LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 5, 2011

Mak

Sempena hari ibu 8 Mei ni, saya nak dedikasi kan entry ni khas buat mak. Sebab nya sejak dari saya lahir sampai lah saat ini, mak masih tidak putus menjaga saya sekeluarga. Ye puan-puan. Masih tidak putus doa mak buat saya, buat suami, dan buat si kecik Rayyan Adam.



*** Menaip entry ni sambil mendengar lagu Mawar Putih Untuk Mama untuk amik feel ***




Mak, orang tahu kita bukan orang senang. Tapi kita tak susah. Mak cakap kita tak susah. Sebab anak-anak mak masih boleh makan lagi. Orang susah adalah orang yang sampai tahap susah nak cari sesuap nasi.




Dulu mak kerja jadi tukang masak kat restoren sebab nak tolong abah cari duit sama-sama. Bila dapat gaji, mak mesti beli ayam 2 ekor. Nak masak sedap-sedap sebab nak kasi anak-anak makan. Mak tak kisah berhabis sikit sebab semua tu rezeki anak-anak. Terima kasih mak.




Then, masa raya dulu-dulu rumah kita tak de langsir pun. Memang tak de. Tingkap lopong je. Mak kata, lebih baik mak beli baju baru untuk anak-anak. Tak pe lah rumah kita buruk. Janji anak mak ada baju baru.




Alhamdulilah saya tak sesusah abang, abang ngah, kak ana, abang didik dan kak senah. Masa saya lahir dan semasa saya membesar, kehidupan mak dan abah semakin senang. Senang bukan erti kaya or banyak duit. Senang yang senang lah nak makan apa, nak beli baju dan jugak nak pasang langsir. Pendek kata masa zaman saya, saya merasa beli kasut sekolah 2 pasang, baju sekolah 2 pasang. Syukur kerana itu rezeki saya dan adik saya Wani.




Tahun 1990 masa tu saya tadika. Ni memang saya ingat. Mak dengan abah ada modal sikit meniaga makan. Bukak warong. Jual makan. Alhamdulilah zaman tu mana ada kedai makan macam sekarang? Mana ada banyak persaingan. Mana ada kedai Kelantan or kedai Thailand yang maju. Memang tu sumber rezeki utama kami sekeluarga. 1 hari meniaga orang kata boleh lah untuk kasi senang kat anak-anak. Lagi pun tak de pekerja nak digajikan. Hanya anak-anak yang tolong masa tu.





Masa saya kat KUSTEM, abah pergi buat selama-lamanya. Saya jauh ye puan puan. Johor-Terengganu adalah jauh. Tiket bas masa tu RM35++ sehala. Kalau 2 hala? Mak sorang mencari rezeki nak bagi duit poket kat saya. Maksud sorang sebabnya abang dengan kakak saya dah kawen. Dah ada komitmen. So, untuk urusan meniaga, mak yang uruskan sorang-sorang. Walaupun anak-anak yang lain kata tak payah dah meniaga, tapi sape nak bagi saya duit? Sape? Mak tak nak susah kan anak-anak yang lain.




Masa ni tahun 2004. Dah banyak sangat kedai makan. Dah kurang pelanggan. Hanya pelanggan setia jek yang datang. Pelanggan baru tak de sangat. Mak pun dah kurang sihat. Abah dah tak de. Macam mana mak nak pergi pasar beli barang meniaga. Mak nak masak lagi. Nak gajikan orang lagi. Nak kemas kedai sume. Mak tegar jugak cari duit walaupun hanya dapat berapa ringgit je 1 malam. Kadang-kadang tu tak lepas gaji orang pun.




Sampai masa, saya memerlukan something untuk keperluan belajar saya. Mak bagi pilihan. Sama ada nak motor or komputer? Saya cakap motor. Kalau komputer, saya boleh pergi lab or pinjam kawan-kawan. Selalunya saya akan karang dengan menulis kat kertas dulu. Lepas tu masa pinjam kat kawan, saya boleh menaip dengan laju. Saya nak motor sebab saya tak nak susah kan orang hantar saya ke sana ke sini. Saya belajar di Terengganu. Memang susah sangat nak dapat transport awam walaupun bas.




