LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 1, 2009

Jaga Mak Di Hospital Batu Pahat

Sepanjang menjaga jaga mak kat hospital macam-macam yang aku belajar. Pengalaman pun adalah. Sebenarnya mak tak pernah pun masuk hospital selain daripada sakit bersalin dulu-dulu. Tapi ni umur dah meningkat, demam sikit macam-macam penyakit lain timbul. Harap-harapnya mak cepatlah baik. Tapi tu lah, mak ni jenis tak kuat semangat. Lembik je. Macam mana nak cepat baik. Suhu makin naik. Darah pun tinggi gak. Kencing manis pun tak lepas sangat. Hmmm… Mak cepatlah baik. Balik kerja hari Jumaat terus je pergi hospital Batu Pahat .


Bila dah macam ni rasa terharu pun ada. Ye lah, selama ni mak kita yang jaga kita, tapi ni dah tiba giliran kita pulak bersengkang mata menjaga orang yang melahirkan. Sementara ada masa, nilah peluangnya. Cuma apa yang aku nak katakan, penjagaan aku tak lah sesempurna orang lain yang menjaga. Serius. Aku agak kasar. Bukan kasar apa. Kasar dari segi kata-kata. Hish tapi tak lah kasar sangat sampai mak tak boleh blah. Contohnya kalau mak nak kencing, awal-awal aku dah pesan jangan sampai terabur kat tengah jalan. Kalau tak aku pakaikan pampers. Nasib dengar cakap. Sebabnya mula-mula mak kencing asyik tak sampai je kat bilik air. Mesti dah terabur sikit sebab mak jalan lambat. Ok tu satu. Lain pulak, aku selalu marah mak asyik nak baring je. Mulalah aku membebel. Macam mana badan nak segar kalau baring je. Suruh duduk karang kejap lagi dah nak baring. Dia kata tak larat. Mak…tu la sebeb demam mak tak kebah. Asyik layan je sakitnya tu. Cewah. Macam aku ni bagus sangat yek kalau demam.


Alkisah ceritanya, aku sebenarnya tak puas hati sangat dengan Hospital Batu Pahat. Minta maaf banyak-banyak. Tapi nilah kenyataannya. Dan atas alasan inilah, pada hari Ahad aku bernekad nak pindahkan mak ke Hospital Melaka atas alasan ketidakselesaan persekitaran Hospital Batu Pahat, tiada orang yang menjaga kerana anak-anak semua akan kembali bertugas pada hari Isnin dan juga lokasi Hospital Batu Pahat yang agak jauh dari rumah mak. Alasan yang pertama merupakan alasan yang paling kukuh kerana:


1. Wad yang sepatutnya hanya perlu ada 8 katil sahaja ditambah menjadi 12 katil. Korang bayangkan bagaimanakah sesaknya wad hospital kerajaan di mana laluan untuk nurse membuat rawatan juga diletakkan katil. Dah macam pasar kalau korang tengok. Pihak kerajaan sila ambil tindakan. Kejadian ini berlaku di Wad 5. Aku tak letakkan gambar sebagai bukti. Tapi boleh cek dalam senarai pesakit kat Wad 5 Hospital Batu Pahat bermula pada tarikh 22 Mei 2009.

2. Ni paling serius aku rasa. Kot ye pun wad penuh, pihak Kementerian Kesihatan tolong pantau sikit kejadian ni. Mak aku ni kira demam orang tua je. Nak dijadikan cerita, mak terpaksa bersekedudukan dengan pesakit-pesakit pembawa wabak iaitu pesakit Denggi, Chikukunya, TB dan paling aku tak boleh blah ada pesakit PSY kat dalam wad tersebut. Oh harap-harap mak tak terbawa kuman PSY tu. Apa itu PSY? PSY dengan kata lain ialah pesakit jiwa dan juga dengan kata kasarnya orang gila. Serius ada orang gila bercampur wad dengan mak aku. Huh! Kalau tak percaya gak, boleh cek senarai pesakit pada tarikh yang sama berserta dengan penyakitnya sekali.

So, aku dengan nekadnya berkeras kepada doktor yang aku nak pindahkan mak ke Hospital Melaka pada hari Ahad disebabkan tiada tanda-tanda mak akan dikeluarkan pada waktu yang terdekat ni. Dikhuatiri demam mak semakin melarat. Rumah Kak Ana pun dekat je dengan Hospital Melaka dan Kak Ana ditugaskan menjenguk keadaan mak semasa ketiadaan yang lain. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.




Gambar curi masa mak tengah lalok


Kecian mak kena masuk oksigen & air berbotol-botol



Bukti aku berjaga jaga mak


Ni muka memang dah penat. Jaga mak, jaga baby sampai diri sendiri jadi begini. Cewah!

4 comments:

qiera kamil said...

semoga mak kak as cepat sembuh...tc...

Unknown said...

qiera: tq sayang...

rixals ismail said...

semoga ur mother cepat sembuh... leh msk best best.. airtgn ibu kan paling sedap sekali...

Unknown said...

bujal: tq bujal. tiba2 bujal muncul di blog ku. huhuhu. pasni i link blog u eh