan menyatakan di mana mereka mendapat sumber yang boleh dipercayai.




Contohnya macam ni. Seseorang tak percaya harga minyak dah naik. Dia tak percaya sebab berita tak keluar dekat surat khabar. Lalu, berita-berita tentang kenaikan harga minyak di blog-blog peribadi dipandang enteng. Bukan ke membaca itu jambatan ilmu? Kalau pun tak nak baca tentang kehidupan seseorang, tapi baca lah untuk tujuan hidup kamu sendiri.




Ini hanya lah pandangan peribadi. Jangan lah pulak orang yang tak suka membaca blog itu ambil hati atas luahan isi hati saya. Sedangkan orang yang menulis dalam bentuk buku atau printed juga ada membuat kesilapan. Jadi, jangan lah memandang rendah terhadap mereka yang suka menulis tapi hanya menulis dalam medium maya. Tidak salah menulis di mana sahaja walaupun hanya menulis dekat kulit kayu sahaja.

Feb 18, 2011

Blog Gelemer


Tetiba rasa blog ni gelemer kejap. Mahu tak gelemer. Sedara mara kat kampung dok pakat sibuk nak tengok blog ni. Hahaha. Alkisahnya semata-mata nak tahu perkembangan mak yang tengah sakit sekarang




Ni taip butir-butir perkataan dengan nada vangga the vassssss... Malu wei malu!!! Makcik pakcik pangah pak long. Tu mak ngah yang kat Singapore pun mahu update terkini adik kesayangannya.




Sila tahu, permulaan blog ini adalah dengan niat syok sendiri tanpa ragu-ragu lagi. Hahahhaha... Makanya bila dah sedara mara turut menfollow, kena lah kaji balik ye segala isi kandungan, tatabahasa, prosakata, simpulan bahasa supaya tiada mana-mana pihak yang kecundang bila membaca isi kandungan blog ini.




Kesimpulannya, vangga pun ada... Malu pun ada. Now dah tak boleh nak buat entry berlebel cacimaki. Ni yang kena buat blog baru khas untuk luahan perasaan ketidakpuashatian supaya tak de sedara mara yang baca. Tak de la. Acah je. Kan dah kata nak insap nak jadi orang baik.




Mak siap cakap, nanti amik gambar mak banyak-banyak lagi. Adik beradik mak nak tengok perkembangan mak kat facebook. Ni la alam maya sekarang. Orang tua pun tahu maklumat di hujung jari je.

Nov 12, 2010

Keciknya Donia

Keciknya donia. Ye sangat kecik kalau dah masuk dunia maya ni. Sana sini kawan kita. Walhal bukan kenal pun. Tapi boleh tahu hal hidup dia. Apa dia suka. Apa dia tak suka. Siapa kawan dia. Peel pun kita naik tahu lah kalau dok ngadap tenet ni.



Contoh macam baru ni saya ada kenal bakal jiran. Ha bakal jiran kau. Dia dok search Taman Bukit Katil Damai 2. Tup tup dia pm saya cakap yang kami ni bakal berjiran. Exited melampau la aku ni ada orang nak berkawan. Walau pun secara permulaan hanya di alam maya karin. Thanks to Kak Alfidah sebab sudi berkawan dengan saya. Nanti saya dah pindah boleh la kita gossip-gossip depan rumah yek. Huhuhu



Then, kalau kat fb pulak kan, eh apasal kawan aku yang kat U ni, berkawan dengan kawan aku kat blog. Ha yang ni kes nya jadi kat Ztee dengan Ayu tak de blog dan dia ialah kawan masa kat U. Lepas tu ada pulak kawan sekolah Jemik kawan dengan opismate Pijoi. Waduh waduh!!! Kok kecik dunia ni. Hahaha.



Ok ni mata kena bulat-bulat sikit ye baca. Paling tak boleh belah puan-puan nak tahu??? Hish!! Kawan blog saya yang mana kawan fb saya tapi dirahsiakan bukan nama sebenar ialah MUTUAL FREN dengan EX-GF suami. Kok gini jadinya. Mahu sentap segala otak pemikiran gue. So far hati ni sentap sikit je la. Tapi barang yang lepas tak payah lah nak dikenang. Awak tu dah kawen CIK AS oiiii!!! Anak pun hensem. Apa barang anak perempuan tu tak de lah comel mana. Hahahaha... Mood ialah mood sentap sambil konon-konon positif.

Sep 6, 2010

Tiru Entry

Kadang-kadang bila kita membaca sesuatu, kita akan mudah terpengaruh. Nak-nak benda yang kita suka baca. Hari-hari kita baca kalau ada perkara baru. Sampai kan dalam setiap perkara yang kita buat pun tanpa kita sedar kita tertiru orang tu. Niat dalam hati memang lah bukan untuk meniru. Macam sangkaan saya tadi lah. Mungkin terpengaruh.



Saya pun akui kadang kala saya terpengaruh jugak dengan hasil tulisan orang lain. Terutama dalam hasilkan blog. Rasa macam kalau orang tu tulis macam ni, saya pun nak ikut jugak apa yang dia ceritakan. Itu cuma kadang kala maybe saya terpengaruh. Tidak lah selalu, sebab kebanyakan apa yang saya tulis ni mengenai diri saya sepenuhnya dan tentang keluarga saya. 



Cuma kebelakangan ni, saya agak kurang selesa dengan satu blog ni yang sesekali tetapi banyak kali dah saya tengok dia ceduk entry saya. Cara penggunaan ayat pun sikit lebih kurang. Malah bukan entry saya saja dia tiru, entry kat blog lain pun dia tiru. Benda ni saya hanya tunjukkan kat kawan-kawan rapat je la. Takkan saya nak kecoh hal ni kat sini pulak kan.



Contohnya macam ni, kalau si A ni tulis entry yang ada part I. Si B peniru ni pun akan tulis tajuk yang sama siap ber part-part jugak. Cuma beza nya. Blog kau tulis hal anak kau. Blog aku tulis hal anak aku. Walhal benda tu adalah sesuatu yang sama.



Saya dah perasan lama dah. Kadang-kadang geram pun ada tau. Hmmm ni dah sampai tahap geram la ni. Sebab tu saya sampai hati nak publish cerita yang tak best kat sini. Nak sound orang tu pun tak boleh jugak. Sebab dia selalu je jengah blog saya. Bak saya kata tadi lah. Terpengaruh.



Tapi dalam masa yang sama maybe bangga tu ada jugak kot. Sebab kita berjaya mempengaruhi orang. Ala saya nak kecoh-kecoh hal tiru meniru ni pun saiapa lah saya kan. Tak de hak sangat pun. Lagi pun ni lah harga yang saya perlu bayar kalau berani mempertuliskan apa yang terlintas di fikiran saya. Ramai orang kat luar sana yang berhak baca. Sebab saya yang memberi hak itu. 



Tujuan utama entry ni, tetap nak kata saya tak puas hati dengan blog tu yang suka tiru entry saya. Huhuhuhu. Okey daaaaa

Jun 10, 2010

Buah Dada, Zakar Dan Seks

Sejak saya dah teror berblog ni kan, saya tengok sebahagian bloger yang kononnya tegar mengejar trafic light bagi mengejar ranking. Ni saya tak cakap semua lah. Takut pulak ada pengomen yang terkena batang hidung plak.



Salah satu nya kan ada yang main kotor tau. Hahaha... Bukan kotor apa. Kotor tulis keyword kotor-kotor. Maka dengan itu saya nak dedah kan keyword kotor-kotor tu. Contohnya, buah dada, zakar, perempuan seksi, seks, bla bla bla....



Seperti yang saya cakap tadi. Ini bukan semua tau. Ada jugak bloger yang tulis benda-benda tu semua untuk info. Sekadar pengetahuan umum yang patut dipelajari oleh pembaca yang meng search perkataan tu.



Tapi bagi bloger yang saja-saja tulis suka-suka macam saya sekarang ni anda semua tahu lah apa maksud nya. Sekadar nak kejar trafic. Ranking mahu tinggi. Bila ranking tinggi maka masyuk la...



Okey abaikan entry ni sebab saya bukan nak kejar trafic. Tapi sekadar mendedahkan rahsia. Ni rahsia tau... Shhhhhh... Tutup mulut semua

May 17, 2010

Watermark

Dek kerana berita daripada gambar-gambar dalam internet disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Maka saya dengan rasminya telah membeli watermark di eybizzonline


Asalnya saya bukan lah dilahirkan suka akan benda-benda menyusahkan kepala otak nak berfikir secara kreatif. Ye lah. Watermark ni kan kreatif. Sebab tu gambar-gambar saya sebelum ni mana ada watermark. Sebabnya saya malas nak edit gambar yang entah apa-apa buat sakit kepala otak.