Then, pergilah mak ke bank. Keluarkan duit seribu buat deposit motor Honda Wave 100 baru. Ikat 3 tahun. Bayar bulan RM100++. Masa tu seribu banyak ok. Betapa mak sanggup berkorban apa saja demi kesenangan anak. So, nak beli komputer memang tak mampu lah masa tu.





Syukur pada Mu Tuhan. Niat saya masa belajar dulu nak ubah apa yang saya ada dulu. Maksud nya, saya memang tanam niat nak kasi mak senang. Nak balas semua jasa mak. Dan kalau lah abah ada lagi, pasti ada jugak bahagian untuk kesenangan abah. Kesenangan yang saya maksud kan bukan lah dengan duit atau harta benda. Bukan lah kemewahan yang saya ada untuk balas semua tu. Tapi hanya ketengangan hati mak yang saya mahu. Saya dah tak nak mak fikir apa-apa pun.




Cukuplah setakat mak menyerahkan saya pada suami saya, maka terlerailah tanggungjawab mak pada saya. Cukup sekadar itu. Tak perlu lagi mak bersusah hati lagi tentang hal anak-anak. Tak perlu lagi mak bersengkang mata mencari sesuap nasi. Sudah tiba masa nya, mak beristirehat. Sudah tiba masa nya mak kosongkan dadanya dengan masalah dunia.




Walaupun mak sakit, saya tetap bagi sokongan. Saya tetap cuti untuk tidak menyusahkan yang lain menjaga mak. Saya tetap korban kan masa saya untuk suami dan anak. Saya sanggup menjaga sepanjang minggu mak di hospital walaupun saya sedang sarat mengandung. Saya sanggup buat apa saja demi insan bernama emak. Insan yang berjaya menjadikan saya insan di muka bumi Allah ini.




Leteren mak, pekikan mak masa kecik saya sikit pun tak calarkan hati saya. Kalau mak tak garang, mungkin saya tidak menulis di sini menghargai pengorbanan mak. Mungkin saya tidak berjaya seperti sekarang. Alhamdulilah. Mak marah bukan mak tak sayang. Mak marah sebab mak sayang lah anak-anak dia.





Terima kasih mak. Dan disebabkan sayang saya terlalu pada mak dan abah, saya berdendam terhadap orang-orang yang pernah menyakiti, menyusahkan atau memandang rendah kepada mak dan abah. I mean it. Berdendam saya bukan lah sampai berbunuhan. Cuma pastinya saya anggap mereka tidak penting dalam hidup saya walaupun mereka cuba berbaik dengan saya. Banyak dah air mata mak dan abah keluar disebabkan mereka-mereka yang berkenaan. Sekarang adalah masa untuk saya hapuskan air mata mak.




Ye. Hapus lah air mata mu wahai ibuku. Cukup sudah kau bersusah hati. Cukup sudah kau bersengkang mata. Cukup sudah kau berlapar. Segalanya demi anak-anak mu. Terima kasih mak. Saya sedar masih tidak cukup lagi apa yang saya buat. Saya tahu. Tak terbalas segalanya. Tak de nilai yang boleh dinilaikan. Mak orang sayang mak sangat-sangat. Dunia akhirat mak orang doakan kesenangan mak.




Ampunkan dosa orang selama ni. Walaupun mak kata mak ampunkan. Tapi orang tetap nak jugak minta maaf. Mak... Jangan tinggal kan orang dulu eh. Orang masih nak mak ada di sisi orang lagi. Belum puas lagi dengan kasih sayang mak. Dan mungkin orang takkan puas. Kalau mak tinggalkan orang, air mata darah sekali pun pasti takkan dapat lepaskan kerinduan orang pada mak.





Nampak sangat mak dah semakin uzur. Tapi mak tetap tabah. Orang sanjung mak. Mak kuat semangat. Orang takkan sia-siakan hujung hari kita berdua mak

5 comments:

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
menitis air mato ku bile baca.... huhuhu

SELaMAT HARI IBu makcikkk...semoga pjg umur, sihat selalu

Unknown said...

zura : makcik kata, tq zura

munna said...

besarnya pergorbanan ibu kepada kita..selamat hari ibu buat semua

Unknown said...

munna : semoga segalanya terbalas dunia akhirat

ibudhira said...

aku tak tahan dengan ayat terakhir tu..buat aku sebak..nak menitik dah tp aku tahannn...mak ko beruntung dapat anak cam ko..