Ye. Kalau blog saya ni tak payah lah kamu-kamu yang tidak suka mebaca blog percaya. Sebab nya blog saya ni hanya semata-mata blog peribadi. Konsep blog ni sekadar konsep sesuka hati aku lah kan nak tulis apa.
Tapiiii... saya tahu ramai di luar sana tahu akan wujud nya blog-blog yang boleh dipercayai kesahihan isi kandungannya. Itu kalau kamu rajin membaca dan suka mencari maklumat.
Dunia dah maju ok. Dah maju!!! Maklumat di hujung jari. Salah satu nya melalui blog. Sedihnya masih ada manusia yang macam duduk zaman ortodoks pulak. Tak percaya dengan penulisan dalam blog. Adeh!!!
Wei!!! Menteri pun ada blog tau. Tak percaya? Meh jom tengok blog Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hellooo!!! Ramai je yang suka menulis. Kamu je yang tak suka membaca. Lagi pun apa salah nya kita membaca blog yang tak boleh dipercayai. Lalu kita compare kan dengan sumber yang boleh dipercayai. Lantas kita juga akan jadi orang bijak pandai.
Ini, orang-orang yang minda dia tersekat hanya percaya dengan penulisan dekat surat khabar jek. Blog-blog picisan ni dia tak percaya. Walhal blog picisan juga memberi sumber maklumat terkini dengan menyatakan di mana mereka mendapat sumber yang boleh dipercayai.
Contohnya macam ni. Seseorang tak percaya harga minyak dah naik. Dia tak percaya sebab berita tak keluar dekat surat khabar. Lalu, berita-berita tentang kenaikan harga minyak di blog-blog peribadi dipandang enteng. Bukan ke membaca itu jambatan ilmu? Kalau pun tak nak baca tentang kehidupan seseorang, tapi baca lah untuk tujuan hidup kamu sendiri.
Ini hanya lah pandangan peribadi. Jangan lah pulak orang yang tak suka membaca blog itu ambil hati atas luahan isi hati saya. Sedangkan orang yang menulis dalam bentuk buku atau printed juga ada membuat kesilapan. Jadi, jangan lah memandang rendah terhadap mereka yang suka menulis tapi hanya menulis dalam medium maya. Tidak salah menulis di mana sahaja walaupun hanya menulis dekat kulit kayu sahaja.
2 comments:
i like..kazie pun mcm as, blog suka suki jee
kak azie : hehhehe. tahu tak pe
Post a Comment