Nak tak nak saya beli jugak. Tak mahal. RM5 je. Harga lain pun ada. Tapi mampu sangat-sangat lah kalau nak beli. Percayalah. Servisnya pun sangat bagus dan respon nya pun amatlah cepat. Dalam masa beberapa jam urusan jual beli berlangsung.



Tapi untuk sesiapa yang mahu menggunakan watermark harap maklum perlulah menginstall PhotoScape dahulu bagi memudahkan penggunaan. Jangan takut. Di  eybizzonline ada tutorial mengenainya. 


Apa yang anda perlu buat hanya pilih design. Email. Bayar. Then folow tutorial yang diajar di sana.








Sekali lagi entry tiru kau Hany. Jangan marah aaaaa.

Mar 2, 2010

1 Tahun

Sudah 1 tahun saya di sini. Semuanya atas pengaruh dan sokongan rakan sepejabat. Hany, filah dan fatiha...Tq to u all semua kerana berjaya membuat hasutan. Saya pernah kata kalau saya cipta blog hanya bila saya pregnant. So bila positif je selepas 5 bulan perkahwinan saya rasa macam nak bercerita jugak lah. Cuma pada awal-awal dulu tak banyak sangat yang saya tulis. 


Blog dunia asfaliza ni tercipta ketika umur Rayyan Adam lebih kurang 6 minggu dalam kandungan. Rayyan Adam adalah punca segala-galanya. Kerana kewujudannya saya berkongsi di sini. Dan yang paling penting juga kerana suami juga adalah semangat saya di sini. Berkongsi tentang kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, keterujaan dan segalanya. Di sini saya gembira kerana boleh menggambarkan perasaan, membenarkan saya berkawan dengan ramai kenalan, berkongsi idea. Ya saya sangat seronok. Kepada rakan-rakan blog terima kasih juga.


Selagi termampu, saya akan cuba mempertahan apa yang telah saya cipta di sini...

Jan 15, 2010

Saya Pernah Tulis Blog


Saya pernah tulis blog di sini suatu ketika dulu....

http://asfaliza.blog.friendster.com/

Disebabkan cuma ada 2 entry je, so saya rasa sangat rajin nak copy & paste. Dan juga entry ni dua-dua pendek-pendek. Memang kerajinan tu adalah...

Ok, kat bawah ni sedikit santapan suatu ketika dulu

…DuGaaN…

July 11th, 2008 by asfaliza
 
Ya Allah… Dugaan apakah ini oh Tuhan. Di saat kebahagian menjelang tiba, Kau selit kan jua kesedihan di kalangan hati kami. Aku merayu kepada Mu Tuhan, supaya tiada cacat cela nya sepanjang perjalanan majlis itu nanti. Aku memohon pada Mu agar majlis yang akan kami sambut dengan kegembiraan ini tidak disambut dengan linangan air mata duka dari sesiapa. Hanya pada Mu jua aku meminta supaya Engkau tangguh kan pemergian insan tersayang kami sehingga majlis ini berlagsung. Walau pun aku tahu sudah begitu dekat masa nya Engkau mengambil dia. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui…

… mEnGhItUnG HaRi …

June 11th, 2008 by asfaliza
 
Tak sampai tinggal sebulan lebih je lagi aku akan menghadapi sesuatu yang baru dalam hidup ni. Menghitung hari. Itulah yang aku sentiasa fikirkan setiap detik. Status ini akan berubah. 08.08.08 menjadi seorang isteri kepada orang yang amat aku sayangi. Adakah cukup tempoh 8 tahun ini aku mengenalinya? Bersedia kah aku? Pahit mahung bersama selama ini. Adakah ada lagi dugaan yang akan datang yang mampu aku hadapi? Hmm…Kegembiraan ini hadir tatkala orang-orang kesayangan aku menghadap Ilahi.. Dua org wali ku sudah tiada di dunia ini. Arwah abah dan Arwah abg ngah. Al-Fatihah untuk mereka…Semoga roh mereka dicucuri rahmat Tuhan. Amin…