LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 16, 2011

Kaki Mak Sakit Bernanah Terkena Jangkitan Kuman Air Banjir

Setelah kejadian bermuram durja, suami excident, rumah banjir, Tuhan masih sayangkan saya dengan menguji kejadian mak sakit pulak. Mak tiba-tiba diserang sakit kaki yang terus-menerus membengkak dalam masa tak kurang 4 hari. Kaki mak timbul nanah sebesar sebiji telur.



Kejadian berlaku masa mak duduk rumah abang saya, Abang Didik. Masa tu saya memang dah start tak sedap hati. Hari-hari call banyak kali nak cakap dengan Rayyan Adam. Masa ni suara mak dah lain benar. Bunyi macam orang demam. Macam orang baru lepas nangis pun ada jugak. Bila ditanya, mak kata mak ok je. Masa ni Abang Didik dah hantar mak ke klinik. Bila tak baik, bawa lagi untuk kali kedua semula.



Tup-tup, hari Sabtu saya call, diorg kat kampung kata mak kena bawa ke hospital. Mahu tak gugur jantung ni? Dah la anak kita mak jaga. Bila mak sakit, saya dah mula fikir yang bukan-bukan. Sedih jangan cakap lah kan. Siapa tak sedih mak sakit?



Kitorg decide hantar mak ke Hospital Melaka walaupun masa tu mak ada kat kampung. No more kejadian masa kat Hospital Batu Pahat dulu. Lagi pun kat sini senang. Rumah saya pun dekat dengan hospital.



Doktor kata kena buat operation. Hmmm dalam hati saya berdoa semoga dipanjangkan usia mak saya dalam keadaan yang sihat sejahtera. Saya tahu saya tamak. Saya masih tamakkan kasih sayang mak. Saya tak sanggup menanggung rindu seperti mana saya rindukan arwah abah. Rindu yang ada masih belum terubat lagi. Jadi sebab itu saya tamakkan kasih sayang mak lagi dalam masa usia saya menjangkau 27 tahun ini.



Masa kat wad orthopedic, kebanyakkan pesakit dalam tu potong kaki. Untuk buat mak tak lemah semangat, saya selalu pesan suruh mak rileks. So, kalau mak rileks, darah mak tak naik tinggi. Jantung mak pun akan ok kalau mak cool jek. Then kitorg pun tak tunjuk kerisauan masing-masing. 



Alhamdulilah sangat-sangat. Mak sihat je. Macam tak percaya. Pesakit-pesakit lain macam pelik tengok mak boleh duduk. Siap boleh main dengan Rayyan Adam lagi duduk kat riba. Mak segar. Mak tak demam. Darah mak cantik. Jantung pun ok. Yang sakitnya cuma kaki yang bernanah tu je. Kencing manis pun turun naik.



Doktor kata hanya korek tapak kaki tu je bersihkan nanah. Doa saya masih lagi tak putus. Masa hantar mak ke dewan bedah, memang hati saya  tak tenteram. Kebetulan masa ni tinggal saya sorg je yang tunggu mak. Semua dah balik. Masa ni lebih kurang pukul 10 malam. Hanya Tuhan je yang tahu betapa menggeletar nya saya masa sorong katil mak. 



Now, mak dah keluar hospital. Atas alasan, mak sihat dan luka kaki mak tak busuk. Syukur sangat-sangat. Mak duduk rumah Kak Ana sekarang. Alhamdulilah mak ada anak-anak yang sudi menjaga kebajikan waktu-waktu tua begini. Di kala arwah abah dah pergi selama-lamanya. Mak beruntung anak-anak mak semua mendoakan kesejahteraan mak.



Sayang mak sengat-sangat. Cepat baik mak eh. Nanti boleh pergi jalan-jalan dengan Rayyan Adam. Saya redha atas setiap ujian yang Tuhan bagi. Masih percaya Allah mengaturkan perkara yang baik-baik untuk hidup saya atas setiap ujian yang diberi. Semua ini pasti ada hikmah untuk kami sekeluarga. Semua yang terjadi adalah hadiah dari Allah swt.



Nampak tak macam sebijik telur bengkak nanah nya






 Budak kecik ni bukan main manja dengan nenek nya. Dia bukan tahu pun nenek dia sakit

Masa ni mak tengah bersedia nak masuk dewan bedah




Dan yang penting ni bukan kaki mak. Tapi kaki nyonya sebelah katil mak. Ibu jari dia dah busuk. Dah potong dah pun sekarang ni. Punca nya kena gigit nyamuk je pun. Nasib masing-masing kan. Ni semua kerja Tuhan

No comments: