LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 2, 2009

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Kecewa? Tak de lah kecewa. Aku anggap ni bukan rezeki aku. Walaupun sebenarnya jauh di sudut hati memang aku nak sangat-sangat kerja sebagai pendidik ni. Tapi nak buat macam mana. Setakat ni je yang mampu aku buat. Diri aku tak mampu nak tunaikan. Suami mungkin ada rasa sedikit terkilan dengan tindakan aku. Maafkan sayang abang. Sayang tak mampu. Mujur suami faham situasi aku ketika itu. Banyak sebab kenapa aku tak pergi interview DPLI tempoh hari. Alasan utama ialah mak. Memang tak sampai hati nak tinggalkan mak yang belum sihat sangat-sangat kat Hospital Melaka tu. Lain lah kalau mak dah keluar hospital. Mungkin alasan tu tak boleh nak guna pakai sangat. Nak-nak interview tu kat Batu Pahat. Huh! Badan aku serasa tak daya nak mendrive lagi ke Batu Pahat. So aku putuskan ignore je dengan tawaran tu. Serius aku tak mampu. Seperkara lagi, aku rasa perut aku ni pun dah tak boleh nak disorok lagi. Walaupun tak lah sebesar mana. Tapi kalau dikaji dan ditelek memang nyata aku ni adalah ibu mengandung. Sekali lagi aku tekad ignore perkara penting tersebut. Dan apa yang memang terpenting ialah waktu itu tarikh belum berusia 27 hb lagi. Jadinya, duit dah banyak habis disebabkan banyak kejadian-kejadian yang tak diingini berlaku dalam tempoh waktu yang agak dekat sekali. Jadi aku masih lagi berkira-kira dan kiraan itu tidak mencukupi. Dan ini tindakan yang paling tekad. Hahahha. Aku malas dah nak pikir pasal DPLI ni.

9 comments:

Nora said...

hey as.. salam.. aku slalu singgah blog ko nih. tp x ingat plak penah tinggalkn komen kat sini. hehe! so how r u & baby? :)
nk tny, DPLI tu ekceli nk apply camne ekk? aku pi web moe tu mcm xde details psl dpli nih.. slalu open application bln bape ek? story pls :)

Wanabe PJ said...

xpela As..rzki ada di mana2..ms dpan kte xtau..mne tau esok lbih baik dr smlm..

Unknown said...

nora: tetiba nora muncul di blog ku. mcm ni, dpli biasanya pengambilan nya awal tahun, tapi tiba2 tahun ni ada lak pengambilan utk jun/julai. means iklannya akan kuar awal n pertengahan tahun. dia bukan moe tapi mohe. ni web nya http://upu.mohe.gov.my/
setakat ni baby membesar dgn lajunya. huhuhu.


wan: tq wan. hmmm ko pn muncul gak tetiba ni. apa cite skrg?

Wanabe PJ said...

hahaha...ko wat blog xmaklumkn pd mber2..aku cmni la..keje tmpat lme lg..jg site uitm..

Unknown said...

blog sampah mcm aku ni sape lah nak baca beb. k aku dh link ko...huhuhuhu

Wanabe PJ said...

ish, ko nie..xyah ksh ape org nk kte..ok pe blog ko..klu ko wat lbih post cm gmbar ko edit kt ats msti kompom rmi yg tgk..kretiviti da ada cma lbihkn lg ckit..cntik gmbr ko edit 2..aku ske..

Anonymous said...

Aku bkn nak ckp aper... tp aku confuse bila bce comment kau... nie ruangan untuk comment ker atau ruangan bersembang... hahhahaha ... nak tau jgk sila jawb yek.... Aper2 pun rezeki kau thun nie jgk as .. mtk ler DPLI thun nie jgk ...

Unknown said...

fatiha: ok2 aku jawab. blog aku ni blog bebas. ko blh suka suki nk sembang kat mana2 entry pun. hehehhe. k aku minta gak dpli tu tahun ni fatiha. ko tgk la nti.

Nora said...

thx as ;)